~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Thursday, October 30, 2014

Tips Mengatasi Masalah Keletihan

Tidak kira samada bekerja dipejabat mahupun sebagai surirumah sepenuh masa, kita tidak dapat lari dari merasa letih. Jika dipejabat, masa dipenuhi dengan kerja-kerja office, meeting, presentation dan lain2. Menjadi surirumah pula, menuntut kekuatan mental dan fizikal bagi melunaskan kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak.  Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi keletihan antaranya dengan mengambil makanan yang sihat dan vitamin.

Antara makanan yang dapat membantu mengatasi masalah keletihan adalah:

1) Yogurt


Yogurt dapat diproses dengan cepat oleh tubuh kerana teksturnya yang lembut dan menjadi tenaga berbanding makanan padat lain. Kajian menunjukkan probiotik yang terdapat dalam yogurt mampu mengurangkan gejala keletihan kronik dan dapat meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Ia juga membantu mengatasi masalah keletihan fizikal dan mental.

2) Bayam


Sedapnya bayam kan.. kalau dimasak lemak putih memang lazat!! Ok, bayam bukan saja mengandungi zat besi, tapi juga kaya dengan magnesium dan kalium. Kekurangan zat besi dalam tubuh boleh menyebabkan kita letih dan lesu sekaligus membawa kepada anemia. 

3)Kekacang



Masa saya kerja dulu, my boss selalu kunyah kekacang ni sebagai snack. Rupanya kekacang ni lah menjadi pemangkin tenaga untuk dia lebih bertenaga. Hmm.. so lepas ni boleh sediakan stok kekacang ni sebagai snek harian yer. Kekacang ni mengandungi sumber magnesium yang membantu memulihkan keletihan otot. Kandungan triptofan dalam badam, biji bunga matahari, walnut dan gajus pula dapat meringankan keletihan fizikal dan mental.

4) Oatmeal



Oatmeal bukan saja bagus untuk kurangkan kolestrol malah ia juga sesuai diambil oleh pesakit diabetes bagi memastikan kadar gula dalam darah berada diparas normal. Kandungan serat yang tinggi dalam oatmeal dapat meningkatkan tenaga sekaligus menjadi makanan yang bagus untuk mengatasi masalah keletihan. 

Selain dari itu, pengambilan vitamin dibawah juga dapat membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan stress, membina tulang yang kuat dan menguatkan sistem imun tubuh.
- Vitalea with Iron
- B Complex
- Vitamin C
- Ostematrix
- ESP (Energizing Soy Protein) 


+


Kombinasi vitamin ini bukan saja sesuai untuk lelaki dan wanita, tua dan muda malah juga amat sesuai untuk ibu hamil, ibu berpantang dan ibu menyusu. Jadi jangan tunggu lagi, dapatkan vitamin-vitamin ini dengan segera. Jika badan sihat, mental dan fizikal bertenaga sekaligus dapat melahirkan emosi yang ceria. So, performance ditempat kerja makin meningkat, rumahtangga makin bahagia.

Hubungi saya bagi mendapatkan vitamin-vitamin ini:

Liza
SMS/WA 013-2986822

Tuesday, October 28, 2014

Makanan Sihat Untuk Ibu Hamil

Saat kehamilan merupakan detik indah dalam kehidupan. Apabila disahkan hamil, pastinya ibu ingin memberi yang terbaik bagi kesihatan bayi didalam kandungan. Makanan yang sihat amat penting bagi memastikan ibu dan bayi mendapat nutrisi secukupnya. 


Hidangan harian ibu hamil haruslah mengandungi variasi daripada empat kumpulan makanan berikut:

1) Sayur-sayuran dan buah-buahan

Boleh dijadikan jus, dimakan mentah atau dimasak/rebus (bagi sayuran).  Pastikan memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari.

2) Makanan berkanji

Roti, pasta, nasi dan kentang dan cuba pilih dari kelompok bijian penuh.

3) Makanan yang kaya dengan protein

Daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Sasarkan dua hidangan seminggu.

4) Produk tenusu

Ini termasuklah susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.

Perlukah saya  ambil sebarang vitamin tambahan?

 Walaupun telah mengambil pemakanan yang sihat, secara hakikatnya vitamin antenatal adalah perlu bagi memastikan ibu hamil mendapat cukup nutrien. 

Ibu hamil disarankan mengambil asid folik, zat besi, multivitamin, kalsium dan vitamin C yang cukup sepanjang kehamilan. 

Hubungi saya bagi mendapat Set Hamil Shaklee yang terdiri dari Vitalea with Iron (Multivitamin), B Complex with Acid Folic, Vitamin C dan Ostematrix (Kalsium). Boleh refer SET HAMIL SHAKLEE.


Liza
sms/whatsapp 013-2986822
 COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.



Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Ramai yang suka makan vitamin Shaklee tapi tak ramai yang nak jadi ahli Shaklee coz kurang tahu mengenai kelebihan menjadi ahli Shaklee. Sebenarnya, menjadi ahli Shaklee banyak kelebihannya samada untuk makan sendiri mahupun dijadikan sumber pendapatan.

Cara menjadi ahli Shaklee:


- Membayar yuran pendaftaran ahli sebanyak RM75 (RM65 yuran keahlian, RM10 kos pos member kit Shaklee) bagi Semenanjung Malaysia dan RM85 bagi Sabah/Sarawak. Sangat murah kan??

ATAU

- Membeli barangan Shaklee melebihi 200 points atau bersamaan dengan RM680.00 (Semenanjung) dan RM850.00 (Sabah/Sarawak)

Jika ingin daftar sendiri untuk menjadi Ahli Shaklee di branch berdekatan? 


Caranya mudah saja, dapatkan borang pendaftaran ahli dikaunter, isikan maklumat anda dan masukkan Nama dan ID saya (Ku Suhasliza Ku Sulong, ID 934393) diruangan penaja dan serahkan borang beserta yuran keahlian dia kaunter. Selepas itu, anda telah menjadi ahli Shaklee dan diberi ID no. Anda sudah layak mendapat bimbingan dan panduan sepenuhnya dari saya. Banyak tips dan rahsia bisnes yang akan saya kongsikan bersama anda.. semuanya Eksklusif untuk mereka yang join dibawah saya. Ingat no telefon saya yer.. 013-2986822 :) 

Kelebihan menjadi ahli Shaklee:


-  Penjimatan hingga 20% bagi setiap pembelian produk Shaklee

- Pembelian dengan minimum point 150uv/RM450 keatas akan layak menerima bonus tunai

- Dapat join kelas Nutrisi dengan bayaran yang sangat minima

- Mendapat bimbingan tentang rahsia berbisnes, cara pemakanan, tips2 menarik 

- Mendapat online dan offline coaching secara EKSKLUSIF bagi mereka yang berminat untuk berbisnes dengan Shaklee

- Jemputan ke EKSKLUSIF group yang sangat informatif dan penuh tips

- Berpotensi menjana pendapatan empat lima angka bagi mereka yang rajin dan mempunyai semangat tinggi untuk berjaya dalam Shaklee

- Keahlian seumur hidup

- Proses pembelian yang mudah, boleh order online jika tiada masa untuk ke cawangan Shaklee berhampiran untuk membeli

- Berpeluang mendapat bonus kereta, menghadiri konvensyen dan berpeluang melancong ke luar negara/umrah dengan segala perbelanjaan ditangung bagi mereka yang aktif berbisnes

- Boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan bagi mereka yang bekerja dan yang ingin bekerja dari rumah

- Sistem yang mudah dan segalanya hanya dilakukan secara online



Jom jimat dan berjaya dengan Shaklee!

Eksklusif coaching dari Master terhebat!



 Anak-anak dan suami pun boleh join. This is family business, kemana-mana pun bersama :)

 Orang kuat dibelakang kami

The best business ever!

Ingin daftar sebagai Ahli Shaklee sekarang? Hubungi:

Liza
sms/whatsapp 013-2986822



Tuesday, October 21, 2014

Cara atasi Keputihan Ketika Hamil

Kebanyakkan wanita hamil selalu dijangkiti keputihan. Ini biasa berlaku kerana perubahan hormon yang dialami semasa hamil.  Masalah keputihan ini amat mengganggu malahan sekiranya ia sudah peringkat lebih teruk boleh membawa risiko kecacatan pada bayi, menyebabkan kelahiran pra matang juga keguguran.

Cara Atasi Keputihan
Di Shaklee, antara supplemen yang boleh diambil bagi mengatasi keputihan ketika hamil adalah Garlic Complex. 

Seperti yang kita tahu Bawang Putih sangat bagus bagi proses melancarkan peredaran darah, mengurangkan kolestrol dan mengelakkan darah tinggi. Selain dari itu, bagus digunakan untuk mengatasi masalah kulat, bakteria dan virus. Ia berupaya merawat jangkitan faraj seperti keputihan dan selamat diambil oleh ibu hamil. Garlic Complex bertindak sebagai antibiotik dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan.

Antara kebaikan lain Garlic Complex adalah:
- mempertingkatkan penghadaman dan fungsi jantung
- tingkatkan sistem imun dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman 
- menghalang berlakunya alergi
- menstabilkan tekanan darah
- detoks
- mengurangkan paras kolestrol
- menstabilkan glukos dalam tubuh

Oleh itu, sekiranya ibu hamil mengalami masalah keputihan. Jangan dipandang remeh dan cepat-cepatlah cari penawarnya agar bayi dapat lahir dengan sihat tanpa sebarang risiko. 

Hubungi saya untuk sebarang pentanyaan atau untuk membuat pembelian:

LiZa
sms/wa 013-2986822
COD: Klang/Shah Alam
*Penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.





