~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Tuesday, February 18, 2014

Kebaikan Vitamin C Sustained Release 500mg

Vitamin C Sustained Release 500mg keluaran Shaklee merupakan hot product! Selalu Shaklee restock mesti habis. Vitamin C ni boleh dikatakan sebagai makanan kulit terbaik untuk mereka yg mementingkan kecantikan kulit secara semulajadi. Setiap tablet Vitamin C ni mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulit dan bagusnya Vitamin C ni ialah pembebasannya setiap jam.

Antara manfaat utama Vitamin C adalah:
  • Meransang pembentukan kolagen yang merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan kita. Ia juga mampu menghalang kedut dan menjadikan otot pejal.
  • Mengurangkan masalah gusi berdarah, lebam kulit, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Dalam kata lain, pengambilan Vitamin C ni mampu mencantikkan dan melicinkan kulit.
  • Meningkatkan sistem imun dari segi menentang bakteria dan kuman serta mengurangkan masalah alahan hidung, kulit dan juga selsema.
  • Merupakan satu-satunya anti oksidan yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser.
  • Mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen yang menyebabkan jeragat.
  • Mampu mengurangkan kolestrol dan menstabilkan tekanan darah. Ia juga menghalang masalah pendarahan dalaman dan hidung berdarah.
Jangan tak tau yang tablet Vitamin C ni juga boleh dijadikan masker disapukan di wajah untuk kulit cantik berseri. Caranya:
  • Patahkan Vitamin C kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian saja yg selebihnya boleh simpan untuk kegunaan hari lain.
  • Hancurkan dlm bekas dan campurkan dengan satu sudu air
  • Biarkan kembang dalam 3-5 minit
  • Kemudian sapukan pada muka yang telah dicuci bersih dan dilap kering.
  • Sapu ke seluruh wajah dan biar ia mengering dlm 20-30 minit.
  • Boleh bilas dengan air bersih.
Kelebihan mengamalkan masker ni ialah ia mampu meransang penghasilan kolagen dari dalam kulit, menegangkan kulit, kecutkan jerawat, cerahkan kulit dan menjadikan kulit wajah segar.  So, boleh la cuba nanti yer.. ;)

Untuk dapatkan Vitamin C Sustained Released 500mg, hubungilah saya :). Free consultation menanti dan yang pastinya ia sangat jimat coz sebotol Vitamin C ni boleh digunakan selama 6 bulan!!!


Monday, February 17, 2014

Resdung dan rawatannya..

Resdung merupakan sejenis penyakit hidung dan ia terjadi akibat radang pada membran sinus. Resdung boleh disebabkan oleh virus, bakteria atau fungus (kulat). Resdung terjadi apabila bernafas kita menyedut berjuta spora fungus setiap hari.Namun harus diingat yg spora ini tidak boleh membiak dalam hidung atau paru2 yg sihat. Spora ini akan membiak dan mula memberi kesan buruk kepada sinus.


Antara symptom resdung adalah:
  • hidung asyik berhingus
  • hidung tersumbat
  • sakit kepala
  • keletihan dan badan kurang sihat
  • batuk yang kronik
  • gatal-gatal pada kulit muka
Supplemen Shaklee ada menawarkan vitamin bagi kesihatan hidung dan mampu mengurangkan masalah resdung:

 Vitamin B complex membantu kesihatan fungsi saraf, meredakan sakit  kepala, mengurangkan keletihan, meredakan alahan dan mencegah nafas berbau.



Vitamin C sustained release membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit dan mengurangkan simptom selsema.  Ia juga menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan jeragat. Vitamin C mampu mengekalkan kapilari darah yg sihat, menghalang pendarahan dalaman dan hidung berdarah.


Alfafa mampu menghilangkan toksin dalam badan, bersihkan darah, mencantikkan kulit, memperbaiki kulit dan hidung yang sensitif, bau badan dengan berkesan dan melegakan keletihan.

InsyaAllah dengan pengambilan yang konsisten dan berterusan, masalah resdung akan berkurang.  Hubungi saya kiranya berminat mencuba Set Resdung dari Shaklee ini, yang pasti consultation percuma menanti anda. Rebut peluang ini secepat mungkin.


Sunday, February 16, 2014

Boleh ke Berbengkung selepas Bersalin secara Pembedahan?

Kalau boleh pilih, cara bersalin mana yang anda mahukan? Bersalin secara normal atau pembedahan? Pada saya walau sakit bersalin normal tk mampu diluahkan dengan kata-kata, jika diberi pilihan saya tetap memilih bersalin secara normal. Ini kerana bersalin secara normal lebih senang nak dijaga berbanding bersalin secara pembedahan. Namun jika dah ditakdirkan Allah terpaksa bersalin secara pembedahan juga, terimalah dengan redha coz itulah yang terbaik dan pasti ada hikmahnya. Yang penting ibu dan bayi selamat, tak gitu?

