~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Friday, October 11, 2013

Kenapa Protein Sangat Penting Kepada Tubuh Manusia????


Protein boleh didapati dari sumber telur, ayam, daging, ikan, susu, kekacang, tauhu, yogurt, badam, brocoli, tempe, keju, bayam dan gandum. Semua bahan- bahan ni boleh didapati dengan senang dipasaran. Pentingnya sumber protein ni kepada tubuh adalah kerana ia merupakan makanan sel. Jika sel mendapat cukup protein yang bagus, jadi sel yang terhasil pastinya adalah sel-sel yang sihat. Dan sel-sel yang sihat ini juga yg akan menggantikan sel lama yang telah rosak dan mati.

Protein juga merupkan komponen terbesar dalam tubuh manusia selain dari air. Jumlahnya 1/6 dari berat tubuh manusia (1/3 dari jumlah tersebut terdapat dalam otot, 1/5 terdapat pada tulang, 1/10 terdapat pada kulit dan selebihnya pada pelbagai cairan dalam tubuh)

Protein juga penting untuk pertumbuhan. Susu ibu contohnya mengandungi sebahagian besar protein. Ibu-ibu yang mengamalkan makanan yg seimbang, lengkap dengan protein dan zat yang diperlukan akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya juga bagus dan mantap.  Begitu juga dengan ibu yang hamil, pengambilan protein yang mencukupi akan memastikan janin menerima asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan ototnya.

Selain dari itu, protein juga penting untuk memperbaharui hormon dan enzim di dalam tubuh. Malah ia juga sangat penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit yang sihat. Antara risiko yang bakal dihadapi bila kekurangan protein adalah:

# Anemia (kurang darah)
# Penyakit buah pinggang
# Penyakit hati
# Kolestrol tinggi dalam darah
# Tekanan darah rendah
# Kandungan gula dalam darah rendah
# Fungsi saraf tak stabil
# Luka lambat sembuh
# Pengaliran darah tidak lancar
# Badan menggeletar
# Letih, lesu dan lemah badan
# Tinggi kandungan air dalam tisu badan
# Ketahanan badan terhadap jangkitan menjadi rendah

Jadi pastikan anda mendapat protein secukupnya untuk kesihatan tubuh.. dan please ensure protein yang anda ambil itu dari sumber yang segar.. yes, kita boleh ambil protein dari sume bahan-bahan yang saya sebutkan di atas.. tapi sejauh mana kita dapat memastikan yang bahan-bahan ini tinggi kandungan nutrien dan proteinnya masih ditahap baik sedangkan ayam-ayam dipasaran telah banyak disuntik dengan hormon agar cepat besar, ikan-ikan pula banyak yang tidak segar, lembu-lembu termasuk lembu susu pun disuntik juga agar gemuk dan boleh menghasilkan susu yg banyak, sayur-sayuran juga banyak yang disembur racun. Boleh dikatakan kebanyakan makanan mentah kita ni dah diubah secara genetik demi memenuhi keperluan pasaran.

Tapi, ada tapinya.. kita boleh mendapatkan protein yang dijamin kualitinya dan mempunyai protein yang tinggi. Energizing Soy Protein dari Shaklee merupakan protein berasaskan kacang soya yang mengandungi non-GMO (tidak diubah secara genetik) dan satu canister tu dihasilkan dari 30kg kacang soya!

Satu hidangan ESP ni bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.  Malah ia juga sesuai untuk penghidap diabetes kerana ia rendah kandungan Indeks Glisemik.

Sebab tu mereka yang mengamalkan ESP ni kelihatan awet muda, paras kolestrol rendah, kulit cerah berseri, susu badan pun lebih pekat dan creamy, bertenaga masalah pigmentasi berkurang, tona kulit lebih sekata, kurang kedutan dan garis halus..

Testimoni:







So jika nk dapatkan sumber protein terbaik dan dijamin kualiti serta keberkesanannya pada tubuh, jangan malu dan segan untuk PM/Whatsapp saya di 013-2986822 atau boleh lawati FB page saya di https://www.facebook.com/pages/Humaira-Beauty/363364967113907?ref=hl. Khidmat konsultansi yang berterusan untuk semua pelanggan saya :)