~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Thursday, November 13, 2014

Kebaikan Merangkak Untuk Bayi

Zaman kini kanak-kanak lebih banyak terdedah dengan televisyen, gajet hingga mereka lebih banyak duduk dari bergerak mahupun menjalankan aktiviti lain. Dahulu, kita belajar dengan rumput, alam sekitar, hutan, sungai.. itulah sekolah kita paling awal mengenal dunia. Saya masih ingat, aktiviti wajib saya dan kawan-kawan sekampung dulu selepas balik mengaji adalah bermain ramai.. main gelang getah, main bola, main teng teng, tuju kasut (kata orang kedah), main tembak-tembak.. tak pun paling kurang sure main masak-masak hahah.. habis segala pokok-pokok dan daun diambil buat sayur.. saya bersyukur sangat coz masa tu takde gajet ni semua dan kami dapat stimulasi yang sepatutnya.


Sesetengah ibu bapa merasa risau apabila bayi mereka merangkak terlalu lama dan lambat berjalan. Ibu bapa tidak perlu bimbang coz apabila merangkak, ia mampu menguatkan otot-otot leher, bahu, tangan dan kaki bayi. Otot-otot ini bukan saja menguatkan skil motor kasar malah mampu meningkatkan kemahiran menulis dan membaca kerana ia menguatkan skil motor halus juga. 

Kebaikan Merangkak


1) Menguatkan otot-otot leher, tangan dan kaki

2) Pergerakan berulangkali akan meningkatkan neuron dan merangsang otak mengawal bahagian kognitif yang bagus untuk tingkatkan tumpuan dan memori. 

3) Melatih koordinasi mata bayi yang penting untuk membaca dan menulis dimasa depan.

4) Dengan merangkak, bayi menggerakkan kedua-dua kaki dan tangannya dan ini membantu menguatkan otak kiri dan kanannya. 

Mari kita galakkan bayi kita merangkak :)

Selain tu, ibu hamil boleh juga mengambil OmegaGuard semasa trimester kedua hingga bulan ke lapan bagi merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan. Bentuk bayi genius dari dalam kandungan coz minyak ikan ni banyak kebaikannya untuk otak dan mata bayi. 

Ingin dapatkan supplement semulajadi bagi kesihatan sekeluarga atau OmegaGuard yang sedang promo bulan ni?

Hubungi: 

LiZa
sms/whatsapp: 013-2986822
COD sekitar Klang dan Shah Alam serta penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia.
*Konsultansi percuma dan eksklusif bagi semua pelanggan saya. 


Cepatnya Awak Membesar Sayang...

Assalamualaikum..

Sebelas bulan yang lalu saya berhenti kerja atas satu sebab, saya tak sanggup hantar my lil baby to nursery.. Dengan pelbagai kes yang saya lihat dan dengar, saya jadi takut.  Jadi saya berkorban karier demi anak.. now my lil baby dan boleh merangkak laju.. dah pandai berjalan sambil pegang dinding..dah pandai jerit ahhh uhhh, dah pandai main kejar-kejar ngan kakak-kakaknya walau dia merangkak dan diaorang berlari.. hehheheh.. what a sweet moment :)

 


Masih terasa-terasa pedihnya perut ibu ni kuarkan awak.. cepatnya masa berlalu sayang... skang gigi dah 5 batang, bakal kuar lagi 2 batang.. suka gigit ibu.. bila ibu jerit, awak ketawa.. hahha.. notty boy!




Cepatnya awak membesar.. anak ibu yang aktif. Memang dari dalam rahim lagi, bila scan jer awak mesti aktif bergerak.. doktor kata awak membesar bagai johan. Ukuran kaki pun panjang.. cukup kalsium kata doktor.. semestinyalah, ibu kan ambil Ostematrix sepanjang hamil. Bila bergerak tu, boleh bergegar perut ibu tau.. heheh.. ibu memang pastikan ibu ambil semua vitamin perlu sepanjang kehamilan. Vitamin C, multivitamin, zat besi, B complex, protein semua ibu telan demi untuk kesihatan ibu dan paling penting untuk kesihatan awak kat dalam tu.


