~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Monday, December 23, 2013

Kebaikan Set Bersalin/Berpantang Shaklee

Set Berpantang/Bersalin Shaklee kini mendapat sambutan hangat. Jom kita tengok kenapa ramai ibu-ibu yang bakal menjalani tempoh berpantang memilih Shaklee berbanding jenama lain.

Ia terbukti selamat untuk ibu yang berpantang dan bayi yang menyusu. Ini kerana ia dihasilkan oleh pemantauan ketat badan R&D Shaklee yang mementingkan keselamatan pengguna dan alam sekitar sejak 55 tahun.

Set berpantang ini mempunyai kebaikan seperti berikut:

1) Penyembuhan luka yang cepat selepas bersalin, tidak kiralah secara normal atau pembedahan
2) Pembersihan toksin dari sistem tubuh
3) Menambahkan pengeluaran susu ibu
4) Mengurangkan berat badan
5) Memberi bentuk badan menawan
6) Memberi tenaga berpanjangan
7) Mencantik dan menganjalkan kulit
8) Memulihkan fungsi keintiman
9) Menguatkan kuku dan rambut ibu
10) Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi
11) Mengurangkan kesan strecth marks semasa hamil

Jadi dengan semua kebaikan diatas, tidak hairanlah ramai ibu-ibu yang pada mulanya mengambil set berpantang ini untuk penyembuhan luka yang lebih berkesan, mendapat bonus lain seperti:

- Badan bertenaga dan kurang letih
- Muka tidak pucat
- Bangun tidur dengan lebih cergas
- Susu badan banyak dan creamy
- Kulit semakin cerah berseri dan parut semakin pudar
- Emosi semasa berpantang lebih terkawal
- Ibu dan bayi jarang terkena penyakit

Berminat untuk mendapatkan set berpantang/bersalin ini .. boleh hubungi/whatssapp 013-2986822 atau PM di FB page dibawah:


Testimoni:







Set Kurus Shaklee

Set Kurus Shaklee memang antara yang paling laris.. Nak masuk tahun baru semua pun nak berpenampilan baru dan azam baru.. KURUS!!! Shaklee menawarkan tiga step untuk kurus secara sihat. Jom kita tengok apa step2 tu yer:


Step 1: BAKAR
Produk: Lecithin atau OmegaGuard
Funsinya adalah untuk bertindak sebagai pemecah lemak dan kolestrol.

Step 2: BUANG
Produk: Alfafa atau Herblax
Fungsinya adalah untuk membuang lemak dan toksin dalam badan. Mencuci usus secara lembut agar badan lebih ringan, vitamin dapat diserap dengan lebih optimum dan mengempiskan perut.

Step 3: BINA
Produk: Cinch Shake atau ESP (Energizing Soy Protein)
Fungsinya adalah untuk memelihara otot penting agar tidak menggelebeh selepas pemecahan lemak. Selain itu ia juga memberi rasa kenyang lebih lama. Diperkaya dengan Leucine yang memberi signal kepada tubuh untuk memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Oleh itu lemak hilang tanpa merosakkan otot.

Ramai yang telah berpuas hati dengan Set Kurus ini. Jadi boleh hubungi saya di 013-2986822 dan anda layak mendapat konsultansi percuma secara berterusan.

Testimoni:

  





Bagi mereka yang inginkan set kurus budget juga boleh hubungi/whatsapp 013-2986822 atau PM di FB page dibawah:

Friday, November 22, 2013

Jerawat kecut, parut hilang.. kulit semakin berseri..

ikhsan dari google

Kulit yang berminyak dan berjerawat boleh membuatkan kita hilang keyakinan diri untuk tampil dikhalayak ramai. Tahukah anda apa punca jerawat?

Menurut Klinik Cybermedik, jerawat terjadi akibat dari gangguan kelenjar-kelenjar sebaceous iaitu kelenjar dalam kulit yang mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit kita. Kebiasaannya minyak ini menghasilkan jumlah minyak yang mencukupi untuk menjaga kulit kita agar sihat, berkilat dan muda.

Namun kehadiran hormon HDT (Hydro Testosterone)  menyebabkan kelenjar ini menghasilkan minyak yang berlebihan. Hasilnya minyak ini akan berkumpul dalam liang dan tersumbat menyebabkan terjadinya jerawat.

Bagi mereka yang mencari-cari produk terbaik bagi mengatasi masalah jerawat, memudarkan parut jerawat dan menjadikan kulit cantik berseri. Saya cadangkan Vitamin E, Vitamin C, Alfafa dan ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee. Ramai yang telah mencuba amat berpuas hati dengan kesannya.