Friday, October 17, 2014

Betul ke Vitalea sesuai untuk ibu hamil???

Saya ada dapat pertanyaan dari customer-customer yang sebelum ni consume Vitalea untuk beri tenaga.. then dengan izin Allah, diaorang pregnant.. so ada yang tertanya-tanya adakah Vitalea ni selamat untuk wanita hamil? Untuk information, Vitalea merupakan salah satu vitamin yang terkandung dalam Set Hamil Shaklee, boleh refer di SINI.

Kenapa saya kata Vitalea selamat dan bagus untuk wanita hamil? Ini kerana Vitalea adalah multivitamin lengkap yang diperkaya dengan Zat Besi which is boleh membantu mengelakkan masalah Anemia ketika hamil. Dalam Vitalea ni juga ada 28 vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan ibu hamil. Jadi para ibu jangan risau untuk mengambil  Vitalea sepanjang kehamilan kerana ia telah terbukti membantu ibu hamil tampil lebih cergas serta memelihara kesihatan ibu-ibu.

Dengan gabungan Vitamin C, B Complex dan Ostematrix, insyaAllah ibu hamil akan mendapat nutrisi yang lengkap dari pelbagai segi.

Antara testimoni mereka yang telah mengambil Shaklee semasa hamil:






Hubungi saya untuk details atau ingin order Set Hamil Shaklee:

LiZa
sms/wa 013-2986822
FB: HUMAIRA BEAUTY

Wednesday, October 15, 2014

Cara Atasi Sembelit Ketika Hamil

Stress kan bila alami sembelit ketika hamil...berjam-jam dok kt dalam toilet tapi tak juga dapat melepaskan 'hajat'.  Sembelit terjadi akibat tekanan keatas uterus yang semakin membesar ke atas rektum dan hormon kehamilan yang memperlahankan makanan melalui salur penghadaman. Kadang-kadang pengambilan zat besi juga boleh menyebabkan sembelit.


Antara cara yang boleh diambil bagi mengatasi sembelit adalah:

- awasi diet seharian, minum air yang cukup dan lakukan senaman ringan
- makan makanan berserat tinggi roti bijian penuh, bijirin bijian penuh, buah-buahan dan sayuran segar setiap hari. 
- Minum jus buah-buahan setiap hari
- berjalan, berenang, yoga juga boleh membantu mengatasi sembelit.

Selain itu, Set Hamil Shaklee yang terdiri dari Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix sangat membantu memberi nutrisi lengkap bagi ibu hamil dan amat bagus mengatasi masalah sembelit. Alhamdulillah, sejak mengamalkan set ini saya mendapat bekalan nutrisi yang cukup sepanjang kehamilan. Bangun pagi lebih cergas, sakit kaki dan pinggang hilang, tidak mengalami cramp kaki malahan proses 'pembuangan' menjadi sangat lancar.  Supplement ni bukan saja boleh digunakan sepanjang kehamilan, malah boleh diteruskan hingga selepas bersalin. 

Hubungi saya untuk mendapatkan keterangan lanjut atau ingin membeli set hamil yang super ohsem ni:-

LiZa
sms/wa 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju keseluruh Malaysia.



Tuesday, October 14, 2014

Cara Menyimpan EBM (Expressed Breastmilk)

Bagi mereka yang bertekad ingin memberi susu ibu kepada bayi, galilah ilmu agar kita rasa mudah dan faham cara menguruskan susu especially EBM (Expressed Breastmilk) atau perahan susu ibu. Bukan mudah untuk istiqomah menyusukan baby tambahan pulak bagi ibu-ibu yang bekerja. Kadang-kadang kesuntukan masa untuk pam di ofis, terpaksa korbankan masa rehat untuk mengepam susu. If majikan tidak support lagi lah susah nak cari tempat sesuai untuk pam dan tempat penyimpanan EBM. 

Citer sket pengalaman saya dulu yer.. masa anak pertama, agak susah juga sebenarnya.. pelbagai cabaran saya hadapi. Mengepam susu setiap hari disurau.. lepas tu bawa naik ke pantry ofis, tumpang simpan di peti ais ofis. Dapat pulak babysitter yang tidak menyokong penyusuan susu ibu.. diberi segala kemudahan dan dah diajar cara mengendalikan susu, tapi dipanaskan pulak EBM tu guna microwave. Sudahnya baby tak nak minum susu.. susu EBM tu jadi pahit. Tapi semua cabaran tu menjadikan saya lebih kuat dan saya belajar dari pengalaman. Sanggup tukar babysitter semata-mata nak cari yang pandai uruskan EBM untuk my baby. Bila anak kedua, saya plan ngan officemate lain yang nak bersalin.. saya sanggup tulis surat kepada majikan dan minta tandangan yang lain agar majikan dapat sediakan satu bilik khas "Lactation Room" agar kami tak perlu lagi mengepam susu di surau. Alhamdulillah.. atas kesedaran majikan, kami dapat satu bilik yang dilengkapi aircond khas untuk mengepam. Ya Allah.. happy tak terkata. Saya check taska yang nak hantar baby tu mesra EBM or not. Memang selalu share info dengan staf taska macam mana nak uruskan susu EBM. Alhamdulillah.. segalanya dimudahkan Allah. 

