~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Tuesday, October 14, 2014

Cara Menyimpan EBM (Expressed Breastmilk)

Bagi mereka yang bertekad ingin memberi susu ibu kepada bayi, galilah ilmu agar kita rasa mudah dan faham cara menguruskan susu especially EBM (Expressed Breastmilk) atau perahan susu ibu. Bukan mudah untuk istiqomah menyusukan baby tambahan pulak bagi ibu-ibu yang bekerja. Kadang-kadang kesuntukan masa untuk pam di ofis, terpaksa korbankan masa rehat untuk mengepam susu. If majikan tidak support lagi lah susah nak cari tempat sesuai untuk pam dan tempat penyimpanan EBM. 

Citer sket pengalaman saya dulu yer.. masa anak pertama, agak susah juga sebenarnya.. pelbagai cabaran saya hadapi. Mengepam susu setiap hari disurau.. lepas tu bawa naik ke pantry ofis, tumpang simpan di peti ais ofis. Dapat pulak babysitter yang tidak menyokong penyusuan susu ibu.. diberi segala kemudahan dan dah diajar cara mengendalikan susu, tapi dipanaskan pulak EBM tu guna microwave. Sudahnya baby tak nak minum susu.. susu EBM tu jadi pahit. Tapi semua cabaran tu menjadikan saya lebih kuat dan saya belajar dari pengalaman. Sanggup tukar babysitter semata-mata nak cari yang pandai uruskan EBM untuk my baby. Bila anak kedua, saya plan ngan officemate lain yang nak bersalin.. saya sanggup tulis surat kepada majikan dan minta tandangan yang lain agar majikan dapat sediakan satu bilik khas "Lactation Room" agar kami tak perlu lagi mengepam susu di surau. Alhamdulillah.. atas kesedaran majikan, kami dapat satu bilik yang dilengkapi aircond khas untuk mengepam. Ya Allah.. happy tak terkata. Saya check taska yang nak hantar baby tu mesra EBM or not. Memang selalu share info dengan staf taska macam mana nak uruskan susu EBM. Alhamdulillah.. segalanya dimudahkan Allah. 

So, check it out bagaimana caranya nak simpan susu EBM ni. 


Secara ringkasnya:

- untuk suhu bilik, boleh disimpan 4-8 jam
- jika menggunakan beg sejuk beku yang diisi pek ais, boleh bertahan hingga 24 jam
- Peti sejuk bahagian bawah, boeh bertahan 3 - 8 hari.. paling elok 3 hari sahaja
- Peti sejuk bahagian atas, 2 minggu ke 3 bulan
- deep freezer, boleh bertahan hingga 6 bulan

Pastikan setiap susu yang diperah dilabel mengikut tarikh dan masa. Konsep untuk menggunakannya, First In, First Out.. yang lebih awal masuk, itulah yang keluar dulu. 


Boleh tengok dalam gambar ni, semua stok EBM dilabelkan.

Cara Menyahsejukbekukan Susu

- Sekiranyan susu nak digunakan keesokan hari, keluarkan susu dari tempat simpan sejuk beku dan letak di peti ais bahagian bawah
- Rendamkan susu dengan air panas suam (air panas boleh merosakkan nutrien dan antibodi dalam susu)
- Goncangkan susu agar sebati dan rasa dahulu sebelum diberi kepada bayi. Susu ibu ni rasa dia manis-manis buah tau.. kalau dah rasa pahit atau masam, itu petanda susu dah tak elok.

Panduan Menyimpan Susu Ibu

- Basuh bersih bekas peyimpanan susu, bilas dengan air didih dan keringkan
- susu yang telah digunakan tidak boleh disimpan semula, jadi setiap botol susu harus untuk sekali penggunaan sahaja
- Jangan penuhkan susu hingga ke penutup, tinggalkan sedikit ruang coz bila susu disejukkan ia akan mengembang.
- Jangan simpan susu dibahagian pintu peti sejuk kerana bahagian itu tidak stabil suhunya.
- jika menggunakan cooler bag, pastikan ice pack mencukupi dan elakkan selalu membuka cooler bag tersebut

So, sekarang ibu-ibu dah dapat info serba sedikit mengenai cara penyimpanan EBM kan.. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau ingin membeli Set Menyusu Shaklee bagi membanyakkan penghasilan susu badan serta memastikan susu lebih berkualiti, boleh hubungi saya:

LiZa
Sms/Wa 013-2986822

Happy Pumping Mommies!!! 
^_____^


-