~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Sunday, February 16, 2014

Boleh ke Berbengkung selepas Bersalin secara Pembedahan?

Kalau boleh pilih, cara bersalin mana yang anda mahukan? Bersalin secara normal atau pembedahan? Pada saya walau sakit bersalin normal tk mampu diluahkan dengan kata-kata, jika diberi pilihan saya tetap memilih bersalin secara normal. Ini kerana bersalin secara normal lebih senang nak dijaga berbanding bersalin secara pembedahan. Namun jika dah ditakdirkan Allah terpaksa bersalin secara pembedahan juga, terimalah dengan redha coz itulah yang terbaik dan pasti ada hikmahnya. Yang penting ibu dan bayi selamat, tak gitu?

Berbengkung memang bestkan? Selain dapat membantu mengembalikan tubuh yang ramping, berbengkung juga dapat membuang angin dan mengempiskan perut. Ia juga mampu mengekalkan bentuk tubuh dan mengembalikan kedudukan peranakan. Wanita yang bersalin secara normal pasti tiada masalah untuk berbengkung sepanjang tempoh berpantang. Namun bagi mereka yang bersalin secara pembedahan macam saya, nurse akan kata "BIG NO" untuk berbengkung. Kenapa yer? Saya pun tertanya-tanya juga, tapi berdasarkan maklumat yang saya dapat daripada sok sek sok sek tanya kat nurse ni, wanita yang bersalin secara pembedahan tak boleh berbengkung coz nanti usus akan melekat seperti mee. Antara tanda-tanda yang dialami ialah terasa ingin muntah dan susah untuk buang air besar. So apa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan wanita yang bersalin secara pembedahan untuk mendapatkan perut yang kempis dan bentuk badan yang ramping? 

Apa yang ibu-ibu boleh amalkan ialah dengan mengambil supplement dari Shaklee. Semasa berpantang, boleh ambil Set Berpantang Shaklee yang terdiri dari:

Set ini dapat membantu ibu-ibu menjalani tempoh berpantang dengan cergas. Selain dari itu ibu-ibu juga tambah dengan satu lagi supplement:


Ostematrix membantu melawaskan perut, bangun pagi lebih cergas dan senang "membuang". Tak perlu lagi risau, malah mereka yang bersalin normal juga boleh ambil Ostematrix ni. Ia juga membantu sebagai milkbooster pada ibu.

Untuk mengembalikan perut yang kempis dan mengurangkan berat badan, ibu-ibu mengambil supplement ini:


Lecithin bertindak sebagai agen pemecah lemak-lemak didalam badan.


Alfafa pula berfungsi untuk membuang lemak-lemak dan detoks. Oleh itu badan rasa lebih ringan, bertenaga dan perut lebih kempis. Ia juga mampu membantu membanyakkan penghasilan susu ibu.

Saya telah menggunakan semua set-set diatas dan alhamdulillah berjaya menurunkan berat badan dari 90kg semasa bersalin dan sekarang 49 hari selepas melahirkan, berat saya telah turun kepada 70kg. Namun, selain dari pengambilan set-set diatas, ibu-ibu juga perlu menjaga pemakanan dan melebihkan sayuran dan buah-buahan serta minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Tiada yang mustahil selagi tidak dicuba. Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba set-set diatas atau salah satu darinya, boleh la hubungi saya melalui nombor dibawah. Ibu-ibu juga akan mendapat konsultansi percuma dari saya. Kita berusaha, Allah tentukan.. :)


3 comments :

  1. tq krn jenguk blog sy. slm perkenalan juga dr sy. ^_^
    semogo bisness yg awk bt mndapat rezeki yg melimpah. amin.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Feel free to leave comment :)