Vitamin E
Vitamin E bersifat antioksidan dan ia mampu menghalang radikal bebas yang boleh menyebabkan jerawat. Ia juga membantu mengurangkan kesan parut jerawat, kesan penuaan serta kedut dan garis halus di wajah.

Vitamin C
Membantu dari segi mengecutkan jerawat dan pembentukan kolagen. Hasilnya kulit tegang dan halus.

Alfafa
Membantu membuang segala toksin dalam badan dan berfungsi untuk mencuci darah kotor. Apabila badan bersih dari toksin, maka tubuh dapat menyerap vitamin lain secara optimum.

ESP (Energizing Soy Protein)
ESP merupakan protein yang lengkap dapat membantu dalam pembentukan organ dan tisu. Membantu meransang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, anti penuaan, mengembalikan keserian kulit, mempercepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Ingin mendapatkan Vit E, Vit C, Alfafa dan ESP? Hubungi saya,

Ku Suhasliza Ku Sulong
SID: 934393
SMS/Whatssapp: 013-2986822




Saturday, November 16, 2013

Shaklee Wellness Workshop 2013

Pada 5 Oktober lepas saya telah attend Wellness Workshop yang telah dianjurkan oleh Shaklee. Banyak pengetahuan yang saya dapat dari Wellness Workshop, speakernya adalah pakar nutrisi dari Shaklee iaitu Ms Celine. Workshop bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 5 petang. Didalam workshop ni diceritakan secara mendalam tentang semua produk Shaklee, kebaikan dan kelebihannya kepada tubuh kita.. mmg rasa bersyukur sangat amik supplement Shaklee ni coz ia memang dihasilkan dari sumber semulajadi dan selamat. Kami juga dihidangkan dengan video operation pintasan jantung keatas pesakit jantung, operation meletakkan kepingan besi/platinum ke bahagian lutut bagi mereka yang mengalami masalah sendi yg sakit, tulang rawan yg telah menipis. OMG.. kalau uollss tengok sure lepas tu berebut beli supplement demi nak menjaga kesihatan diri. Duit banyak pun tak guna kan kalau dah sakit macam tu. Untuk pengetahuan, sekali kita terkena serangan jantung, even dah buat bypass pun, jantung tu takkan dapat berfungsi dengan sempurna seperti sebelum terkena serangan. Bagi mereka yang operate lutut tu pulak, yes anda boleh berjalan tanpa rasa sakit selepas diletakkan kepingan besi dilutut, tapi anda tidak dapat membengkok dan melakukan aktiviti harian sepertimana lutut anda tanpa pelapik besi. Jadi mana satu pilihan, cegah atau rawat? Saya share sket gambar2 dihari kejadian yer..

aktiviti berkumpulan mempromosikan produk yang telah dipilih


Dapat sijil tau.. :)

Jadi jika anda berminat ingin menjadi ahli Shaklee.. sila hubungi saya. Dengan hanya yuran keahlian serendah RM65, anda berpeluang mendapat pendapatan tiga empat or lima angka sebulan. Tak kiralah anda suri rumah sepenuh masa, student, bekerja.. sume boleh berkecimpung dalam bisnes Shaklee.. samada nak cari pendapatan sampingan atau mahu bekerja dari rumah  or nak makan sendiri pun boleh mendaftar sebagai ahli. Bukan saja dapat cash bonus setiap bulan, malah ada car bonus, berpeluang bercuti dalam dan luar negara dengan semua perbelanjaan ditanggung oleh Shaklee, dapat peluang mengerjakan Umrah, berpeluang menghadiri conference dan berada bersama mereka yang telah berjaya serta banyak lagi. Kami juga mempunyai group yang saling menyokong umpama adik beradik.. Coaching diberi secara offline dan online. So, jangan risau tk pandai nk buat marketing ke, tak pandai nk cakap ke, tak pandai nk guna internet ke.. semua boleh belajar.. Malah dah ramai suri rumah yang join bisnes ni dah jadi jutawan..  

Pada yang berminat untuk menjadi ahli boleh hubungi saya:

Ku Suhasliza Ku Sulong
I/D: 934393
Tel: 013-2986822

Kita boleh cerita panjang k.. :)

Thursday, November 14, 2013

Supplement untuk Pesakit Gout

Akhir-akhir ni kerap juga dengar kengkawan kena penyakit Gout. Untuk pengetahuan, Gout merupakan penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan dalam badan. Asid urik terhasil dari sejenis protin bahan kumuh iaitu purin. Tubuh menyingkir bahan kumuh ini melalui air kencing, namun jika berlebihan ia akan terkumpul didalam sendi dan menyebabkan Gout.

Gambar diatas menunjukkan bagaimana bahan kumuh yg terkumpul didalam sendi menyebabkan sendi menjadi bengkak.

