~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Sunday, June 22, 2014

Tips Mengatasi Sembelit ketika Berpantang


Benda yang paling ditakuti, dibimbangi semasa berpantang adalah SEMBELIT..  tak kiralah samada bersalin normal atau ceaser. Macam saya dulu, memang cari Set Berpantang yang boleh mengurangkan masalah sembelit ketika berpantang. Alhamdulillah.. semasa dalam pantang memang senang 'membuang'.  Antara amalan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sembelit semasa berpantang adalah:

1) Minum air secara teratur selepas bersalin dan makan makanan berserat dan lebihkan makanan berbentuk cecair. 

2) Apabila sudah kuat sedikit, bangunlah dari katil dan banyakkan berjalan. Duduk atau berbaring dalam jangkamasa yang lama akan membuatkan masalah sembelit semakin teruk.

3) Apabila terasa ingin membuang air besar, jangan menahan atau bertangguh, segera ke tandas.

4) Makan buah-buahan seperti oren atau epal sebiji sehari. Oren bukan saja boleh mempercepatkan penyembuhan luka malah dapat mengatasi sembelit.

Selain itu boleh ambil vitamin dibawah sebagai alternatif mengelakkan masalah sembelit:

OSTEMATRIX

Ostematrix mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D.  Ia membekalkan 1000mg Kalsium dan magnesium didalamnya dapat melembutkan najis sekaligus memudahkan proses 'membuang'. Ostematrix juga membantu proses penyusuan susu ibu dan memberi tidur yang lena dan bangun dengan lebih cergas keesokannya. 

MEALSHAKES


Mealshakes menagandungi kandungan serat serta fiber semulajadi. Terdiri dari 28 jenis vitamin dan mineral  dapat mengatasi masalah sembelit dan memberikan cukup nutrisi semasa berpantang.

ALFAFA

Alfafa kaya dengan serat dan berupaya melembutkan najis dan mencuci usus. Selain dari itu, bagus diambil semasa berpantang kerana ia membantu membanyakkan penghasilan susu ibu. 

Berminat untuk dapatkan set ini, sila click online order dibawah:

 

atau hubungi:

Ku Suhasliza
ID 934393
SMS/Whatsapp 013-2986822

COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. 
*Pelanggan saya akan mendapat free consultation secara berterusan








Saturday, June 21, 2014

Lecithin dan Omega, Mana lagi Bagus untuk KURUS??


Body yang fit, kurus dan perut yang kempis memang menjadi idaman wanita. So bila nak kurus, ada yang memilih pelbagai product pelangsingan, tak kurang juga yang pergi ke pusat2 pelangsingan demi untuk kurus. Kurus bukan saja untuk cantik tapi untuk kesihatan juga. 

Selalu dengar SID Shaklee akan suggest dua supplement ni sebagai pemecah lemak bagi Slimming Set Shaklee, Lecithin dan OmegaGuard. Jadi mana satu lebih power, mana satu nak ambil untuk kurus?

LECITHIN

Diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO dan setiap kapsul mengandungi 520mg elcithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin digunakan untuk memecahkan molekul lemak. 

Kegunaan paling utama Lecithin adalah:
- Untuk proses metabolisma, kolestrol dan lemak darah
- Memecah dan mencairkan lemak terutama kolestrol
- Meningkatkan kolestrol baik

OMEGAGUARD

Diekstrak dari ikan laut berair sejuk dan bukan dari minyak hati ikan. Merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi. Jika ingin menurunkan berat badan dengan lebih mudah, pastikan pengambilan sumber Omega 3 dalam makanan seharian. Asid lemak Omega 3 amat perlu bagi proses pembakaran lemak didalam badan. Ini kerana Omega 3 sangat penting namun tidak dapat dihasilkan oleh badan. Maka kita perlu mengambilnya dari makanan mahupun makanan tambahan. 