Harta ibu dunia akhirat.. Moga Allah beri kesihatan yang berpanjangan pada awak, kakak Qaireen dan Kakak Qaleesya.. amin.

Ingin dapatkan Set Hamil Shaklee?
Hubungi:

Liza
sms/whatsapp: 013-2986822
FB: HUMAIRA BEAUTY 
COD sekitar Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia
*Konsultansi percuma dan eksklusif untuk semua pelanggan saya (^__^)

Tuesday, November 11, 2014

Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut gugur selepas bersalin memang merungsingkan. Kalau ikutkan orang-orang tua, apabila baby dah pandai main sembur-sembur air liur, makin banyaklah rambut ibu yang akan gugur.Tapi tu mitos je kot.


Penyebab Rambut Gugur Selepas Bersalin


- Ini perkara biasa yang berlaku pada hampir semua wanita selepas bersalin. Rambut akan gugur antara 50 - 100 helai rambut setiap hari. Jadi tak perlu terlalu risau coz anda tidak akan botak kerananya.

- Antara faktor penyebab rambut rosak adalah kerana hormon dalam darah berubah setelah melahirkan anak.

- Masalah ini akan kembali normal selepas bayi berumur setahun, so, no worries mommy!

- Semasa mengandung, tahap estrogen meningkat dan rambut lambat tumbuh. Oleh itu hanya sedikit rambut yang gugur.

- Selepas melahirkan, tahap estrogen menurun dan rambut tumbuh dengan lebih cepat. Jadi rambut akan banyak gugur untuk rambut baru tumbuh.

Apa yang Boleh Dilakukan?


- Makan makanan berkhasiat yang kaya dengan protein dan zat besi. Set Berpantang Shaklee mengandungi semua vitamin yang diperlukan seperti Protein, Zat Besi, Kalsium, Zinc, B Complex dan Vitamin C dimana ia mampu melebatkan rambut ibu serta memberi khasiat secukupnya bukan saja pada rambut malah tubuh badan ibu juga. 

- Elakkan membuat rawatan rambut seperti mengerinting, meluruskan dan mewarna rambut hingga rambut kembali ke keadaan normal. 

- Makan makanan yang boleh mencegah keguguran rambut seperti telur, daging ayam, gandum, tauge, sayuran hijau, buah-buahan, makanan laut, salmon, jintan dan kunyit serta minum banyak air.

Hubungi saya bagi mendapatkan Set Berpantang Shaklee anda:

Liza
sms/whatsapp: 013-2986822
COD sekitar Klang dan Shah Alam juga penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia.

*Pelanggan saya akan mendapat konsultansi secara percuma dan eksklusif.



Cara Untuk Tingkatkan Daya Fokus Anak

Sebenarnya saya tercari-cari tips/cara untuk tingkatkan daya fokus anak saya. So, terbaca satu artikel ni dan saya nak kongsikan dengan ibu-ibu dan bapa-bapa yang hadapi masalah sama macam saya. Jom kita baca dan boleh implement untuk anak-anak kita.. 


1)  Kurangkan Waktu Anak Menonton Televisyen

Kita harus kawal masa anak kita menonton TV. Memang kita nampak dia fokus jer kat TV tu kan, tapi hakikatnya ia mampu mengurangkan tahap fokus anak kita. Sebenarnya betul juga tau. Dulu masa bawa Qaleesya berjumpa dengan pakar, doktor pakar ada bagitau yang sekarang memang ramai kanak-kanak hadapi masalah fokus dan lambat bercakap because of terlampau disogokkan dengan TV dan gadget. 