Berbengkung memang bestkan? Selain dapat membantu mengembalikan tubuh yang ramping, berbengkung juga dapat membuang angin dan mengempiskan perut. Ia juga mampu mengekalkan bentuk tubuh dan mengembalikan kedudukan peranakan. Wanita yang bersalin secara normal pasti tiada masalah untuk berbengkung sepanjang tempoh berpantang. Namun bagi mereka yang bersalin secara pembedahan macam saya, nurse akan kata "BIG NO" untuk berbengkung. Kenapa yer? Saya pun tertanya-tanya juga, tapi berdasarkan maklumat yang saya dapat daripada sok sek sok sek tanya kat nurse ni, wanita yang bersalin secara pembedahan tak boleh berbengkung coz nanti usus akan melekat seperti mee. Antara tanda-tanda yang dialami ialah terasa ingin muntah dan susah untuk buang air besar. So apa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan wanita yang bersalin secara pembedahan untuk mendapatkan perut yang kempis dan bentuk badan yang ramping? 

Apa yang ibu-ibu boleh amalkan ialah dengan mengambil supplement dari Shaklee. Semasa berpantang, boleh ambil Set Berpantang Shaklee yang terdiri dari:

Set ini dapat membantu ibu-ibu menjalani tempoh berpantang dengan cergas. Selain dari itu ibu-ibu juga tambah dengan satu lagi supplement:


Ostematrix membantu melawaskan perut, bangun pagi lebih cergas dan senang "membuang". Tak perlu lagi risau, malah mereka yang bersalin normal juga boleh ambil Ostematrix ni. Ia juga membantu sebagai milkbooster pada ibu.

Untuk mengembalikan perut yang kempis dan mengurangkan berat badan, ibu-ibu mengambil supplement ini:


Lecithin bertindak sebagai agen pemecah lemak-lemak didalam badan.


Alfafa pula berfungsi untuk membuang lemak-lemak dan detoks. Oleh itu badan rasa lebih ringan, bertenaga dan perut lebih kempis. Ia juga mampu membantu membanyakkan penghasilan susu ibu.

Saya telah menggunakan semua set-set diatas dan alhamdulillah berjaya menurunkan berat badan dari 90kg semasa bersalin dan sekarang 49 hari selepas melahirkan, berat saya telah turun kepada 70kg. Namun, selain dari pengambilan set-set diatas, ibu-ibu juga perlu menjaga pemakanan dan melebihkan sayuran dan buah-buahan serta minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Tiada yang mustahil selagi tidak dicuba. Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba set-set diatas atau salah satu darinya, boleh la hubungi saya melalui nombor dibawah. Ibu-ibu juga akan mendapat konsultansi percuma dari saya. Kita berusaha, Allah tentukan.. :)


Monday, February 10, 2014

Masalah HB Rendah semasa Mengandung


Pernah mengalami masalah HB rendah semasa mengandung atau digelar ANEMIA (kekurangan Zat Besi)? Selalunya paras HB yang dikatakan rendah adalah dibawah 11. Bagi mereka yang check up di klinik kesihatan kerajaan, nurse for sure akan 'membebel' bila result HB anda dibawah 11. Lepas tu mesti dapat pil iron warna coklat kan?? Mesti kena soal siasat makan apa kt rumah, ada makan kerang, hati, bayam etc etc etc yg boleh naik HB ke paras atas dari 11. Kenapa perlu paras HB lebih dari 11? Ini kerana Anemia boleh membahayakan ibu dan bayi didalam kandungan, boleh menyebabkan tumpah darah masa kelahiran dan boleh membantutkan perkembangan bayi dalam kandungan.

Antara gejala awal ANEMIA adalah:
  • Sentiasa rasa letih dan lesu
  • Cepat sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
  • Selalu rasa lenguh-lenguh dibahagian tangan, tengkuk terutamanya selepas waktu tengahari
  • Pening kepala dan pitam
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung cepat
  • Pucat
Bahaya ANEMIA pada ibu hamil:
  • Meningkatkan peratus keguguran
  • Kelahiran pra matang
  • Tumpah darah sewaktu bersalin
  • bayi lahir dengan berat badan kurang
  • Kecacatan pada bayi
  • Kematian pada ibu dan bayi
Oleh itu ibu-ibu harus memastikan pengambilan Zat Besi yang mencukupi semasa hamil bagi mengelakkan masalah Anemia. Supplemen Shaklee yang sesuai diambil bagi mengelakkan masalah HB rendah dan Anemia ini adalah Vitalea Iron Formula.


  • Vitalea mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral, asid folik dan zat besi

Dan juga Vitamin C


  • Vitamin C dapat membantu penyerapan Zat Besi dengan lebih optimum
Jadi pada mereka yang menghadapi masalah ini, hubungi saya untuk mendapatkan supplemen ini.


Juga boleh lawati FB page saya di