So, check it out bagaimana caranya nak simpan susu EBM ni. 


Secara ringkasnya:

- untuk suhu bilik, boleh disimpan 4-8 jam
- jika menggunakan beg sejuk beku yang diisi pek ais, boleh bertahan hingga 24 jam
- Peti sejuk bahagian bawah, boeh bertahan 3 - 8 hari.. paling elok 3 hari sahaja
- Peti sejuk bahagian atas, 2 minggu ke 3 bulan
- deep freezer, boleh bertahan hingga 6 bulan

Pastikan setiap susu yang diperah dilabel mengikut tarikh dan masa. Konsep untuk menggunakannya, First In, First Out.. yang lebih awal masuk, itulah yang keluar dulu. 


Boleh tengok dalam gambar ni, semua stok EBM dilabelkan.

Cara Menyahsejukbekukan Susu

- Sekiranyan susu nak digunakan keesokan hari, keluarkan susu dari tempat simpan sejuk beku dan letak di peti ais bahagian bawah
- Rendamkan susu dengan air panas suam (air panas boleh merosakkan nutrien dan antibodi dalam susu)
- Goncangkan susu agar sebati dan rasa dahulu sebelum diberi kepada bayi. Susu ibu ni rasa dia manis-manis buah tau.. kalau dah rasa pahit atau masam, itu petanda susu dah tak elok.

Panduan Menyimpan Susu Ibu

- Basuh bersih bekas peyimpanan susu, bilas dengan air didih dan keringkan
- susu yang telah digunakan tidak boleh disimpan semula, jadi setiap botol susu harus untuk sekali penggunaan sahaja
- Jangan penuhkan susu hingga ke penutup, tinggalkan sedikit ruang coz bila susu disejukkan ia akan mengembang.
- Jangan simpan susu dibahagian pintu peti sejuk kerana bahagian itu tidak stabil suhunya.
- jika menggunakan cooler bag, pastikan ice pack mencukupi dan elakkan selalu membuka cooler bag tersebut

So, sekarang ibu-ibu dah dapat info serba sedikit mengenai cara penyimpanan EBM kan.. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau ingin membeli Set Menyusu Shaklee bagi membanyakkan penghasilan susu badan serta memastikan susu lebih berkualiti, boleh hubungi saya:

LiZa
Sms/Wa 013-2986822

Happy Pumping Mommies!!! 
^_____^


-

Monday, October 13, 2014

Simptom Selepas Bersalin yang Perlu Diberi Perhatian

Berpantang adalah tempoh ibu-ibu merehatkan badan sambil create bonding with baby. Pemakanan yang sihat dan rehat yang cukup amat perlu bagi mengembalikan tenaga yang hilang semasa melahirkan. Namun kadangkala, ibu berpantang tidak mendapat rehat yang cukup dan pemakanan yang sihat akibat dari baby yang selalu terjaga banyak kali untuk menyusu dan beberapa makanan yang tidak boleh diambil semasa berpantang. 


Beberapa simptom yang perlu diberi perhatian oleh ibu semasa berpantang yang memerlukan rawatan segera adalah:

1) Kehilangan banyak darah atau ia berlaku secara tiba-tiba
Tumpah darah selepas bersalin harus diberi perhatian segera kerana ia boleh meragut nyawa. Gejala awal adalah pening, denyutan jantung laju, berpeluh dan terasa seperti hendak pitam.

2) Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
Ia berlaku mungkin akibat daripada suntikan epidural. Sekiranya berlaku 72 jam selepas bersalin, ia mungkin juga tanda pre-eklampsia dimana disertai dengan rasa loya atau pandangan kabur.

3) Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi perlu diambil selepas bersalin. Jika tekanan darah melebihi 90, ia mungkin tanda pre-eklampsia atau berisiko menghidapi eklampsia sepenuhnya.

4) Nafas Pendek
Nafas pendek atau sesak nafas berlaku, ia mungkin tanda darah beku terlekat pada saluran diparu-paru.

5) Sakit dada. 
Jika mengalaminya ia mungkin jangkitan dada atau ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Ianya tidak harus diabaikan, segera ke hospital apabila mengalami sesak nafas atau batuk berdarah.

6) Berfikir untuk membunuh diri. 
Sekiranya berfikir tentang kematian atau membunuh diri, segera berbincang dengan ahli keluarga atau hubungi doktor anda supaya bantuan dapat diberikan.

7)  Berkelakuan kurang siuman, insomnia atau mudah rasa gelisah.
Sesetengah ibu akan menghadapi perubahan dari segi kesihatan emosi dan fizikal. Oleh itu, sangat penting bagi ibu mendapatkan rawatan segera sekiranya berlaku kekacauan fikiran, mudah gelisah atau kekeliruan bagi mengelakkan terjadinya meroyan.