Tubuh menjadi kurang efektif untuk membuang asid urik apabila buah pinggang tidak sihat secara optimum. Kadangkala buang pinggang tidak dapat bekerja dengan baik apabila kita:

* Mengambil ubat-ubatan berunsurkan "drug"
* Mengambil protein yang berlebihan
* Stress
* Kurang vitamin dan zat tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan

Antara faktor risiko mendapat Gout adalah:
* Jantina - Secara umumnya lelaki lebih berisiko mendapat Gout pada kadar 90% kes yang dilaporkan
* Gaya hidup - mereka yang banyak minum minuman keras dikatakan lebih berisiko mendapat Gout
* Obesiti - Individu yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko mendapat Gout
* Penyakit/Keadaaan Kesihatan/ubat - Penyakit seperti Tekanan Darah Tinggi, diabetes, paras lemak dan kolestrol tinggi, penyempitan salur darah juga boleh mendapat Gout. Mereka yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba juga berisiko menghadapi peningkatan asid urik didalam badan.
* Genetik - Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang mengalami masalah Gout
* Umur - Biasanya ia menyerang pesakit berusia 50 tahun ke atas, namun kini banyak kes juga membabitkan pesakit berumur 30 - 50 tahun. Manakala bagi wanita pula, kebanyakannya bermula selepas menopause.

Tanda-tanda Gout:
* menyerang ibu jari kaki
* Ibu jari menjadi bengkak kemerahan, panas dan sakit yg ketara
* Kebiasaannya Gout menyerang secara tiba-tiba
* Bahagian yg sakit menjadi sangat sensitif hingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
* Jika tidak dirawat, bengkak akan berlarutan berhari-hari
* Kemungkinan besar Gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan
* sakit Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari

Antara makanan yang perlu dielakkan adalah:
*Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis
* Sayur-sayuran seperti Asparagus, bunga kobis dan bayam
* Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung
* Cendawan
* Yis (roti putih, roti manis)

Selain mendapat rawatan doktor, pesakit Gout juga boleh mengambil vitamin/supplement dari Shaklee seperti:



ALFAFA
Alfafa merupakan sumber detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengambilan air yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari amatlah perlu bagi melancarkan proses Detox ini.



PERFORMANCE DRINK
Ia memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Pesakit Gout perlu mempunyai bekalan air yang mencukupi di dalam badan agar proses perkumuhan asid urik berjalan lancar.



OMEGA GUARD
Omegaguard amat bagus untuk megelakkan keradangan sendi kerana ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, mencegah penyakit saluran darah, menstabilkan tekanan darah tinggi dan juga menstabilkan emosi agar kurang stress. 

Boleh hubungi/whatssapp nombor dibawah bagi mendapatkan supplement2 diatas.


Juga boleh LIKE fb page saya https://www.facebook.com/pages/Humaira-Beauty/363364967113907?ref=hl untuk mendapatkan info-infor terkini serta promosi supplement Shaklee.

^____^



Wednesday, November 13, 2013

Kenapa Saya Jatuh Cinta dengan Shaklee???

Ehem ehem.. tajuk tk hengat kan.. ok, selalu saya share testimoni orang lain jer pasal Shaklee. Today, nak buat pendedahan sket why I choose Shaklee, naper saya setia dengan Shaklee.. naper saya jatuh cinta dengan Shaklee sampai jadi SID?

Ok actually dah lama kenal Shaklee coz one of my best fren keje ngan Shaklee.. tapi langsung tk pernah cuba mana2 produk Shaklee. Sampai la kahwin, sampai la dapat anak kedua. Haa masa ni baru terjebak. Kisahnya, saya memang bagi full breastfeeding to my daughter.. baik yg pertama mahupun yg kedua. Masa breastfeed anak kedua ni, kira masa tu umur dia dah 11 bulan, air susu saya makin kurang. Pastu bila hantar susu ke taska, owner taska kata susu saya cair.. mcm tk berkhasiat (huh.. saya menangis dari kuar taska sampai kerumah coz sedih sgt tk dapat produce good and nutritious milk to my daughter). Masa ni anak saya masih bergantung penuh pada susu badan semata.. mmg tk campur lansung ngan susu formula. Luckily my hubby very understanding, dia byk bagi semangat dan support agar saya tk down which is akan lebih effect pada penghasilan susu badan. Memang pump mcm org gila.. buat power pumping, subuh dini dah bangun pump susu.. kt ofis tiap dua jam hilang gi pump susu. tapi tiap kali pump, susu yg dapat kenkadang tk sampai 4oz or 5 oz pun.. frust gak coz anak saya mmg kuat menyusu. So, find other alternative.. minum air masak sebanyak mungkin.. makan ulam pegaga selalu, makan lobak putih.. pastu beli longan kering rebus.. tiap ari bawa ke ofis.. minum jer... dengan segala usaha.. susu bertambah la sket.. tapi still tk begitu pekat. Kata2 owner taska masih terngiang2 ditelinga..

