~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Friday, December 12, 2014

Tips Hilangkan Perut Buncit Selepas Bersalin Agar Kembali Ramping


Benda yang  paling dirungsingkan oleh ibu-ibu selepas bersalin adalah bagaimana nak kempiskan perut. Betul tak?? Apatah lagi yang bersalin secara pembedahan dan tak boleh bertungku serta berbengkung sepanjang proses berpantang. 

Perut buncit dan menggeleber adalah disebabkan penghasilan hormon progestron semasa hamil. Jadi ada beberapa tips yang boleh diambil, antaranya:

 1)  Kawal pemakanan semasa hamil seperti kurangkan makanan yang berminyak, berlemak dan makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi.

2)  Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan lauk semasa berpantang dan kurangkan nasi.

3)  Mengambil air lapan gelas sehari secara pengambilan sedikit demi sedikit. Jangan risau perut mengembang coz pengambilan air ni penting untuk penghasilan susu ibu.

4)  Boleh mengambil Alfalfa dan Lecithin/Omega semasa berpantang bagi memecahkan lemak dan membuang lemak. Dalam masa yang sama ia membantu meningkatkan production susu ibu. 

5)  Melebihkan pengambilan halia dan lada hitam untuk memanaskan badan dan memudahkan proses penghadaman.

6)  Berbengkung bagi mengempiskan perut dan merapatkan otot dibahagian perut kecuali jika bersalin secara ceaserean.

7)  Bertungku juga perlu kerana selain dari mampu membetulkan peranakan, ia juga membantu mengempiskan perut dan mengecutkan otot.


Ingin dapatkan Set Berpantang atau Set Ramping Shaklee?
Hubungi: 

Liza (013-2986822)
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia.
*Konsultansi/jadual makan dan tips secara eksklusif untuk semua pelanggan saya.





Wednesday, December 10, 2014

Tips Atasi Kejang Kaki Semasa Hamil


Ibu hamil seringkali tidak dapat lari dari menghadapi kejang kaki ketika hamil. Biasanya ia sering berlaku diwaktu malam. Ia berlaku akibat dari contraction otot luar kawalan yang menjejaskan betis kaki dan sering terjadi pada trismester kedua dan ketiga kehamilan.

Kejang kaki berlaku disebabkan oleh:


~ Pembentukan asid laktik pyruvic yang akan menjejaskan proses pengaliran darah ke kaki
~ fosforus yang berlebihan akibat dari pemakanan yang tidak seimbang
~ Kekurangan kalsium
~ Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki

Apa yang perlu dilakukan bila kejang kaki terjadi?


* Urut bahagian yang kejang perlahan-lahan
* Mandi dengan air suam atau letak beg air panas di bahagian yang mengalami kekejangan
* Berjalan untuk beberapa minit
* Regangkan dan luruskan kaki, berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki. Terasa sakit pada permulaan, namun ia akan beransur hilang sedikit demi sedikit. 

Bagaimana Mengatasi Kejang Kaki


1) Buat senaman regangan otot sebelum tidur. Caranya mudah ialah dengan berulangkali menarik jari kaki anda kearah lutut sambil menolak tumit jauh dari badan. 

2) Pakai stokin sokongan dan pilih kasut yang bersesuaian untuk dipakai sepanjang hari.

3) Ambil kalsium yang mengcukupi sebelum tidur. Suggested the best kalsium tambahan adalah Ostematrix 

- membantu menguatkan tulang, mengelakkan kekejangan, menguatkan sistem saraf
- memperbaiki kekejangan, kebas-kebas, sakit sendi
- mengimbangi tekanan darah, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki mood swing, stress, sakit kepala

4) Jangan berdiri dalam jangkamasa yang lama.


Ingin mendapatkan Supplement yang bersesuaian untuk kecergasan dan kesihatan ibu sepanjang kehamilan serta khasiat secukupnya untuk bayi dalam kandungan? 

Hubungi:

Liza (013-2986822)
COD sekitar Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui Poslaju keseluruh Malaysia.
*Konsultansi/Jadual Makan/Tips Eksklusif untuk semua pelanggan saya.




Tuesday, December 9, 2014

Tips Menjaga Luka Bersalin Agar Cepat Sembuh


Tidak kiralah samada bersalin secara normal mahupun pembedahan, semua ibu-ibu pasti ingin kan luka bersalin itu cepat sembuh. Ingin saya kongsikan disini beberapa tips Menjaga Luka Bersalin Secara Normal Agar Cepat Sembuh. 

#1  Pad Ais

Selepas bersalin, ibu-ibu boleh meletakkan pad ais pada kawasan luka. Letakkan selama 10 minit, 4 jam sekali bagi mempercepatkan pemulihan luka dan mengurangkan rasa sakit. 

#2 Pastikan Kawasan Luka Bersih

Sentiasa pastikan kawasan luka bersih dan cuci menggunakan air bersih atau pun cecair pembasmi kuman yang diberikan oleh doktor. Boleh juga menggunakan air suam untuk mencuci bagi mengelakkan jangkitan kuman. 

#3 Pastikan Kawasan Luka Sentiasa Kering

Selepas membuang air besar atau kecil, pastikan lap dikawasan luka hingga kering. Juga boleh menggunakan pengering rambut jika mahu. 

#4 Jangan Duduk atau Berbaring Terlalu Lama

Boleh gunakan bantal bulat berbentuk donut untuk menampung badan bagi mengelakkan tekanan pada kawasan luka.

#5  Buang Air Besar

Semasa buang air besar, cuba tekan perlahan-lahan kawasan luka agar tidak terlalu tegang yang boleh membuatkan kawasan itu lebih sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

#6  Mengelak Sembelit

Pastikan minum air yang banyak bagi melancarkan usus dan ambillah ubat melembutkan najis. Juga boleh makan Ostematrix 4 biji sebelum tidur bagi memastikan kelancaran proses pembuangan najis dan mengelakkan sembelit. 

#7 Pastikan Tiada Jangkitan Kuman

Pastikan tiada pembengkakan dan kesakitan dikawasan luka. Sekiranya ada, jumpa doktor dengan segera.

#8 Minum Air Secukupnya

Kekurangan air boleh menyebabkan luka lambat sembuh, masalah sembelit, kekurangan susu badan dan keletihan. Jadi ambil air yang mencukupi sekurang-kurangnya 2 liter sehari bagi penyembuhan segera.

Ingin mendapatkan Set Berpantang/Bersalin Shaklee? Hubungi:

Liza ~ 013-2986822

FB: HUMAIRA BEAUTY

COD sekitar Shah Alam/Klang dan penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia

*Tips/Jadual Makan dan Konsultansi Eksklusif bagi semua Pelangggan saya.