2) Jaga Pemakanan Anak

Beri makanan yang berkhasiat dan makanan sunnah seperti sayuran, buah-buahan, kurma, kismis, kekacang, madu dan pastikan anak-anak mendapat cukup nutrisi. Selain dari ini semua, boleh juga berikan anak kita minyak ikan dan saya pun dah start beri anak saya minyak ikan. Pastinya saya pilih minyak ikan terbaik yang mengandungi Asid Lemak Omega 3, tinggi DHA dan EPA iaitu OmegaGuard Shaklee. OmegaGuard dapat membantu meningkatkan daya fokus anak dan membantu sel-sel otaknya berhubung dengan lebih baik. Sesuai juga untuk anak-anak yang mempunyai masalah Autisme dan ADHD. Ibu hamil pun boleh ambil untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Bina anak genius dari dalam kandungan :)

3) Beri permainan yang boleh Meningkatkan Fokus

Antara permainannya bukanlah game kat Ipad yer ibu-ibu, bapa-bapa.. tetapi bagilah anak-anak kita main Playdough, Puzzle, Lego. Seingat saya dulu, masa kecik-kecik ditadika, kalau waktu rehat jer mesti main plasticine.. bestkan.. bentuk macam-macam. Selain tu memang banyak bina blog-blog kayu, main puzzle yang memerlukan kita betul-betul fokus untuk menyelesaikannya. Ok, Playdough dan Lego ada kat rumah, mungkin kena tambah lagi koleksinya. Dan kena beli puzzle juga ni. 

Bagi ibu bapa yang ingin mendapatkan OmegaGuard Shaklee untuk anak-anak, boleh hubungi:

Liza
sms/wa: 013-2986822
COD sekitar Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia.
*Konsultansi percuma dan eksklusif untuk semua pelanggan saya



Monday, November 10, 2014

Rahsia Serikan Wajah Selepas Bersalin


Semua wanita pun mengidamkan wajah berseri selepas melahirkan anak kan.. tengok Che Ta. amboi berseri sungguh even baru lepas melahirkan baby yang comel tu.  Ibu lepas bersalin selalunya pucat coz keletihan dan tidak cukup tidur dek kerana terpaksa menjaga baby. Disini ada beberapa tips yang boleh dicuba bagi mengembalikan seri wajah ibu selepas bersalin. 

1) Daun Inai

Kalau saya dikampung, daun inai ni mak rebus bersama daun-daun yang lain dan dibuat mandi.. hmm bau air mandian daun-daun ni sangatlah wangi. Mak kata untuk mewangikan badan. Selain itu, ibu-ibu juga boleh merebus daun inai ni dan dibuat minum tiga kali seminggu pada waktu pagi dan malam. Selain itu, daun inai juga boleh ditumbuk hingga halus/lumat. Kemudian, gentel halus-halus macam pil kecik/maajun, dan masukkan kedalam peti sejuk. Bila dah sejuk boleh lah amalkan makan sebiji sehari selepas sarapan. 

2) Beras dan Kunyit

Ambil beras segenggam, basuh dan kisar separuh halus. Kemudian ambil kunyit hidup, buangkan kulitnya, basuh dan kisar.Campurkan beras dan kunyit hidup, letak sedikit air suam. Jadikan sebagai bedak sejuk, gosokkan kemuka. Amalkan selalu bagi menaikkan seri wajah.

3) Pengambilan Set Berpantang Shaklee

Saya lebih suka yang senang-senang ajer.. so, memang amalkan Set Berpantang Shaklee. Dalam Set ni ada:

- Vitamin C

- Vitalea (Multivitamin)

- B Complex

- Zinc

 Saya add on:

- Alfalfa

- ESP (Energizing Soy Protein)

- Ostematrix


Alhamdulillah.. saya rasa sangat bertenaga, luka cepat sembuh, rambut semakin lebat dan berkilat, malah orang yang datang melawat pun cakap, wajah saya tak pucat. Macam tak dalam pantang. Nak tau kenapa?