Satu hari sembang2 ngan kawan yg juga menyusu baby dia. Dia bagitau yg dia consume Breastfeeding Set Shaklee. But harga yg dia mention for one set mmg saya tk mampu nk beli. So, diam diri dulu la.. continue dengan air longan kering.. maklumla mmg tk mampu kan.. nk wat cane? Ditakdirkan Allah, saya berkenalan ngan sorang SID Shaklee ni.. tanya2 dia promote set asas jer dulu. Ingat lagi masa tu saya amik B complex, Vitalea, Vit C dan Alfafa... Alhamdulillah.. lepas consume supplements ni sume, susu saya makin meriah. Susu pun makin pekat jer.. sekali pump boleh dapat 10 oz paling kurang.. sape tk happy kan. Anak pun suka minum.. makin debab dak kecik tu.. keekeekke...


Tgk la badan my daughter.. debab kan??? Haa dengan bantuan supplement Shaklee ni saya dapat meneruskan penyusuan hingga umur anak saya 2 tahun 3 bulan. Tu pun stop sebab saya pregnant anak ketiga.

Bila pregnant anak ketiga ni saya continue dengan Set Mengandung pula. Masih mengekalkan Vitalea, B Complex, Vitamin C plus Ostematrix. Masa awal kandungan.. dua bulan gak saya alami alahan yg teruk.. masuk bulan ketiga ckp ngan hubby tk boleh jadi ni.. i have to find solution utk masalah alahan ni. Yelah, gi keje muka cam zombi dah.. pucat.. nk buat keje tk larat.. tk boleh bau tu, bau ni.. makan tk lalu.. letih sentiasa.. So, bila amik set mengandung ni.. Alhamdulillah.. sume alahan, muntah2, mabuk2 hilang.. gone... Selera makan pun dah ada.. saya lebih bertenaga.. malah lebih berseri2 (opss yg berseri ni bukan masuk bakul angkat sendiri.. ni komen dari officemate dan org sekeliling). Yelah B complex kan bg muka glowing gitewww.. vitamin C pula kan utk kolagen hihihih.. so, saya dapat byk manfaat dari vitamin Shaklee ni. Paling best, pregnant kali ni dah kurang sakit belakang, sakit pinggang.. kaki pun jarang sakit.. and tido malam pun dah tk kejang kaki lagi.. u know la perempuan mengandung selalu cramp kaki kan.. Baby kt dalam pun sgt aktif. Saya tambah juga ngan pengambilan ESP (Energizing Soy Protein) especially masa bulan pose ari tu. Ia beri saya rasa kenyang dan mampu berpuasa walau dlm keadaan mengandung. Baby kt dalam pun aktif bukan main.. maklumla dapat cukup zat. Oh ya!!! one more thing nk share.. masa pregnant anak pertama dan kedua, saya mmg bleeding dari bulan pertama hingga bulan keempat. But for third pregnancy amik Vitamin Shaklee.. Alhamdulillah.. xde bleeding sampai la skang. Set utk ibu mengandung ni juga bantu kuatkan rahim tau... Syukur sangat Allah temukan saya dengan Shaklee.. And for sure utk berpantang nanti saya akan terus pilih Set Berpantang Shaklee.. utk tenaga especially nk kena berjaga if baby jenis berjaga malam.. utk bykkan production susu badan, utk cepat sembuhkan luka lepas bersalin juga. Malah set berpantang ni boleh diambil seawal hari pertama berpantang.. no harm jika anak ada jaundis sekalipun :)

So, kalau anda berminat dengan Set2 yg saya guna dan sebut diatas, boleh PM saya di https://www.facebook.com/pages/Humaira-Beauty/363364967113907?ref=hl . Sila LIKE page FB saya ni yer utk promosi dan info berkenaan Vitamin Shaklee. Anda juga boleh Whatsapp/sms/call saya di:



Harga menarik dan istimewa menanti anda plus akan mendapat konsultansi percuma secara berterusan dari saya. Boleh lihat set2 yg saya sebutkan tadi dibawah:







^_____^

Wednesday, October 23, 2013

Kulit Cantik vs Produk Mahal

Ahaaa lama rasanya tk membebel disini.. bukan apa, sedikit bz ngan tugas harian.. By the way, kecintaanku pada Shaklee tk pernah pudar.. Emm.. apa kata korang ttg tajuk entry ni? Ramai yang nak kulit cantik tapi tk sanggup nak berbelanja apalagi kalau produk tu agak mahal.. Hari2 belek majalah... halus mulusnya kulit artis2 kita ni.. teringin nk kulit macam tu kan.. tapi tak tau nk pilih produk mana.. nk ikut produk yg artis pakai lagi la tak mampu ye tak.. ribu riban gitu...