Kandungan asid lemak Omega 3 membantu menurunkan paras insulin, jadi kalori daripada makanan akan diproses menjadi tenaga dan tidak disimpan menjadi lemak didalam badan.  Omega 3 juga dapat meningkatkan kadar metabolisma badan agar lemak boleh dibakar dengan lebih cepat. Selain itu, OmegaGuard juga membantu mengurangkan selera makan. 

Jadi mana satu yang jadi pilihan anda bagi proses pengurangan berat badan? Jika ingin cepat membakar lemak, ambillah OmegaGuard, tapi kalau rasa boleh menunggu, boleh relaks2 dulu.. ambillah Lecithin.. OmegaGuard ibarat kita naik kapal terbang.. lebih cepat sampai ke destinasi. Lecithin macam naik kereta... boleh makan angin dulu sepanjang perjalanan.. tepuk dada tanya poket.. heheh.. tapi kalau nak info lebih lanjut, nak beli Lecithin/Omega boleh click online order dibawah:


Atau hubungi:
Ku Suhasliza
ID 934393
SMS/Whatsapp 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. 


Senarai Semak Kualiti untuk Produk Soya

Skang ni heboh pasal tak bagus ambil soya kan.. actually benda ni dah lama didengar.. Jadi meh kita semak sket apa yang perlu tahu tentang kualiti produk soya.


1) Kacang soya mesti tumbuh dan membesar secara organik. Ini kerana jika ditanam bukan secara organik, ia boleh menyebabkan nutrisi berkurang. Dari segi kajian, telah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates. Jadi sangat penting pesticides, fungicides dan herbicides tidak digunakan sepanjang proses penanaman soya ini.

2) Soya itu mestilah non-gmo (tidak diubah secara genetik). Secara amnya soya jenis genetik atau telah diubah genetiknya lebih murah dihasilkan. Toksin akan dibina tanpa disedari jika gen baru dimasukkan ke dalam sel tumbuhan. 

3) Mesti mengandungi 9 asid amino perlu. Antara ciri terpenting kerana badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzyme.

4) Semasa proses membuat isolate soya, soyflakes mesti dibersihkan dengan air dan bukan alkohol. Jika dicuci dengan alkohol, ia akan memusnahkan isoflavone sebanyak 88% while isolflavone diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru2 dan sebagainya. Selain itu isoflavone juga perlu untuk penyeimbangan hormon.

5) Proses pembuatan seeloknya tanpa pemanasan. Amino asid sangat sensitive dengan suhu yang panas. Menurut kajian, protein yang dipanaskan akan kehilangan 50% asid amino. 

6) Soy isolate mesti ditambah dengan unsur kalsium coz menurut kajian serbuk soya sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh itu unsur kalsium yang cukup perlu ditambah untuk meneutralkan kembali serbuk soya tersebut. 

 Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenal Identity Preserved Program (IPP) bagi memastikan kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP bebas dari perubahan genetik, daripada biji benih hingga ke pengeluarannya. Didalam ESP terdapat semua asid amino perlu iaitu 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Kacang soyanya diproses dengan suhu rendah dan setiap tin dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang mampu memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. 

ESP Shaklee rendah dari segi Indeks Glisemik menjadikannya sesuai untuk pesakit kencing manis. Kacang soya bagi menghasilkan ESP dicuci dengan air bagi mengekalkan isoflavones demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya. 

Antara manfaat ESP

 -  Awet muda
- Baik untuk hormon,mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
- Baik untuk prostat coz genisten didalam soya dapat mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser
- meransang pembentukan semula kulit dan otot,kurangkan kedutan, agen anti penuaan, kembalikan seri kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
- membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun
- membaiki masalah rambut gugur dan beruban

Click link dibawah untuk online order:


ATAU

Hubungi saya :)

Ku Suhasliza
ID 934393
SMS/Whatsapp 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia





Wednesday, June 18, 2014

Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil


Masalah tekanan darah tinggi amat mudah dialami oleh ibu hamil. Apatah lagi semasa mengandung tekanan berat badan bertambah dan emosi mudah terganggu. Ibu hamil dikategorikan mengalami tekanan darah tinggi sekiranya bacaan tekanan darah melebih 140/90 pada dua kali pemeriksaan.