8) Demam panas (Suhu melebihi 38 celcius)
Selepas bersalin ibu berisiko mendapat jangkitan seperti demam panas yang disertai dengan menggigil. Segera dapatkan rawatan doktor kerana bimbang ia akan berlarutan akibat dari jangkitan pada jahitan atau rahim.

Dapatkan Set Berpantang Shaklee untuk kesihatan dalaman dan luaran.


Hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.





Sunday, October 12, 2014

Petua Lama bagi Menambah Susu Badan

Godek-godek, terbaca satu artikel ni dari Kumpulan Susu Ibu. Sangat membantu juga bagi ibu-ibu yang ingin menambah susu badan. Saya mohon share untuk kebaikan semua, harap halalkan ilmu ni yer Cik Norfairuz Idayu Nazlie Leong.


1) Jantung Pisang. Samada nak dibuat masak lemak ke, atau dicelur cecah dengan sambal belacan pun sodap..Sangat membantu menambahkan susu badan coz saya pun pernah try kaedah ni. 

2) Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan segelas air suam dan biarkan hingga suam. Minum sehari dua kali. Tambah sket, kalau nak buat sup lobak putih pun boleh. 

3) Daun betik.. sanggup tak nak makan? Bukan makan cenggitu.. celur dan buatlah ulam cecah sambal belacan makan ngan nasi panas dan ikar bakar.. perghh meleleh ayaq liuq kata orang utara.. Memang la pahit, tapi pahit tu kan ubat :)

4) Rebus longan kering. Boleh dibeli dikedai sinseh atau di pasaraya. Haa yang ni memang saya pernah try, berbotol-botol bawa bekal ke ofis dulu. Ambil longan satu cawan kecil, rebus dengan 3 hingga 4 cawan air. Biar hingga kembang.. boleh la diminum air tu sebagai usaha menambahkan susu badan. 

5) Daun sireh boleh juga digunakan sebagai penambah susu badan dan melancarkan susu. Caranya, ambil daun sireh, sapukan dengan minyak kelapa dan layurkan daun sireh pada api dan tekapkan ke sekeliling payudara.

6) Kerap susukan baby. High demand, high production. Penyusuan yang kerap dapat merangsang penghasilan hormon prolaktin untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. 

7) Amalkan makan ulam seperti cekur manis, peria, pegaga, ulam raja.. insyaAllah dapat membantu membanyakkan susu badan. 

8) Makan sesudu halba setiap hari. Cuci halba hingga bersih dan keringkan. Simpan dalam bekas bertutup dan makanlah setiap hari. 

9) Minum air kosong yang mencukupi kira-kira 2 liter sehari. Selain itu soya juga dapat membantu penghasilan susu badan. Pilihlah soya yang tidak diubah secara genetik kerana ia lebih selamat. 

10) Makan makanan berkhasiat, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan pengambilan kafein dan minuman bikarbonat.

So, rasanya dah banyak juga petua yang boleh ibu-ibu cuba bagi menambah penghasilan susu badan. Selain itu, ibu-ibu juga boleh mengambil Set Menyusu Shaklee bagi tujuan menambah susu badan dan mendapatkan susu yang pekat dan berkrim. 

Hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia. 

10 bulan sudaaa.. Enjoying my breastfeeding journey.

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. budak omey omey genap 10 bulan Oktober ni.. syukur Ya Allah.. Kau murahkan rezeki Ammar Hadif.. atas izin Allah, 10 bulan dah Ammar minum susu ibu tanpa campur susu formula. Kakaknya dulu pun, 11 bulan minum susu ibu sahaja, bulan ke 12 baru campur susu formula, tu pun sket-sket jer.. ibu dapat susukan kakak Qaireen hingga 2 tahun 3 bulan, baru stop coz pregnantkan Ammar. Untuk Ammar, insyaAllah ibu akan usahakan Ammar cuma minum susu ibu hingga 2 tahun. Ibu nak break the record.. Yakin boleh!!

Dan pastinya selain doa, ibu memang usahakan ambil supplemen untuk pastikan rezeki susu Ammar sentiasa ada dan mencukupi. Sejak dari kakak Qaireen dulu, ibu memang consume Set Menyusu Shaklee.. dulu ibu amik Alfalfa, Vitamin C, B Complex dan Vitalea jer.. maklumlah masa tu budget kurang, lum mampu nak beli ESP. Tapi skang dah jadi ahli Shaklee.. wah meriah rumah dengan vitamin Shaklee heheh.. now wajib untuk milkbooster memang lah Alfalfa dan ESP.. haruss amik!! Untuk tingkatkan kuantiti susu dan kualiti. Tau kenapa, Alfalfa dan ESP ni the best milkbooster.. selain dari banyakkan susu badan, ia juga membantu pekatkan susu. So, baby minum pun kenyang jer.. Sapa yang biasa amik dua supplemen ni tau lah kehebatannya nya macam mana. Memang lepas tu terus nak konsisten ambil jer.. tak nak skip lagi.  Selain dari tu amalkan juga pengambilan Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix. Nak sihat, bertenaga, sistem imun bagus demi untuk diri sendiri dan keluarga juga. Tambah-tambah menyusukan anak, kena juga dapatkan bekalan kalsium yang mencukupi.. Badan sihat, hati senang kunci tingkatkan production susu juga tu.. Uppsss tambah lagi satu.. Lecithin.. kata nak kuruskan.. hik hik hik..

