~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Monday, October 13, 2014

Simptom Selepas Bersalin yang Perlu Diberi Perhatian

Berpantang adalah tempoh ibu-ibu merehatkan badan sambil create bonding with baby. Pemakanan yang sihat dan rehat yang cukup amat perlu bagi mengembalikan tenaga yang hilang semasa melahirkan. Namun kadangkala, ibu berpantang tidak mendapat rehat yang cukup dan pemakanan yang sihat akibat dari baby yang selalu terjaga banyak kali untuk menyusu dan beberapa makanan yang tidak boleh diambil semasa berpantang. 


Beberapa simptom yang perlu diberi perhatian oleh ibu semasa berpantang yang memerlukan rawatan segera adalah:

1) Kehilangan banyak darah atau ia berlaku secara tiba-tiba
Tumpah darah selepas bersalin harus diberi perhatian segera kerana ia boleh meragut nyawa. Gejala awal adalah pening, denyutan jantung laju, berpeluh dan terasa seperti hendak pitam.

2) Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
Ia berlaku mungkin akibat daripada suntikan epidural. Sekiranya berlaku 72 jam selepas bersalin, ia mungkin juga tanda pre-eklampsia dimana disertai dengan rasa loya atau pandangan kabur.

3) Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi perlu diambil selepas bersalin. Jika tekanan darah melebihi 90, ia mungkin tanda pre-eklampsia atau berisiko menghidapi eklampsia sepenuhnya.

4) Nafas Pendek
Nafas pendek atau sesak nafas berlaku, ia mungkin tanda darah beku terlekat pada saluran diparu-paru.

5) Sakit dada. 
Jika mengalaminya ia mungkin jangkitan dada atau ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Ianya tidak harus diabaikan, segera ke hospital apabila mengalami sesak nafas atau batuk berdarah.

6) Berfikir untuk membunuh diri. 
Sekiranya berfikir tentang kematian atau membunuh diri, segera berbincang dengan ahli keluarga atau hubungi doktor anda supaya bantuan dapat diberikan.

7)  Berkelakuan kurang siuman, insomnia atau mudah rasa gelisah.
Sesetengah ibu akan menghadapi perubahan dari segi kesihatan emosi dan fizikal. Oleh itu, sangat penting bagi ibu mendapatkan rawatan segera sekiranya berlaku kekacauan fikiran, mudah gelisah atau kekeliruan bagi mengelakkan terjadinya meroyan.

8) Demam panas (Suhu melebihi 38 celcius)
Selepas bersalin ibu berisiko mendapat jangkitan seperti demam panas yang disertai dengan menggigil. Segera dapatkan rawatan doktor kerana bimbang ia akan berlarutan akibat dari jangkitan pada jahitan atau rahim.

Dapatkan Set Berpantang Shaklee untuk kesihatan dalaman dan luaran.


Hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.