Vitamin C bukan saja meningkatkan sistem imun badan, mempercepatkan penyembuhan luka malah menaikkan seri wajah serta mencerahkan wajah coz Vitamin C membentuk kolagen.

Vitalea mengandungi 24 jenis jenis vitamin dan mineral juga mengandungi zat besi bagi penghasilan sel darah merah. Jadi darah yang hilang semasa melahirkan dapat diganti semula. B Complex pula bukan saja memberi tenaga malah menyerikan wajah dari dalam.

Zinc membantu melebatkan rambut dan memulihkan luka. ESP pula kaya dengan protein berfungsi menghasilkan sel-sel baru. Menghilangkan kedut, kusam, mencerah dan menyerikan wajah serta memberi tenaga segera dan bertindak sebagai milkbooster. Apatah lagi jika dikombinasikan dengan Alfalfa. Memang ummph lah!

Jadi, apabila badan cukup nutrisi dan bertenaga secara tak langsung wajah juga akan berseri-seri dari dalam ke luar.  Proses berpantang pun menjadi lebih lancar dan membahagiakan. Boleh juga refer SET BERPANTANG untuk info lebih lanjut mengenai Set Berpantang Shaklee.

Ingin dapatkan Set yang super awesome ni? Tak perlu lagi nak tumbuk dan kisar bagai, dah tu kebanyakkan vitamin ni boleh digunakan hingga empat bulan ke enam bulan. Jimat masa, jimat wang.
Hubungi:

LiZa
sms/wa: 013-2986822
FB: HUMAIRA BEAUTY
COD sekitar Klang dan Shah Alam serta penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia.
*Konsultansi percuma dan eksklusif untuk semua pelanggan saya.

Tips Menangani Batuk Ketika Hamil

Hi ibu-ibu hamil, sihat hari ni? Harap semua sihat lah yer. Apabila hamil, tak semua ubat kita boleh ambil. So, kalau dijangkiti Selsema atau batuk memang la seksa rasanya. Semasa diawal kandungan anak ketiga dulu, saya alami alahan iaitu batuk yang teruk. Hampir sebulan lebih saya batuk.  Bila waktu malam batuk makin teruk hingga muntah kahak yang banyak. Tak berhenti-henti hinggalah ke pukul 3 or 4 pagi. Saya memang tak boleh tidur malam, baring pun bantal kena tinggi. Sangat seksa sampai menangis coz sakit dibahagian perut. Ubat yang klinik bagi adalah yang berherba seperti Prospan, paling mild gitu coz hamil kan. Nak ambil OmegaGuard tak boleh pulak coz baru 1st trimester. Alhamdulillah.. masuk bulan ketiga barulah berkurang dan hilang pada bulan keempat kehamilan.


Ini antara beberapa tips mengatasi batuk yang boleh ibu-ibu cuba.

1) Minum Air Masak dengan Kerap

Minum air masak atau air suam dengan kerap sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini bagi mengelakkan dehidrasi dan tekak kering yang boleh menyebabkan batuk semakin teruk. Minum teh suam dan sup ayam juga dikatakan boleh merawat batuk.

2) Jus Oren dan Madu

Campurkan madu dalam segelas jus oren dikatakan mampu mengurangkan batuk dikalangan ibu hamil. Oren yang kaya dengan Vitamin C mampu meningkatkan sistem imun badan dan madu dapat mencairkan kahak. 

3) Air Garam

Ambilkan segelas air suam dan dicampur dengan satu sudu makan garam. Kacau sebati dan kumur sebelum tidur. Ini dapat membantu menghilangkan gatal tekak penyebab batuk.

4) Rehat yang Cukup

Rehat yang cukup amat penting bagi memastikan badan segar dan menghilangkan batuk. Lapikkan kepala dengan dua biji bantal agar lebih tinggi supaya dapat bernafas dengan lebih baik. 