Sekiranya ibu didiagnos mengalami darah tinggi selepas minggu ke 20 kehamilan dan tiada protein didalam air kencing, ia akan dikategorikan sebagai darah tinggi akibat kehamilan. Manakala, darah tinggi dengan kehadiran protein didalam air kencing menandakan masalah praeklampsia.

Masalah darah tinggi akibat kehamilan berisiko berlaku pada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Biasanya masalah ini berada pada tahap rendah dan tidak menyebabkan masalah yang ketara pada ibu dan bayi dalam kandungan. Namun lebih awal masalah ini berlaku, lebih besar risiko bayi lebih kecil dari usia kandungan atau menjadi praeklampsia. Oleh itu pemeriksaan antenatal amatlah penting kerana sekiranya dikesan mempunyai masalah darah tinggi, doktor akan memantau kesihatan dan tekanan darah ibu  serta akan memberi ubat yang bersesuaian bagi merawat masalah tersebut. 

Kesimpulannya ibu mengandung digalakkan mengambil nutrisi yang mencukupi agar kesihatan terjaga sepanjang mengandung. Pengalaman saya mengandung anak ketiga, berat badan naik melebihi sepatutnya coz saya kuat makan masa pregnant. Berat saya naik hingga 25kg.. memang doktor bimbang saya menghadapi masalah tekanan darah tinggi hingga perlu ke klinik setiap 3 hari untuk cek tekanan darah. Alhamdulillah.. dengan pengambilan Set Hamil Shaklee dan atas izin Allah.. saya terhindar dari masalah tekanan darah tinggi mahupun kencing manis sepanjang mengandung even berat naik bertingkat-tingkat. Doktor pun heran, berat naik banyak tapi saya xde malasah kesihatan. Alhamdulillah.. :)

Ingin dapatkan Set Hamil Shaklee? Hubungi:

Ku Suhasliza
ID 934393
SMS/Whatsapp 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.
*Free consultation untuk semua pelanggan saya :)



Tuesday, June 17, 2014

Senaman Bantu Mudahkan Kelahiran


Adakah ibu hamil boleh bersenam? Jawapannya adalah YA. Bersenam membantu kekalkan stamina sepanjang mengandung. Malah bersenam juga dapat menyediakan otot-otot untuk proses kelahiran nanti. Senaman ibu mengandung tidak sama seperti sebelum mengandung. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung adalah: 

1) Senaman Lantai Pelvik
Semasa mengandung otot pelvik menjadi lemah akibat dari beban yang banyak. Oleh itu kita akan mudah terkencing semasa bersin, batuk atau muntah. Jadi senaman ini membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya ialah dengan membuat kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan didalam kiraan enam saat dan rehat. Kemudian ulang semula. 

2) Bertinggung
Bertinggung seperti mencangkung, tapi ditahan oleh jari kaki. Letakkan tangan diatas kedua-dua lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan sekerap yang boleh kerana senaman ini mampu meredakan ketegangan punggung dan bantu meregangkan kaki.

3) Berenang
Amat digalakkan untuk ibu mengandung. Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu semasa proses bersalin kerana nafas yang panjang perlu semasa proses meneran. Berenang juga bantu menguatkan otot-otot ibu mengandung.

4) Berjalan Kaki
Berjalan kaki boleh mengeluarkan peluh dan bantu gerakkan otot-otot yang bakal digunakan semasa bersalin nanti. Mulakan dengan perlahan dan jarak yang pendek. Amalkan tiga kali seminggu dan boleh tingkatkan kelajuan dan jarak mengikut kemampuan. 

