~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Monday, November 10, 2014

Tips Menangani Batuk Ketika Hamil

Hi ibu-ibu hamil, sihat hari ni? Harap semua sihat lah yer. Apabila hamil, tak semua ubat kita boleh ambil. So, kalau dijangkiti Selsema atau batuk memang la seksa rasanya. Semasa diawal kandungan anak ketiga dulu, saya alami alahan iaitu batuk yang teruk. Hampir sebulan lebih saya batuk.  Bila waktu malam batuk makin teruk hingga muntah kahak yang banyak. Tak berhenti-henti hinggalah ke pukul 3 or 4 pagi. Saya memang tak boleh tidur malam, baring pun bantal kena tinggi. Sangat seksa sampai menangis coz sakit dibahagian perut. Ubat yang klinik bagi adalah yang berherba seperti Prospan, paling mild gitu coz hamil kan. Nak ambil OmegaGuard tak boleh pulak coz baru 1st trimester. Alhamdulillah.. masuk bulan ketiga barulah berkurang dan hilang pada bulan keempat kehamilan.


Ini antara beberapa tips mengatasi batuk yang boleh ibu-ibu cuba.

1) Minum Air Masak dengan Kerap

Minum air masak atau air suam dengan kerap sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini bagi mengelakkan dehidrasi dan tekak kering yang boleh menyebabkan batuk semakin teruk. Minum teh suam dan sup ayam juga dikatakan boleh merawat batuk.

2) Jus Oren dan Madu

Campurkan madu dalam segelas jus oren dikatakan mampu mengurangkan batuk dikalangan ibu hamil. Oren yang kaya dengan Vitamin C mampu meningkatkan sistem imun badan dan madu dapat mencairkan kahak. 

3) Air Garam

Ambilkan segelas air suam dan dicampur dengan satu sudu makan garam. Kacau sebati dan kumur sebelum tidur. Ini dapat membantu menghilangkan gatal tekak penyebab batuk.

4) Rehat yang Cukup

Rehat yang cukup amat penting bagi memastikan badan segar dan menghilangkan batuk. Lapikkan kepala dengan dua biji bantal agar lebih tinggi supaya dapat bernafas dengan lebih baik. 

5) Makan OmegaGuard Shaklee

 OmegaGuard mampu mencairkan kahak dan melegakan batuk. Asid Lemak Omega 3, DHA dan EPA dalam OmegaGuard bersifat anti radang dan dapat menyihatkan paru-paru, mengelakkan lelah dan asma. Sebiji sehari sesuai diambil oleh ibu hamil kerana dalam masa yang sama OmegaGuard bagus untuk perkembangan otak bayi didalam kandungan. 

Ingin mendapat OmegaGuard pelbagai khasiat ini? Hubungi:

Liza
sms/wa: 013-2986822
COD sekitar Klang dan Shah Alam serta penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia. 
*Konsultansi percuma dan eksklusif untuk semua pelanggan saya.