5) Makan OmegaGuard Shaklee

 OmegaGuard mampu mencairkan kahak dan melegakan batuk. Asid Lemak Omega 3, DHA dan EPA dalam OmegaGuard bersifat anti radang dan dapat menyihatkan paru-paru, mengelakkan lelah dan asma. Sebiji sehari sesuai diambil oleh ibu hamil kerana dalam masa yang sama OmegaGuard bagus untuk perkembangan otak bayi didalam kandungan. 

Ingin mendapat OmegaGuard pelbagai khasiat ini? Hubungi:

Liza
sms/wa: 013-2986822
COD sekitar Klang dan Shah Alam serta penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia. 
*Konsultansi percuma dan eksklusif untuk semua pelanggan saya. 



Saturday, November 8, 2014

Tips Perut Ramping Selepas Bersalin

Wanita yang lepas bersalin pastinya mengidamkan perut kembali ramping seperti sebelum mengandung dan tampak slim. Disini ada beberapa tips yang boleh dilakukan bagi mendapatkan perut yang ramping selepas melahirkan. 


Langkah-langkah Mendapatkan Perut Ramping:

 

1) Kisar dua biji lobak merah, 1 biji timun dan perahan sebiji limau nipis. Kisar dan tapis, minum dua kali sehari. InsyaAllah, perut kembali ramping.

2) Minum air suam 3 liter sehari. Say no to COLD water!

3) Elakkan mengambil makanan bergoreng dan berlemak.

4) Minum jus pegaga setiap pagi.

5) Buat senaman sit up 50-100 kali setiap pagi.. oh saya suka senaman ni!

6) Berbengkung diwaktu malam, dua kali seminggu.

7) Makan yogurt 3 kali sehari dan pastinya pilih yang low fat yogurt ya.

8) Minum air asam jawa sederhana pekat setiap pagi semasa perut kosong.

9) Lakukan belly dancing or zumba.. just for fun in your own bedroom.. hati senang, badan pun ramping.

10) Buat senaman seperti gambar diatas.. selain dari perut kempis, boleh eratkan kasih sayang bersama baby.

11) Jangan mandi selepas makan, nanti suhu badan sejuk dan melambatkan proses penghadaman

12) Pastikan makan at least 4 jam sebelum tidur coz perut mengambil masa 4 jam untuk menghadam semua makanan.

13) Exercise, exercise, exercise.. tak gi gym or taman pun takpe.. buat jer kat rumah. My way, buka zumba dance kat Youtube.. best wooo.. lagi satu ambillah Set Slimming Shaklee untuk bantu pecah lemak lebih cepat dan buang lemak-lemak tu. 

14) Breastfeed baby.. create bonding between mother and baby, bantu ibu untuk kembali ramping.

Ok, jom amalkan tips-tips ni dan kembali ramping sesama. Nak cepatkan lagi proses pelansingan tu, ambil Set Slimming Shaklee yer.. sangat membantu ibu-ibu kembali langsing disamping membanyakkan penghasilan susu badan. 

Hubungi saya:

LiZa 

sms/wa: 013-2986822

FB: HUMAIRA BEAUTY 

COD sekitar Klang dan Shah Alam serta penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia.

*Konsultansi eksklusif dan percuma untuk semua pelanggan saya. 






 

Friday, November 7, 2014

Merawat Demam Secara Semulajadi

Sebagai ibu bapa pastinya kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Tiada ibu bapa yang ingin beri sesuatu yang boleh memudaratkan anak sendiri. Pastinya semua ibu bapa pun akan risau bila anak demam, batuk, selsema. Tambahan jika anak-anak yang dihantar ke taska lagi mudah untuk mendapat jangkitan. Bila dah demam, selsema batuk dibawa ke klinik dan diberi ubat. Tak semua ibu bapa dengan rela hati nak beri ubat yang mengandungi dadah tu kepada anak-anak tapi tiada pilihan. Nak tengok anak cepat sembuh kan. Sebenarnya, ubat tidak merawat punca penyakit, ia hanya menghilangkan simptom penyakit sahaja. 