Nak dapat kulit secantik camni.. haish.. mmg teringin sgt kan. tegang, cerah, halus mulus gitu..

Actually byk pilihan produk kulit dipasaran.. tepuk dada tanya selera tgk poket, ok ke tak? Tapi selain daripada nk pilih murah dan tak buat poket koyak rabak, kita perlu juga tgk any side effect dari penggunaan produk tersebut. Bukan tk pernah dgr Si A pakai produk ni.. peeling.. muka jadi merah.. mcm udang kena bakar.. berkilat mcm cermin.. suka mcm tu? Kena cahaya matahari silau mata org yg memandang...lama kelamaan kulit yg menipis tu akan timbul jeragat ler.. bintik putih la.. dan macam2 lagi.. tgk pun tk natural kan.. dan jeragat ni tak amik masa sehari tuk tumbuh.. it takes bertahun.. awal2 ni mmg tak nampak, tunggu empat lima tahun lagi.. you will see la..

Produk Shaklee ada yg agak mahal, dan ada yg reasonable price.. Yang mahal tu of course la kualitinya sgt tip top.. contoh mcm Vivix dan Collagen Powder.. Semua yg amik mengakui keberkesanan produk ni. Macam Collagen Powder.. mengapa ia agak mahal berbanding produk kolagen lain dipasaran.. sebab sumbernya dari sisik ikan merah yg kurang pencemaran dan kadar penyerapannya adalah lebih tinggi berbanding marin kolagen lain. 

Manakala Vivix pula, kenapa ia agak mahal coz ramuan aktif dlm Vivix ni berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang boleh melambatkan penuaan pada tahap sellular. Ianya bukan sekadar membaiki kulit malah DNA.. malah bahan utama Vivix adalah Anggur Muscadine dan mempunyai 20 kromosom yang menyediakan lebih banyak faedah utk kesihatan, fungsi imun lebih tinggi, dan bersifat aktioksidan yg kukuh. Nak tau saiz anggur muscadine ni besar mana? Sebesar bola golf okay.. ini bukan anggur biasa.. Ia mengandungi byk polifenol dan resvetrol yg merupakan agen anti penuaan yg paling kuat dari alam semulajadi. Anggur muscadine ni juga mempunyai kuasa antioksidan 40 kali ganda dari anggur biasa.. So, padanlah dengan harganya kan.. You get the best quality and value your money...

Dan yang paling penting nak uolls sume tau, tiap produk kecantikan Shaklee bukan jer bermanfaat utk kulit malah seluruh badan.. ini bukan produk kecantikan kulit semata.. ia menjaga kesihatan luar dan dalam..jadi memang alah membeli,menang memakai..  

Tapi kalau rasa tak mampu juga utk dapatkan dua produk terbaik utk kulit seperti diatas.. takpe.. kita ada produk Shaklee yg lain yg boleh muat dengan budget dan juga bagus utk kulit.. just PM/Whatsapp me for more info.. kita boleh citer panjang k..

  


Friday, October 11, 2013

Kenapa Protein Sangat Penting Kepada Tubuh Manusia????


Protein boleh didapati dari sumber telur, ayam, daging, ikan, susu, kekacang, tauhu, yogurt, badam, brocoli, tempe, keju, bayam dan gandum. Semua bahan- bahan ni boleh didapati dengan senang dipasaran. Pentingnya sumber protein ni kepada tubuh adalah kerana ia merupakan makanan sel. Jika sel mendapat cukup protein yang bagus, jadi sel yang terhasil pastinya adalah sel-sel yang sihat. Dan sel-sel yang sihat ini juga yg akan menggantikan sel lama yang telah rosak dan mati.

Protein juga merupkan komponen terbesar dalam tubuh manusia selain dari air. Jumlahnya 1/6 dari berat tubuh manusia (1/3 dari jumlah tersebut terdapat dalam otot, 1/5 terdapat pada tulang, 1/10 terdapat pada kulit dan selebihnya pada pelbagai cairan dalam tubuh)

Protein juga penting untuk pertumbuhan. Susu ibu contohnya mengandungi sebahagian besar protein. Ibu-ibu yang mengamalkan makanan yg seimbang, lengkap dengan protein dan zat yang diperlukan akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya juga bagus dan mantap.  Begitu juga dengan ibu yang hamil, pengambilan protein yang mencukupi akan memastikan janin menerima asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan ototnya.

