~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Thursday, November 14, 2013

Supplement untuk Pesakit Gout

Akhir-akhir ni kerap juga dengar kengkawan kena penyakit Gout. Untuk pengetahuan, Gout merupakan penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan dalam badan. Asid urik terhasil dari sejenis protin bahan kumuh iaitu purin. Tubuh menyingkir bahan kumuh ini melalui air kencing, namun jika berlebihan ia akan terkumpul didalam sendi dan menyebabkan Gout.

Gambar diatas menunjukkan bagaimana bahan kumuh yg terkumpul didalam sendi menyebabkan sendi menjadi bengkak.

Tubuh menjadi kurang efektif untuk membuang asid urik apabila buah pinggang tidak sihat secara optimum. Kadangkala buang pinggang tidak dapat bekerja dengan baik apabila kita:

* Mengambil ubat-ubatan berunsurkan "drug"
* Mengambil protein yang berlebihan
* Stress
* Kurang vitamin dan zat tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan

Antara faktor risiko mendapat Gout adalah:
* Jantina - Secara umumnya lelaki lebih berisiko mendapat Gout pada kadar 90% kes yang dilaporkan
* Gaya hidup - mereka yang banyak minum minuman keras dikatakan lebih berisiko mendapat Gout
* Obesiti - Individu yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko mendapat Gout
* Penyakit/Keadaaan Kesihatan/ubat - Penyakit seperti Tekanan Darah Tinggi, diabetes, paras lemak dan kolestrol tinggi, penyempitan salur darah juga boleh mendapat Gout. Mereka yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba juga berisiko menghadapi peningkatan asid urik didalam badan.
* Genetik - Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang mengalami masalah Gout
* Umur - Biasanya ia menyerang pesakit berusia 50 tahun ke atas, namun kini banyak kes juga membabitkan pesakit berumur 30 - 50 tahun. Manakala bagi wanita pula, kebanyakannya bermula selepas menopause.

Tanda-tanda Gout:
* menyerang ibu jari kaki
* Ibu jari menjadi bengkak kemerahan, panas dan sakit yg ketara
* Kebiasaannya Gout menyerang secara tiba-tiba
* Bahagian yg sakit menjadi sangat sensitif hingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan
* Jika tidak dirawat, bengkak akan berlarutan berhari-hari
* Kemungkinan besar Gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan
* sakit Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari

Antara makanan yang perlu dielakkan adalah:
*Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis
* Sayur-sayuran seperti Asparagus, bunga kobis dan bayam
* Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung
* Cendawan
* Yis (roti putih, roti manis)

Selain mendapat rawatan doktor, pesakit Gout juga boleh mengambil vitamin/supplement dari Shaklee seperti:



ALFAFA
Alfafa merupakan sumber detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengambilan air yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari amatlah perlu bagi melancarkan proses Detox ini.



PERFORMANCE DRINK
Ia memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Pesakit Gout perlu mempunyai bekalan air yang mencukupi di dalam badan agar proses perkumuhan asid urik berjalan lancar.



OMEGA GUARD
Omegaguard amat bagus untuk megelakkan keradangan sendi kerana ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, mencegah penyakit saluran darah, menstabilkan tekanan darah tinggi dan juga menstabilkan emosi agar kurang stress. 

Boleh hubungi/whatssapp nombor dibawah bagi mendapatkan supplement2 diatas.


Juga boleh LIKE fb page saya https://www.facebook.com/pages/Humaira-Beauty/363364967113907?ref=hl untuk mendapatkan info-infor terkini serta promosi supplement Shaklee.

^____^