Supplement Shaklee dapat membantu merawat masalah diatas dengan cara semulajadi.  Antara supplement yang boleh diberikan adalah:

MEALSHAKES

Mealshake kaya dengan sumber protein, kalsium, vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan sistem imun dan sesuai untuk kanak-kanak membesar dengan sihat dan kuat. Dengan segala kebaikannya, Mealshake berupaya meredakan demam dan selsema. Jadikan Mealshake salah satu pelegkap nutrisi harian anak kita. Rasanya yang lazat pasti anak-anak pun suka berbanding ubat.


PERFORMANCE DRINK

Performance Drink penting untuk mengelakkan anak-anak mengalami dehidrasi semasa demam.  Ia juga berfungsi untuk memberi tenaga akibat dari kurang selera makan semasa demam. 

OMEGA GUARD

Mengandungi Omega 3, DHA dan EPA yang tinggi. Omegaguard dapat membantu meningatkan sistem imun kanak-kanak, dapat mengurangkan masalah kahak, asma dan jangkitan paru-paru serta dapat meningkatkan fungsi otak agar lebih fokus. 

NUTRIFERON

Nutrferon merupakan imune booster. Jadi mereka yang mempunyai antibodi lemah, selalu demam, selsema adalah sangat digalakkan untuk mengambil Nutriferon. Malahan, Nutriferon harus ada disetiap rumah sebagai remedi kecemasan apabila berlakunya tanda-tanda demam, mahupun selsema. 

*Ibu menyusu boleh mengambil semua supplement diatas dan menyusukan bayi seperti biasa sekiranya bayi anda mengalami demam dan selsema. Harus diingat, KKM tidak menggalakkan bayi berusia dibawah 2 tahun diberi sebarang ubat batuk atau selsema. 

Jom SIHAT TANPA UBAT! Ingin dapatkan supplement semulajadi ini? Ingin menjadi Ahli Shaklee dengan yuran serendah RM65 dan penjimatan pembelian barangan Shaklee hampir 20%?

Hubungi:

Liza

sms/wa: 013-2986822

FB: HUMAIRA BEAUTY

COD sekitar Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia

*Pelanggan saya akan mendapat konsultansi eksklusif dan percuma dari saya (^__^)



Wednesday, November 5, 2014

Punca Asma dan Penawarnya

Anak saya yang sulung pengidap asma. Bila terlampau aktif, bila berjerubu teruk, bila banyak habuk, bila terlalu sejuk dia akan start batuk-batuk mula lelah. Dulu selalu kena gi amik neb bila kena asma. 


Asma berlaku akibat keradangan pada tiub brokial dengan meningkatnya pengeluaran rembesan melekit didalam tiub. Oleh itu saluran pernafasan menjadi sempit, mengandungi mukus dan keradangan.

Antara gejala Asma adalah:

- Berdehit
- Batuk kerap pada waktu malam
- Sesak atau sakit dada
- sesak nafas

Petanda awal Asma:

- rasa sangat letih dan lesu semasa bersenam
- Mudah sesak nafas
- batuk yang kerap terutama pada waktu malam
- Letih, mudah marah, muram
- Selsema dan alahan seperti bersin, hidung berair, sakit tekak, sakit kepala
- masalah tidur

Set Asma untuk Kanak-kanak


OmegaGuard


OmegaGuard merupakan minyak ikan terbaik yang berupaya meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Selain itu, OmegaGuard mampu memperbaiki masalah alahan kulit, bronkitis dan penyakit lelah.

Mealshakes


Merupakan nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Ia memberi tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak, mengurangkan masalah ekzema pada kanak-kanak dan dewasa, mengurangkan masalah sembelit, membantu tumbesaran dan sangat lazat dengan rasa French Vanilla. 