Selain dari itu, protein juga penting untuk memperbaharui hormon dan enzim di dalam tubuh. Malah ia juga sangat penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit yang sihat. Antara risiko yang bakal dihadapi bila kekurangan protein adalah:

# Anemia (kurang darah)
# Penyakit buah pinggang
# Penyakit hati
# Kolestrol tinggi dalam darah
# Tekanan darah rendah
# Kandungan gula dalam darah rendah
# Fungsi saraf tak stabil
# Luka lambat sembuh
# Pengaliran darah tidak lancar
# Badan menggeletar
# Letih, lesu dan lemah badan
# Tinggi kandungan air dalam tisu badan
# Ketahanan badan terhadap jangkitan menjadi rendah

Jadi pastikan anda mendapat protein secukupnya untuk kesihatan tubuh.. dan please ensure protein yang anda ambil itu dari sumber yang segar.. yes, kita boleh ambil protein dari sume bahan-bahan yang saya sebutkan di atas.. tapi sejauh mana kita dapat memastikan yang bahan-bahan ini tinggi kandungan nutrien dan proteinnya masih ditahap baik sedangkan ayam-ayam dipasaran telah banyak disuntik dengan hormon agar cepat besar, ikan-ikan pula banyak yang tidak segar, lembu-lembu termasuk lembu susu pun disuntik juga agar gemuk dan boleh menghasilkan susu yg banyak, sayur-sayuran juga banyak yang disembur racun. Boleh dikatakan kebanyakan makanan mentah kita ni dah diubah secara genetik demi memenuhi keperluan pasaran.

Tapi, ada tapinya.. kita boleh mendapatkan protein yang dijamin kualitinya dan mempunyai protein yang tinggi. Energizing Soy Protein dari Shaklee merupakan protein berasaskan kacang soya yang mengandungi non-GMO (tidak diubah secara genetik) dan satu canister tu dihasilkan dari 30kg kacang soya!

Satu hidangan ESP ni bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.  Malah ia juga sesuai untuk penghidap diabetes kerana ia rendah kandungan Indeks Glisemik.

Sebab tu mereka yang mengamalkan ESP ni kelihatan awet muda, paras kolestrol rendah, kulit cerah berseri, susu badan pun lebih pekat dan creamy, bertenaga masalah pigmentasi berkurang, tona kulit lebih sekata, kurang kedutan dan garis halus..

Testimoni:







So jika nk dapatkan sumber protein terbaik dan dijamin kualiti serta keberkesanannya pada tubuh, jangan malu dan segan untuk PM/Whatsapp saya di 013-2986822 atau boleh lawati FB page saya di https://www.facebook.com/pages/Humaira-Beauty/363364967113907?ref=hl. Khidmat konsultansi yang berterusan untuk semua pelanggan saya :)



Thursday, October 10, 2013

Supplement yg dah COD dan post.. :)

Hi.. saja nk update antara supplement yg dah di pos dan dihantar kepada tuan empunya.. kita layan gambar je k..

COD di Shah Alam, ESP & Alfafa


yang ni datang collect kt rumah..


 Yang berlatar belakang kan model anak dara saya ni, to be posted to JB..


 utk dipos ke Puchong dan KL.. ni lum masuk dlm sampul pos laju lagi..

Untuk dihantar ke Shah Alam juga..



COD juga di rumah

Ada lagi yg tk sempat saya nk snap pic.. dah dihantar ke tuan empunya.. so, tk kira dimana anda berada boleh jer nk order dengan saya.. seluruh Malaysia.. cuma Sabah/Sarawak, postage cost berbeza.. boleh lawati FB page saya https://www.facebook.com/pages/Humaira-Beauty/363364967113907?ref=hl utk info atau hubungi/PM/Whatsapp saya di 013-2986822..yang pastinya harga menarik menanti anda dan mendapat bonus konsultansi percuma dari saya.. :)  

Thursday, October 3, 2013

Kepentingan Kolagen pada Tubuh

Hi..Mesti ramai yg tertanya kenapa kolagen ni sudah menjadi suatu kegilaan terutama pada kaum wanita. Kebanyakan wanita menggilai kolagen untuk kecantikan wajah dan kulit.. that is the priority.. wanita dan kecantikan tk dapat dipisahkan :) Namun ramai yg belum tahu yang sebenarnya kolagen ni bukan saja untuk kecantikan malah bermanfaat untuk kesihatan juga.

Kolagen merupakan protein yang menyusun tubuh manusia. Lebih kurang 30% daripada seluruh protein yang terdapat dalam tubuh manusia adalah kolagen. Ia merupakan struktur organik yang develop tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Serat kolagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan terutama sifat kelenturannya terhadap tulang. Dengan bertambahnya usia, serat kolagen akan berkurangan menyebabkan kulit menjadi kurang elastik dan kering.