5) Menaiki Tangga
Senaman ini tidak sesuai dilakukan diawal kehamilan kerana bimbang rahim ibu tidak kuat untuk menerima tekanan. Menaiki tangga banyak menggunakan otot pelvik dan paha. Ianya dapat membantu mempercepatkan proses bukaan perineum dan mudahkan proses bersalin.

6) Kerja rumah
Melakukan kerja rumah juga merupakan salah satu senaman untuk ibu mengandung. Namun pastikan tidak melakukan kerja yang berat yang boleh memberi kesan buruk pada kesihatan ibu dan baby didalam kandungan. 

Selepas bersenam pastikan meminum banyak air agar ibu tidak ternyahhidrat.
Ingin dapatkan Set Ibu Hamil Shaklee? Hubungi:

Ku Suhasliza
ID 934393
SMS/Whatsapp: 013-2986822
COD area Shah Alam/Klang dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.
*Pelanggan saya akan menerima free consultation secara berterusan.

Thursday, June 12, 2014

Tips atasi Masalah Kejang Kaki semasa Mengandung

Kejang kaki atau cramp memang tak dapat dipisahkan dari ibu mengandung. Semasa mengandungkan anak pertama dan kedua, saya kerap mengalami masalah cramp kaki ni. That time lum kenal supplement Shaklee lagi. Hui kalau kena time tengah tidur tu sampai boleh menangis la. Kesian suami saya terpaksa bangun tengah malam tuk hadap masalah cramp kaki saya ni.. pernah kena hingga hampir 10 minit coz dah ok jadi balik tanpa henti. Sampai penat dan mengalir air mata jugalah menahan sakit. That's why bila pregnant anak ketiga, benda pertama bila cari supplement haruslah boleh membantu kurangkan masalah cramp kaki ni.. tak sanggup nak hadapi lagi dek non!


Masalah kaki kejang semasa mengandung terjadi kerana contraction otot luar kawalan yang menjejaskan betis kaki. Ianya biasa berlaku tidak kira semasa trimester pertama, kedua mahupun ketiga. 

Punca kekejangan kaki berlaku adalah:
- hasil sampingan metabolisme kanji dan gula yang menjejaskan peredaran darah dikaki
- fosforus yang  berlebihan akibat dari pengambilan daging yang telah diproses, snek dan minuman bergas
- kekurangan KALSIUM dalam darah. Pengambilan vitamin yang mencukupi amatlah penting bagi ibu mengandung dan perkembangan bayi didalam kandungan.
- tekanan rahim yang makin membesar pada saraf kaki

Tips atasi masalah kejang kaki:
- lakukan senaman regangan otot
- jangan berdiri terlalu lama
- pakai stokin sokongan dan pilihlah kasut yang selesa dipakai
- pastikan pengambilan kalsium yang cukup sebelum tidur
- minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 2 liter sehari
- alaskan kaki dengan bantal agar lebih tinggi ketika tidur
- urut betis sebelum tidur
- sentiasa putarkan buku lali atau gerakkan jari kaki semasa duduk



Alhamdulillah.. semasa mengandung anak ketiga, saya amalkan pengambilan supplement Shaklee untuk ibu hamil. Sekali pun tak pernah kena kejang kaki malah rasa lebih cergas bila bangun tidur. Bagi mereka yang berminat mendapatkan Set Hamil Shaklee, boleh hubungi:

Ku Suhasliza
ID 934393
sms/whatsapp: 013-2986822

COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia
*Pelanggan saya akan mendapat free consultation secara berterusan dan jadual makan supplement secara exclusive.

Wednesday, June 11, 2014

Makanan untuk Tambahkan Susu Badan

Wahhh banyakkan stok susu. Nak buat stok susu camni dan susu badan meriah untuk baby? Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi. Tahniah pada ibu-ibu yang memilih menyusukan bayi dengan susu badan. Pengorbanan ini bukan mudah, tapi anda telah lakukan yang terbaik. Bagi ibu-ibu yang ingin fully breastfeed baby, tapi hadapi masalah susu badan kurang. Disini saya ingin share antara makanan-makanan yang boleh bantu penghasilan susu badan. 