Happy me.... ibu buat semua ni demi Ammar..

Jadi kalau ada yang bertekad nak menjayakan penyusuan susu ibu tu, cubalah set-set ni:

 Nak yang budget, boleh ambil ni

atau

Set Lengkap dibawah


Pada yang nak keep slim, boleh ambil set ini


Jadi pilihan ditangan anda. Perlukan maklumat lanjut atau nak order salah satu set diatas, boleh hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822
FB: HUMAIRA BEAUTY
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.

Uppsss!!! Bulan Oktober ni promo ESP tau.. nak tau lebih lanjut hubungi saya ya!!
^___^

Wednesday, October 8, 2014

Minum ESP dengan Cara yang Betul

ESP (Energizing Soy Protein) adalah protein soya. Rasanya... emmm mild vanilla.. so kalau uolls bancuh ESP dengan air suam sahaja dan minum mungkin ada yang boleh muntah hijau... tak tipu, saya pun tak mampu nak minum ESP bancuh ngan air suam jer.. rasanya memang tak boleh diterima tekak. Tapi.. ada tapinya tau.. kalau korang cuba ESP dengan resepi-resepi ringkas dibawah ni.. hmmm memang OHSEM!!! Rasa nak minum selalu... kalau satu tong ESP tu boleh bertahan 1 ke 2 bulan, silap2 sebulan pun tak sampai.. hahaha.. melampau kan. Serius SEDAP!!! Pastu mulalah muka korang nampak berseri-seri, cerah, kedut dan garis halus pun kurang, parut jerawat makin hilang, badan korang pun makin langsing dan bertenaga, kulit pun lebih anjal.. hish... sanggup ke korang hadapi sume ni?? Kalau sanggup jom try resepi kat bawah ni:



Resepi ESP:

1) ESP + Fresh Milk/Full cream milk/Strawberry milk (pergh.. memang layan habis)

2) ESP + Nesle Bliss perasa strawberry (thumbs up)

3) ESP + Milo (sarapan yang berkhasiat)

4) ESP + Horlick (memang upmph!)

5) ESP + Nesvita 3 in 1 (bagus diambil diantara waktu makan)

6) ESP + Twister Oren/Sunquick Tropical (boleh jadi ketagih ooo disebabkan kesedapannya)

7) ESP + Fresh Milk + Kurma (kombinasi terbaik untuk milkbooster)

8) ESP + Mealshake + Performance Drink (penuh khasiat dan boost energy)

9) ESP + fresh juice (sedappp jugakkk)

10) ESP + susu Anmum (untuk ibu hamil yang nak kelihatan cantik berseri serta bertenaga)

Cara pengambilan:

Satu sudu besar ESP dicampur dengan bahan2 dari resepi diatas, shake it! Shake lagi sedap tau dari korang bancuh dalam mug dan kacau. Boleh diambil 1 atau dua kali sehari (tidak boleh lebih dari 3 sudu besar sehari) sebagai sarapan pagi semasa perut kosong atau diantara waktu makan. 

Pantang larang:
1) Jangan bancuh dengan air panas, minuman berkafein atau berkarbonat kerana ini akan merosakkan protein dan nutrisi didalam ESP
2) Tidak boleh diambil lebih dari 3 sudu sehari

Haaa amacam terliur tak nak cuba ESP? Nak order tak..??? Hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.

Tuesday, October 7, 2014

Penawar Sakit Kepala

Jadi suri rumah tak bermakna kita relax.. sebenarnya keje suri rumah ni lagi banyak. Non stop dari celik mata hingga la nk tido.. Hari ni sakit kepala.. dah lama tak kena sebenarnya.. banyak benda difikirkan kot heheeheh.. tapi keje tetap jalan. Cuba menghindarkan diri dari telan pain killer mahupun Panadol.. tak mengganggu perut kononnya, namun tetap ada side effect. So, better elakkan. 

So, sebagai alternatif saya ambil supplemen semulajadi sebagai penawar. Ini kerana supplemen semulajadi diekstrak dari bahan makanan manakala ubat diformulasikan dari sejenis dadah dan lain-lain.

