~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Saturday, September 6, 2014

Kenapa Pitam Terjadi?

Assalamualaikum.. 

Korang pernah rasa nak pitam.. tetiba rasa berpinar-pinar, pandangan gelap.. rasa cam terhuyung hayang.. sometime, bila bangun dengan tiba-tiba terus rasa gelap. Saya zaman belajar kt UiTM dulu pernah gak pitam dua tiga kali.. hmmm.. 


Menurut Dr. Zubaidi pitam bukanlah suatu masalah yang serius dan ianya selalu terjadi pada remaja dan wanita muda. Tiada rawatan spesifik yang boleh dilakukan. Pitam terjadi disebabkan peredaran darah dan bekalan oksigen tidak cukup diotak. Antara tanda-tandanya adalah pening, kulit menjadi sejuk, pandangan kabur dan lemah satu badan.  Sebelum pitam, berlaku perubahan dalam keseimbangan saraf dan peredaran darah menyebabkan jumlah darah yang mengalir ke otak berkurangan. Akibatnya hilang keseimbangan dan jatuh. Apabila berbaring, aras kepala perlu ada selaras dengan aras jantung, maka darah akan kembali ke otak dan pesakit akan kembali sedar selepas beberapa ketika.

Oleh itu apabila pitam berlaku, jangan dudukkan pesakit atau alaskan kepalanya dengan bantal kerana ini akan melambatkan proses pemulihannya. 

Antara Penyebab Pitam:

1) Keadaan Sekeliling
Tempat yang sesak, senaman fizikal yang berat, terlalu lapar/haus atau berdiri lama boleh menyebabkan pitam. 

2) Hyperventilation
Terperanjat atau terlalu stress juga boleh menyebabkan pitam.

3) Kurang gula dalam darah
Otak memerlukan bekalan gula secukupnya untuk berfungis 24 jam tanpa henti. Jadi jika pengambilan gula kurang, seseorang itu boleh juga pitam.

4) Anemia
 Kekurangan sel darah merah adalah penyebab anemia. Sel-sel ini penting untuk membawa oksigen ke jantung dan otak.

5) Wanita hamil
 Apabila hamil darah dikongsi bersama bayi. Rahim yang membesar akan menekan salur darah besar yang menyalurkan darah ke jantung dan otak. 

Mengurangkan risiko pitam:

1) Segera berbaring
2) Minum air secukupnya
3) Jangan duduk atau berdiri terlalu lama
4) Sesekali lakukan regangan kaki dan otot agar dapat membantu peredaran darah

Pengambilan supplement juga dapat membantu memberi nutrisi secukupnya. Umpamanya pengambilan Vitalea Iron Formula, Vitamin C dan B Complex dapat membantu mengelakkan anemia, membantu penyerapan iron dengan lebih efisien, meningkatkan sistem imun, mengurangkan pening dan alahan, mengurangkan stress serta banyak lagi. 

Ingin dapatkan vitamin-vitamin ini sekarang? Just click dibawah:


atau hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822

Sumber