Longan
Longan kering ni selalunya boleh didapati di kedai ubat cina. Takpun boleh beli dipasaraya besar cam Giant/Tesco. Cari dibahagian barang kering. InsyaAllah jumpa. Rebuskan longan kering ni dengan sedikit gula batu untuk beri rasa manis. Boleh diminum panas atau sejuk.

Halba
Halba selalu diguna untuk masak nasi dagang atau buat kari. Tapi kari tu kita guna Halba Campur.. ni just Halba saja. Caranya cuci halba bersih-bersih. Then rendamkan dalam air panas, boleh la diminum air tersebut. Mungkin ada sedikit bau dan bau ini boleh beri sedikit kesan kepada bau badan kepada pengamalnya. 

Lobak Putih
Boleh didapati dengan mudah di pasar mahupun pasaraya. Jadikan lobak putih ni sebagai sup, makan panas-panas sedapkan.. amalkan untuk tambahkan susu badan. Saya tak boleh makan lobak putih ni, rasanya tak dapat diterima tekak :)

Jantung Pisang
Boleh dibuat kerabu mahupun masak lemak cili api.. wah bertambah makan nasi ni. Antara makanan penambah susu ibu juga ni. 

Kurma
Boleh dimakan begitu saja atau dicampurkan dengan susu dan blend pun sedap. Kurma mengandungi kalsium dan zat besi yang tinggi.

Habbatus Sauda
Sangat terkenal as a milkbooster. Boleh dibeli dikedai-kedai menjual makanan dari timur tengah. Rebuskan habbatus sauda dan minum airnya. 

Alfafa
Juga dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan dan merupakan ejen penambah susu badan yang terkenal. Selain dari itu, ia mengandungi fiber yang tinggi sangat sesuai sebagai pelawas dan membuang angin dalam badan. 

Jika inginkan cara yang lebih mudah, ibu-ibu boleh mengambil Set Menyusu Shaklee.. semudah 1,2,3.. tinggal nak telan dan bancuh jer. 

Boleh pilih dari set lengkap seperti diatas

ATAU

Set Budget ini. 

InsyaAllah, susu badan akan meningkat namun mesti disertakan dengan asas penyusuan yang betul iaitu more demand, more supply. Beri susu badan kepada baby sebanyak mungkin. 


Testimoni dari mereka yang telah mengambil Set Menyusu Shaklee



Berminat untuk dapatkan Set Menyusu Shaklee, hubungi:

Ku Suhasliza
ID 934393
sms/whatsapp: 013-2986822
 COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.
*Pelanggan saya akan mendapat free consultation secara berterusan. 

Friday, June 6, 2014

Nutriferon - Imun booster terbaek!

Hari ni nak sharing pasal Nutriferon pulak.. sebelum ni tak pernah try pun, tapi selalu tengok kengkawan post kat group whatsapp yang amik Nutriferon ni baik untuk imun booster. Tapi bila anak-anak saya yang tiga orang tu ditakdirkan Allah demam, selsema dan batuk on off.. saya terus terfikir nak try Nutriferon ni. Especially bila si kecik Ammar yang bila malam jer suhu badan naik tinggi.. badan panas jer.. paling saya risau coz based pada kata doktor pakar masa anak kedua dulu masuk hospital, budak bawah 2 tahun tidak boleh diberi sebarang ubat. So, kami cuba tidak memberi "dadah" yang legal ni pada Ammar.. kesian tgk hingus dia meleleh2.. batuk tak henti2, demam lagi. Cuma satu yang syukur, even macam tu dia still aktif. 

Berbalik kepada kisah Nutriferon ni, hari ni pepagi buta saya dah ke Shaklee. Selain dari nak restock barang yang customer order (saya tak suka biar customer tunggu lama.. kalau wat payment malam ni, esok kalau boleh saya terus nak pos. Even takde stock kt umah, saya cuba sebaik mungkin utk pos secepat yang boleh), saya nak beli Nutriferon ni. Bayangkan lah kul 9.45 pagi saya dah terpacak dlm Shaklee.. sape pun takde lagi.. saya pelanggan pertama, kaunter pun takde org lagi hahah.. 

So, lepas beli barang dan pos to customer. Balik rumah terus ambil satu sachet Nutriferon, first saya bancuh ngan separuh cawan air suam. Minum.. sejam lepas tu, Ammar meragam nak susu.. Since Ammar baru 5 bulan, susu ibu jelah makanan utama dia. Sebab tu saya yang kena makan Nutriferon tu. Dalam hati mohon sangat moga khasiat tu sampai padanya. Pukul 3 petang tadi, Ammar batuk-batuk then muntah kahak lendir.. Ya Allah syukur.. lega saya tengok kahak tu keluar.  So malam ni, saya amik lagi satu sachet Nutrferon, malam ni Ammar kerap menyusu. Pukul 10.30malam tadi, dia muntah lagi. dua kali muntah yg banyak dan keluar kahak lendir lagi.. Syukur Alhamdulillah.. Allah mudahkan.  Skang Ammar dah tido.. dah kurang batuknya.. badan dia pun dah tak panas lagi. This is not overclaim.. Saya cuma cerita apa yang berlaku pada saya dan saya syukur sangat atas izin Allah, Nutriferon tu membantu keluarkan kahak Ammar tanpa perlu buat neb atau kena sedut kahak. Saya dah ada pengalaman my second baby dulu, usia dua bulan masuk ICU coz pneumonia.. saya dah tgk camne teruk dia kena sedut kahak. Kalau boleh saya tak nak itu terjadi pada Ammar pulak.. cukup-cukup sudah.. tak sanggup lagi. Hope lepas ni, cepat la Ammar sembuh... Mudahkan lah Ya Allah..

Sedikit info mengenai Nutriferon:


Nutriferon dicipta oleh pakar imun iaitu Dr. Yasuhiko Kojima. Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon setelah ujian dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih 200 herba lain. Nutriferon sangat sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai antibodi lemah, senang sakit atau sakit yang lambat pulih. Antaranya:

* Ibu yang menyusukan anaknya, dan anaknya mengalami demam atau sakit yang lama.
* Mereka yang selalu sakit, selsema dan demam
* Mereka yang selalu ke luar negara
* Mereka yang mempunyai masalah imunisasi
* Mereka yang selalu terdedah dengan bahaya penyakit

Nutriferon bertindak dengan meningkatkan Interferon semulajadi badan sekaligus meningkatkan sistem imun badan. Ianya dicipta dengan empat campuran ekstrak tumbuhan semulajadi iaitu:

1) Ekstrak biji labu yang dapat mendorong pengeluaran Interferon
2) Biji Plantago yang mengandungi bahan dipanggil Polisakarida yang dapat meransang sistem imun
3) Bunga Safflower dimana dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih
4) Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle yang selalu digunakan dalam perubatan di Asia.

Nutriferon, bantuan kecemasan yang perlu ada disetiap rumah. Jom pilih yang semulajadi ^___^

Hubungi
Ku Suhasliza
ID 934393
sms/whatsapp: 013-2986822

COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.
*Free consultation yang berterusan untuk semua pelanggan saya. 


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Wednesday, June 4, 2014

Tips Berpuasa untuk Ibu Menyusu

Bulan puasa dah semakin hampir. Apa persediaan ibu yang menyusukan baby pada bulan puasa ni agar production susu tak merudum gitu.. Saya senang jer, pastikan amik Set Mighty 3 Gems Shaklee.. memang berkesan. Dah cuba masa puasa ganti ari tu. Alhamdulillah, production susu tak effect pun. 

Apapun, nak share sket a few tips untuk ibu-ibu menyusu berpuasa tanpa mengganggu production susu badan. 


1) Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Mulakan minum sewaktu berbuka hingga ke sahur dan menjelang waktu imsak.

2) Lebihkan makan buah-buahan, sup dan makanan berkuah. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan terlalu banyak garam.

3) Digalakkan makan madu setiap hari. Sumber tenaga terhebat dan membantu lancarkan air susu.

4) Rehat yang cukup dan elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5) Berbuka dan bersahur dengan makanan yang kaya protein dan cecair.

6) Banyakkan makan kurma coz ia bantu beri tenaga dan sumber milkbooster.

7) Elakkan minum minuman berkafein dan bergas.

8) Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi.

9) Ambil makanan berserat, buah-buahan dan sayuran agar tidak sembelit.

10) Boleh juga mengambil supplement sekiranya tiada masa untuk menyediakan makanan untuk diri sendiri. 

11) Kerap menyusu dan mengepam coz makin banyak susu keluar, makin banyak susu akan terhasil. 

Ingin dapat kan Set Milkbooster Shaklee or Set Mighty 3 Germs?
Hubungi:

Ku Suhasliza
ID 934393
Sms/Whatsapp: 013-2986822

COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia. 
*Free consultation yang berterusan untuk semua pelanggan saya.

Tuesday, June 3, 2014

Tips Kurangkan Mual untuk Ibu Mengandung

Kebanyakan ibu mengandung pasti hadapi situasi mual-mual dan muntah semasa 1st trimester kandungan kan? Saya dulu masa mengandung anak ketiga, muka memang macam zombi dah.. pucat.. letih.. sampai tengok laptop kat ofis pun boleh nak muntah. Acane tu? Tak payah keje? Huhu.. memang risau gak le coz tiap kali ngadap laptop start pening.. loya.. rasa nak muntah. dah ler toilet luar dari ofis.. penat ulang-alik toilet je nak tunggu time balik kul 5 petang tu. Tapi alhamdulillah, lepas amik Set Hamil Shaklee.. rasa loya, mual, muntah hilang sikit demi sikit. Badan kembali bertenaga baru best nk wat keje. Dah la assist MD kan..bila boss panggil je tengok muka "ahkak" ni cam tak siap jer.. alahai lomah dia nk bagi keje. Boleh wat ke tak budak ni kan. hahhaha. 



Ok, nak share sket tips untuk kurangkan mual bagi ibu mengandung. 

1) Bila muntah diwaktu pagi. Makan makanan kering seperti cereal, roti atau biskut sebelum bangun atau cuba ambil makanan ringan tinggi protein sebelum tidur. Ini kerana protein mengambil masa untuk dicerna. 

2) Ambil snek berkhasiat 2-3 jam sekali lebih baik dari 3 kali makanan utama. Makan secara perlahan-lahan agar mudah dihadam.

3) Makan makanan yang mempunyai cairan dan elakkan mengambil terlalu banyak dalam satu-satu masa. Boleh juga amalkan minum jus epal atau anggur.

4) Sentiasa duduk tegak selama 10-12 minit selepas makan untuk mengelakkan dari pedih ulu hati.

5) Elak makan makanan pedas, bergoreng, berminyak dan kopi kerana ini boleh merangsang asid dalam perut.

6) Amalkan pengambilan halia, boleh dicampur didalam minuman kegemaran atau buat jus halia.

7) Rujuk pada doktor bila mengalami muntah yang berterusan kerana boleh menyebabkan dehidrasi dan perlu bantuan segera.

Ingin dapatkan Set Hamil Shaklee? Hubungi:

Ku Suhasliza
ID 934393
sms/whatsapp 013-2986822

COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia. 
*Pelanggan saya bakal mendapat free consultation secara berterusan:)

Sumber: Blog permatacintaku.