Bagi sakit kepala saya ni, saya ambil dua supplemen dibawah:

Ostematrix mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Selain dari bagus untuk tulang dan gigi, kalsium juga dapat membantu masalah insomnia, menguatkan fungsi saraf dan otot, mengurangkan kolestrol dalam darah dan lain-lain manfaat. Magnesium pula membantu mengelakkan kekejangan salur darah dan mengurangkan sakit kepala. Vitamin D amat penting dalam membantu penyerapan kalsium yang optimum. Kalsium tanpa Vitamin D tidak boleh diserap tubuh dan boleh menyebabkan penyakit batu karang.

B Complex mengandungi vitamin B2 dan B6 dimana dapat membantu mengurangkan sakit kepala serta mencegah kemurungan, stress dan strok. 

Oleh itu kombinasi kedua-dua vitamin ini sangat membantu saya apabila sakit kepala. Yang paling penting ianya natural. Apabila kita katakan sesuatu yang bersifat semulajadi, janganlah expect lepas makan terus baik macam ubat yang mengandungi dadah. Ia mungkin akan mengambil sedikit masa namun berkesan. 

Sering sakit kepala, stress? Nak order? Hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.

Nutrisi Penting untuk meneruskan Penyusuan Susu Ibu

Jika semasa hamil, kita sanggup ambil vitamin even kenkadang tak boleh telan demi kesihatan diri dan bayi didalam kandungan. Kita nak baby kita membesar dengan sihat, cukup semua nutrisi. Tapi bila dah lahir, ramai antara kita yang mengabaikan kepentingan nutrisi. Ramai yang fikir "oh.. baby dah lahir.. tak perlu lagi nak telan sume pil2 tu." Tapi kita harus ingat, satu-satunya makanan terbaik bayi dari baru lahir hingga ke usia 6 bulan adalah SUSU IBU. Bila dalam pantang, banyak benda yang ibu-ibu tak boleh makan. Ada yang tak boleh makan ayam.. sayur itu tak boleh, sayur ini tak boleh, minum air banyak tak boleh.. maka dari mana datangnya semua nutrisi yang ibu dan baby perlukan. Akhirnya, ibu akan cepat letih, penghasilan susu ibu kurang yang membawa kepada kegagalan penyusuan susu ibu. 


Selepas melahirkan dan dalam masa yang sama menyusukan bayi, kita lebih perlukan supplement 200%. Semasa melahirkan banyak tenaga yang telah kita guna, ada urat yang putus dan tulang yang retak semasa melahirkan tanpa kita sedari. Namun kita tak jaga pulak badan kita. Badan kita nak guna lama kan.. untuk suami, untuk anak-anak. Jadi jangan berkira untuk supplemen demi kesihatan kita dan keluarga kita. Bila kita tengok anak orang lain chubby, aktif kita suka, tapi cuba kita bandingkan apa yang dia sanggup lakukan dengan apa yang kita lakukan.  Ada officemate saya dulu pernah komen "kenapa akak susukan baby akak tapi baby akak selalu demam. Orang kata anak yang susu badan ni antibodi kuat". Soalan saya, apa yang akak makan.. berkhasiat ke tidak. Jadi kalau pemakanan kita sendiri tak berkhasiat, kita sendiri pun selalu sakit, nutrisi tak cukup. Macam mana kita nak bekalkan susu yang penuh khasiat pada baby kita?? Jangan salahkan penyusuan susu ibu.. salahkan diri sendiri kerana malas nak makan makanan berkhasiat.

Supplement dibawah adalah "breastfeeding friendly". Bukan saja beri nutrisi yang cukup pada ibu dan susu yang berkualiti, malah dapat juga membanyakkan production susu badan bagi memastikan survival penyusuan susu ibu hingga bayi berumur dua tahun. 


Lakukan demi baby kita, demi keluarga kita.. tiada susu terbaik melainkan susu ibu, jadi let us give the best for our baby. 

Hubungi saya bagi mendapatkan supplement ini

LiZa
sms/wa 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.

Friday, October 3, 2014

Vitamin Tambah Tenaga

Wahhhh macam jual ubat kuat pulak tajuk ku ini. By the way, ini bukan ubat kuat, tapi vitamin kesihatan yang jika diamalkan secara konsisten mampu memberi tenaga sekaligus menjaga kesihatan kita. 


Dengan hidup yang sentiasa sibuk, gi keje jem, balik keje jem.. tekanan di tempat keje lagi, balik rumah nak uruskan rumahtangga lagi. Memanglah sangat penat. Esok bangun pagi, rasa macam tak cukup rehat, badan lemau jer nak keje. Bila badan lemah, macamana kita nak perform ditempat kerja kan. Memang banyak dapat pertanyaan tentang bagaimana nak tambah tenaga ni. So, ini jawapan terbaik bagi soalan anda :)


VITALEA untuk penambah tenaga
Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral. Ia bertindak sebagai penambah tenaga segera, beri kecergasan, membantu kita lebih fokus tambahan pula diperkaya dengan zat besi untuk pembentukan sel darah merah.

