~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Tuesday, December 9, 2014

Tips Menjaga Luka Bersalin Agar Cepat Sembuh


Tidak kiralah samada bersalin secara normal mahupun pembedahan, semua ibu-ibu pasti ingin kan luka bersalin itu cepat sembuh. Ingin saya kongsikan disini beberapa tips Menjaga Luka Bersalin Secara Normal Agar Cepat Sembuh. 

#1  Pad Ais

Selepas bersalin, ibu-ibu boleh meletakkan pad ais pada kawasan luka. Letakkan selama 10 minit, 4 jam sekali bagi mempercepatkan pemulihan luka dan mengurangkan rasa sakit. 

#2 Pastikan Kawasan Luka Bersih

Sentiasa pastikan kawasan luka bersih dan cuci menggunakan air bersih atau pun cecair pembasmi kuman yang diberikan oleh doktor. Boleh juga menggunakan air suam untuk mencuci bagi mengelakkan jangkitan kuman. 

#3 Pastikan Kawasan Luka Sentiasa Kering

Selepas membuang air besar atau kecil, pastikan lap dikawasan luka hingga kering. Juga boleh menggunakan pengering rambut jika mahu. 

#4 Jangan Duduk atau Berbaring Terlalu Lama

Boleh gunakan bantal bulat berbentuk donut untuk menampung badan bagi mengelakkan tekanan pada kawasan luka.

#5  Buang Air Besar

Semasa buang air besar, cuba tekan perlahan-lahan kawasan luka agar tidak terlalu tegang yang boleh membuatkan kawasan itu lebih sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

#6  Mengelak Sembelit

Pastikan minum air yang banyak bagi melancarkan usus dan ambillah ubat melembutkan najis. Juga boleh makan Ostematrix 4 biji sebelum tidur bagi memastikan kelancaran proses pembuangan najis dan mengelakkan sembelit. 

#7 Pastikan Tiada Jangkitan Kuman

Pastikan tiada pembengkakan dan kesakitan dikawasan luka. Sekiranya ada, jumpa doktor dengan segera.

#8 Minum Air Secukupnya

Kekurangan air boleh menyebabkan luka lambat sembuh, masalah sembelit, kekurangan susu badan dan keletihan. Jadi ambil air yang mencukupi sekurang-kurangnya 2 liter sehari bagi penyembuhan segera.

Ingin mendapatkan Set Berpantang/Bersalin Shaklee? Hubungi:

Liza ~ 013-2986822

FB: HUMAIRA BEAUTY

COD sekitar Shah Alam/Klang dan penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia

*Tips/Jadual Makan dan Konsultansi Eksklusif bagi semua Pelangggan saya.