Oleh itu, kesimpulannya kolagen tidak boleh lagi dianggap sebagai bermanfaat untuk kecantikan semata. Ia adalah produk luar biasa yang bermanfaat utk seluruh tubuh badan manusia. Tubuh bayi yang baru lahir kaya dengan kolagen.. sebab tu kita tgk, kulit bayi halus..licin jer.. namun bila usia bertambah, kemampuan badan untuk menghasilkan kolagen semakin berkurangan dan bakal terhenti diusia 35 tahun. Maka proses penuaan semakin meningkat.. Jadi pengambilan supplement kolagen adalah amat penting untuk melambatkan proses penuaan dan memberi kesihatan kepada fungsi tubuh.

pic: google

Collagen boleh didapati dari sumber rumpai laut mahupun sumber marin lain. Di Shaklee, Collagen Powder Shaklee diproses dari sisik ikan merah  yang tulin dan bermutu tinggi. Kita boleh lihat dari gambar diatas yang kulit kembali tegang dengan pengambilan kolagen yg konsisten. Ujian klinikal Shaklee membuktikan kulit semakin cantik dalam tempoh 8 minggu pengambilan. 

Antara manfaat luar biasa kolagen:

* Menguatkan akar rambut dan merangsang pertumbuhannya
* Menguatkan kuku agar tidak mudah patah
* Mengurangkan kedutan dan garis halus dikulit, menganjalkan dan menegangkan kulit agar kelihatan awet muda
* Melambatkan proses penuaan
* Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoposis
* Memastikan kesihatan otak, sel gyla yang membekalkan nutrisi pada otak dan disokong oleh kolagen.
* Baik untuk mata coz kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata agar tetap anjal.


Berita baik :) bulan Oktober adalah bulan promosi untuk Collagen Powder Shaklee.. bukan senang nak ada promo untuk Collagen Powder ni..Jadi mereka yg ingin mendapatkan Collagen Powder ni  boleh PM/Whatsapp ke:


Juga boleh lawati Facebook Page saya di https://www.facebook.com/pages/Humaira-Beauty/363364967113907?ref=hl,  jangan lupa LIKE ok untuk mendapat update2 terkini. ^___^

*ikhsan dari google.com.


Thursday, September 26, 2013

Set Kurus Paling Budget ^___^

Ramai yang message saya tanya pasal set kurus paling budget. Haa hari ni meh nk citer pasal set kurus yg dikira paling budget dan mampu milik.. wahhh gitewww.. Actually dlm slimming set ada lebih kurang 3 ke 4 supplement yg boleh amik.. ni kira set optimum la. Tapi kalau customer ada kekangan budget, boleh amik dua benda ni jer.. yang pertama, LECITHIN. Yang kedua, ALFAFA..



Haa Lecithin bertindak sebagai:
 * Pelarut utk kolestrol dan lemak-lemak. Ia bertindak sebagai pemecah lemak bagi mereka yg ingin kurus.
* Membantu mengurang dan mencegah penyakit berkaitan hati
* Membantu untuk kecantikan, menghasilkan rambut yg sihat, kulit yang cantik, dan mencegah eczema
* Mencegah dan mengurangkan gejala PMS
* Membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah, seterusnya memberi perlindungan dari virus, germs dan bakteria
* Merupakan makanan otak dan saraf sekaligus membantu sel otak berkembang



Manakala Alfafa pula berfungsi sebagai:
* Mencuci usus bagi membuang toksin dlm badan
* Melegakan sembelit
* Memberi kelegaaan semasa haid
* Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
* Membesar dan menegangkan payudara (wanita)
* Merawat keputihan (wanita)
* Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
* Membuang angin dalam badan
* Milk booster (bagi ibu2 yg menyusukan anak)
* Menghilangkan kelesuan dan tekanan..
* Bertindak sebagai kacip fatimah kepada para isteri (wanita)

Jadi disamping anda ingin kurus, anda juga mendapat 1001 manfaat lain dari pengambilan set kurus ini. Berminat, PM/Whatsapp/Call saya 




^_____^ 

Wednesday, September 25, 2013

Collagen Powder Shaklee, Terbaekkk!!


Kulit yang cantik memang menjadi idaman wanita tak kira tua atau muda. Samada menggunakan set penjagaan kulit yang terbaik atau pemakanan yang sihat. Skang ni pun dah ramai yang pilih produk yang ada kolagen, penting sungguh kolagen ni pada kulit kita kan?? Macam kt office saya ni, sampai ada yang kirim sea collagen dari Sabah, rebus dan minum untuk dapatkan kulit yang cantik. Anda bagaimana pula??