Monday, June 2, 2014

Cantik Berseri dengan Vitamin E

 
Selalu dengar kan bila nak cantik amik Vitamin E, nak hilangkan parut sapu Vitamin E, malah banyak produk kecatikan, pencuci muka sume ada Vitamin E. Daripada kita sapu-sapu je why don't kita amalkan pengambilan Vitamin E secara konsisten. Bukan je cantik diluar malah kesihatan dalaman juga terjaga. Cantik luar dan dalam gitu... Oklah, tak mau citer banyak, jom kita selidik sket apa kelebihan Vitamin E ni untuk kulit cantik berseri-seri kan..
~ Memperbaiki parut malah boleh disapu terus untuk menghilangkan parut. Baguskan selain makan, boleh guna untuk sapu gak. Dua dalam satu.
~ Anti Oksidan yang kuat. Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

~ Anti Penuaan coz 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan lain-lain. 

~ Membaiki peredaran darah, membaiki tisu. 

Sebotol Vitamin E mengandungi 120 biji dimana boleh digunakan hingga empat bulan. Jimatkan? Jadi apa tunggu lagi, jom dapat kan Vitamin E sekarang untuk kulit yang cantik berseri. Hubungi:

Ku Suhasliza 
ID: 934393
SMS/Whatsap: 013-2986822

COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.
*Pelanggan saya akan menikmati free consultation secara berterusan.



Cegah Penuaan Sebelum Usia

Kita tak boleh menghalang penuaan, namun kita boleh melambatkan proses penuaan.  Penuaan dipandang sebagai sesuatu yang menakutkan terutama kepada wanita.

Faktor kesihatan luar dan dalaman merupakan salah satu punca terjadinya penuaan sebelum usia. Antara sebab-sebab terjadinya penuaan adalah: 

1) Kesan Sinaran UV.  Kerosakan yang terkumpul akibat dari pendedahan bertahun-tahun akan menjadi penyebab penuaan pramatang kulit.  Sinaran UV bertindak menguraikan kolagen dan elastin dalam kulit serta membantutkan penghasilan kolagen. Selain itu ia juga menyebabkan terhasilnya jeragat, bintik tetua, kulit kasar dan keras, kedut, pigmentasi dan lain-lain masalah kulit.

2) Merokok. Merokok boleh menyebabkan perubahan biokimia tubuh mengakibatkan proses penuaan berlaku lebih cepat.

Peningkatan usia menjadi punca kemerosotan keanjalan kulit hingga garis halus dan kedut mula kelihatan terutama sekitar mata dan mulut. Namun perubahan gaya hidup, pemakanan, pencemaran juga menjadi faktor penyumbang kepada tanda penuaan.

Antara Vitamin Shaklee untuk masalah penuaan ialah:
Vitamin E
 Dibuat dari Minyak Soya organik dan minyak biji gandum yang sangat kaya dengan Vitamin E. Ia adalah vitamin paling lengkap coz mengandungi Selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap Vitamin E dengan optimum. Sebiji Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, menghilangkan parut, kedut, garis halus, jerawat dan bintik penuaan. Ia juga dapat memulihkan tekstur dan ton kulit muka, dada dan otot peha.

Vivix

Dipanggil tonik ajaib! Menurut kajian, ramuan Vivix dapat memberi impak pada empat mekanisma penuaan pada tahap sellular. Makna ianya membaiki sel kita iaitu melawan penuaan pada tahap paling asas sekali.
- ramuan Vivix dapat dapat melindungi dan membaiki sel DNA
- Dapat mengaktifkan kawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan sel
- Menggalakkan pembentukan baru penjana tenaga untuk tingkatkan tenaga didalam sel
- Dapat melambatkan pembentukan AGE (Advanced Glycation End Product) yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

Dapatkan promo Vitamin E beli 6 percuma 1.. Haa.. nak dapatkan Set Anti Penuaan ni, boleh hubungi:

Ku Suhasliza
ID: 934393
Sms/Whatsapp: 013-2986822
COD area Shah Alam/Klang dan penghantaran melalui poslaju keseluruh Malaysia.
*Pelanggan saya akan free consultation secara berterusan


Sumber: Vitamin Organik