B COMPLEX untuk penambah tenaga
Membantu menukar makanan kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan. Bertindak melawan tekanan, meredakan sakit kepala, insomnia, mencegah anemia, merangsang blood circulation, migrain dan muntah-muntah.

VITAMIN C untuk penambah tenaga
Bekalan Vitamin C amat perlu bagi kesan optimum penyerapan zat besi, meningkatan sistem imun, antioksidan dan mengurangkan stress.

ESP untuk penambah tenaga
Ia adalah minuman protein yang amat sihat dan bertindak sebagai penambah tenaga segera dan boleh bertahan lama. Satu hidangan ESP bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu dan sangat mudah diserap tubuh. Ia membantu meningkatkan kualiti memori dan mencegah migrain, insomnia serta stress. 

So, nak tambah tenaga? Hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.






 




Resepi ESP untuk yang Berpantang

 
 
Ibu dalam proses berpantang perlu mengambil makanan berkhasiat agar tubuh lebih bertenaga, cepat sihat, susu badan dapat dihasilkan dengan lebih banyak. Jadi ESP (Energizing Soy Protein) merupakan antara set yang sangat popular diambil semasa dalam pantang. Namun ada ibu-ibu yang masih was-was, nak bancuh ESP ni cemana masa dalam pantang? Takkan nak shake ngan air sejuk since ESP tak boleh dibancuh dengan air panas coz akan merosakkan proteinnya. Takkan nak shake ngan susu perasa strawberry? Takkan nak minum ngan Tropicana Oren pulak kan.. Well disini saya bagi dua tiga resepi yang ibu-ibu boleh cuba:

1) ESP + Kurma + Halia
- Tumbukkan halia kurma yang telah dibuang biji. Tak perlu sampai lumat sangat.. agak-agak jelah yer..rendamkan didalam air suam, kemudian tambah sesudu besar ESP. Halia bagus untuk buang angin dalam badan, ESP dan kurma bagus untuk penghasilan susu badan dan beri tenaga.

2) ESP + Milo
- Satu sudu ESP dicampur kedalam Milo suam. Nak best shake sket.. baru lazat.

3) ESP + Horlick
- Horlick juga dapat membantu penghasilan susu badan dan mengandungi kalsium. Just shake sesudu besar ESP bersama Horlick suam. Memanglah sedap!

4) ESP + Madu
- Masukkan sesudu besar ESP kedalam bancuhan satu sudu besar madu. Pastikan ianya suam yer. Dan shake it! Wallah.. sedap juga..

So, selamat mencuba ya ibu-ibu... Nak order ESP?

Hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia



Thursday, October 2, 2014

Kaitan Protein dan Kulit Cantik


Kulit yang cantik, halus mulus, cerah berseri memang menjadi idaman semua wanita. Jujurnya wanita sanggup berhabis untuk mendapat kulit yang cantik, malah sanggup menahan kesakitan, inject sana sini demi kulit yang cantik. Selalu kita dengar kolagen penting untuk kulit yang cantik, tapi tahukah yang protein juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan kulit yang cantik, anjal, cerah berseri.

Tahukah anda yang kolagen dan protein saling berkait? Kolagen terdiri dari 30% daripada jumlah protein badan. Selain dari berguna untuk pembentukan kolagen, protein penting untuk memulihkan tisu yang rosak dan pembentukan tisu baru. Protein juga berguna untuk menggantikan sel-sel yang telah mati. 

Tanda kekurangan Protein:
- eye bag
- water retention (bengkak buku lali, tangan, kaki)
- kuku pecah/rapuh/nipis
- kulit kering dan kusam
- rambut kering dan tidak bersinar
- keguguran rambut

Bagaimana untuk mendapatkan protein secukupnya?

Protein boleh didapati melalui pemakanan. Misalnya dari telur, ayam, daging, ikan, udang, susu, kekacang, tauhu, yogurt dan banyak lagi. Inginkan sumber protein yang mudah dan sedap??
*
*
*
*

 ESP (Energizing Soy Protein) merupakan protein soya non-gmo iaitu diperbuat dari soya yg tidak diubah secara genetik. ESP sangat sedap dibancuh dengan minuman coklat, horlick, nesvita dan boleh juga diblend bersama buah-buahan kegemaran. Minuman menyihatkan yang kaya dengan sumber protein dan asid amino yang bukan saja membantu mencantikkan kulit, malah sebagai sumber tenaga segera, mengenyangkan (sesuai untuk mereka yang berdiet), sebagai milkbooster dan banyak lagi. Kini anda boleh dapatkan seribu khasiat dari satu canister ESP. Kulit cantik, tegang, anjal dan awet muda? Kini mudah dengan satu langkah.. ESP!

Oktober adalah bulan promo ESP. Hubungi saya segera bagi mendapatkan ESP yang hot dipasaran ini. 

LiZa
sms/wa 013-2986822
LIKE FB: HUMAIRA BEAUTY
COD Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.