Saya nak kongsi tentang kolagen Shaklee dan mengapa ia dikatakan sumber kolagen terbaekkk!!! Collagen Powder Shaklee adalah supplemen yang unggul coz ia mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah), sejenis kolagen tulin yang bermutu tinggi dan diekstrak dari Sisik Ikan Merah. Ia amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu peningkatan sistesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Inilah rupanya Collagen Powder Shaklee.  Terdapat 7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia Japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B digabungkan utk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

Antara faedah dan manfaat mengambil Collagen Powder ni:
* Mengekalkan keanjalan kulit, mengurangkan liang pori terbuka, mengurangkan kedutan dan garis halus
* Melembabkan kulit
* Menegangkan kulit
*Mengurangkan parut, jeragat, menghilangkan tanda penuaan dan pigmentasi
* Membantu menguatkan rambut dan meransang pertumbuhan semula
* Menguatkan kuku

Ujian Klinikal telah membuktikan yang kulit menjadi lebih baik sebanyak 71% selepas menggunakan Collagen Powder ini selama 8 minggu.  Sedikit tips utk memilih kolagen adalah:

1) Pastikan memilih kolagen yang mempunyai emolient yg unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
2) Pilih size kolagen sekurang2nya 1000 dalton kebawah untuk membantu penyerapan kolagen yg baik oleh tubuh
3) Pilihlah kolagen dalam bentuk cecair atau boleh dimakan berbanding suntikan
4) Pastikan ianya mengandungi elemen Vitamin B complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh sendiri
5) Pastikan ia selamat dan tidak bertoksin
*sumber dari en.google

Antara testimoni mereka yang telah menggunakan Collagen Powder Shaklee:




Jadi hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan mengenai Collagen Powder ini dan pelanggan saya juga akan mendapat konsultansi percuma dan berterusan dari saya :)



Boleh juga lawati FB page saya untuk current update mengenai produk Shaklee di https://www.facebook.com/pages/Humaira-Beauty/363364967113907?ref=hl

Sharing is caring and thanks for reading this ^____^

Tuesday, September 24, 2013

Vitalea - Multivitamin yang Lengkap Untuk Kesihatan

Assalamualaikum...

Anda sume sihat ari ni??? Haa hari ni nk citer pasal kesihatan pula.. Apa itu VITALEA?? Vitalea ni adalah multivitamin Shaklee yg merupakan multivitamin pertama dicipta di dunia!! Whoaaa!! Sejak 90 tahun dahulu uollss...


Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian yg lengkap yg diekstrak drpd sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral sebagaimana disarankan oleh RDA. Tablet Vitalea pula disalut dengan serbuk nutrisi SPIRULINA. Ia merupakan tablet multivitamin paling pantas didunia terlarut dlm air dan tubuh manusia.. baguskan??

Ujian klinikal membuktikan pengambilan Vitalea selama setahun secara konsisten boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Antara manfaat utama Vitalea adalah:

Penambahan Tenaga
Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental (kita perlukan mental yg kuat utk menghadapi tekanan.. ramai org sakit mental skang ni due to stress), membantu sistem memori dan fokus dlm pelajaran mahupun kerja seharian.

Pelengkap Nutrisi
Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yg tidak seimbang, terutamnaya mereka yg vegetarian dan anemia.

Keupayaan Sistem Produktif
Penting kepada kanak-kanak dan remaja yg sedang membesar.

Metabolisma
Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

Elemen Penting pada Sel Tubuh
Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot,kulit, kuku, hormon dan menjaga kesihatan tiroid.

Melindungi Organ
Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Ok, dah panjang lebar citer pasal manfaat Vitalea ni.. pada yg selalu tk sihat tu maybe leh cuba ambil supplement instead of keep on gi jumpa doktor dan makan ubat2.. Selalunya org kita ni, sangat payah nk ambil supplement.. lebih rela ulang alik ke hospital.  Dulu saya pun mcm ni, susah nk makan supplement.. tapi semenjak dan masuk 30an ni.. selalu sakit sendi.. saya dah start terfikir why don't I take supplement instead of gi jumpa doktor dan amik ubat.. habis ubat, sakit dtg balik. Alhamdulillah.. after amik Vitalea plus other vitamins like B Complex, Vitamin C, Ostematrix.. alhamdulillah.. segala sakit2 yg saya ingat atritis tu hilang..

Anda boleh contact saya jika ingin membeli supplement Shaklee di:



kalau kt atas tu tk jelas..

Ku Suhasliza (I/D 934393), phone no. 013-2986822..
Thanks for reading this entry... Jom Cantik, Jom Sihat!!!