Testimoni OmegaGuard




Jom bagi anak-anak kita natural healing berbanding ubat yang mengandungi dadah. Untuk dapatkan Set Asma, boleh hubungi:

LIZA
sms/wa: 013-2986822

Saturday, November 1, 2014

Penyakit Gastrik dan Penawarnya

Dulu zaman belajar kat U selalu kena Gastrik. Sakitnya bukan main, duduk pulak kat Kolej Seroja di UiTM Shah Alam.. masa tu, klinik kesihatan kat bawah kolej jer. Maka keraplah berulang alik ke klinik kesihatan dek kerana Gastrik dan Migrain. Takdak muka orang lain, asyik-asyik saya saja. Doktor kata saya dapat Gastrik kesan daripada pengambilan ubat migrain yang kerap. See, side effect ubat... daripada migrain dapat pulak Gastrik.  Paling tak suka jika diberi ubat cecair putih rasa macam kapur tu.. OMG.. memang seksa nak menelannya... 

Bagaimana Gastrik Terjadi?




Gastrik boleh terjadi akibat stress, kesan kimia daripada pengambilan ubat-ubatan, jangkitan bakteria dan makanan yang boleh menyebabkan bengkak dikawasan perut. Perut adalah tempat pengeluaran sejenis asid yang berfungsi untuk menghadamkan makanan seperti daging, namun adakalanya ia bukan sahaja menghadam daging malah permukaan perut yang juga daging. Apabila permukaan perut terhakis, maka asid akan masuk ke lapisan pertahanan perut dan menyebabkan luka dan akhirnya menjadi ulser.

Apakah punca Gastrik?

- Tidak makan mengikut waktu
- Merokok
- Minum minuman beralkohol
- Kegagalan organ tubuh 
- Stress
- Pengambilan bahan kimia daripada ubat-ubatan

Apakah tanda-tanda sakit Gastrik?

- Kerap sakit kepala terutamanya dibahagian kanan kepala apabila lambat makan atau perut kosong
- Loya, mual dan sebu perut
- Demam
- Muntah-muntah yang kadangkala berwarna kuning atau mengandungi darah
- Sakit perut yang amat sangat
- Keluar angin dimulut seperti sendawa apabila diurut

Rawatan Gastrik adalah:


- Makan mengikut waktu makan
- Elakkan pengambilan jeruk kering atau basah, junk food dan mee segera
- Elakkan cuka atau makanan terlalu pedas
- Elakkan makan terlalu kenyang
- Minum susu segar atau susu full cream pada awal pagi
- Mengambil supplement yang dijamin selamat dan semulajadi seperti Set Gastrik Shaklee dibawah:

1) ESP (Energizing Soy Protein)

 

 Sumber protein yang diperbuat daripada soya, sangat tinggi sifat alkalinya dan mampu untuk meneutralkan asid didalam perut. Malah ia juga dapat membantu membina sel-sel baru, maka lapisan yang terhakis akan digantikan dengan sel yang baru. 

2)Peppermint Ginger Plus



 Diperbuat daripada herba asli seperti pudina, halia, jintan hitam, jintan manis bagi memberi rasa nyaman dan mengelakkan ketidakselesaan perut. Kalau rasa tak boleh nak telan pil, boleh hancurkan dengan air suam dan minum. 

3)Ostematrix

 

Sumber kalsium terbaik dan bersifat alkali dimana mampu meneutralkan asid didalam perut.  


4) B Complex


B Complex terbukti dapat mengurangkan stress dan melegakan kesakitan.

Perlu ke ambil semua supplement diatas? Jawapannya adalah bergantung kepada budget anda. Ambil kesemua lebih afdal, tapi kalau nak ambil kombinasi, ESP+Peppermint Ginger Plus dan Ostematrix pun ok juga. Untuk consultation mengikut budget dan masalah anda serta membeli Set Gastrik ni, boleh hubungi saya:

LiZa
sms/wa 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia.