~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Thursday, November 13, 2014

Kebaikan Merangkak Untuk Bayi

Zaman kini kanak-kanak lebih banyak terdedah dengan televisyen, gajet hingga mereka lebih banyak duduk dari bergerak mahupun menjalankan aktiviti lain. Dahulu, kita belajar dengan rumput, alam sekitar, hutan, sungai.. itulah sekolah kita paling awal mengenal dunia. Saya masih ingat, aktiviti wajib saya dan kawan-kawan sekampung dulu selepas balik mengaji adalah bermain ramai.. main gelang getah, main bola, main teng teng, tuju kasut (kata orang kedah), main tembak-tembak.. tak pun paling kurang sure main masak-masak hahah.. habis segala pokok-pokok dan daun diambil buat sayur.. saya bersyukur sangat coz masa tu takde gajet ni semua dan kami dapat stimulasi yang sepatutnya.


Sesetengah ibu bapa merasa risau apabila bayi mereka merangkak terlalu lama dan lambat berjalan. Ibu bapa tidak perlu bimbang coz apabila merangkak, ia mampu menguatkan otot-otot leher, bahu, tangan dan kaki bayi. Otot-otot ini bukan saja menguatkan skil motor kasar malah mampu meningkatkan kemahiran menulis dan membaca kerana ia menguatkan skil motor halus juga. 

Kebaikan Merangkak


1) Menguatkan otot-otot leher, tangan dan kaki

2) Pergerakan berulangkali akan meningkatkan neuron dan merangsang otak mengawal bahagian kognitif yang bagus untuk tingkatkan tumpuan dan memori. 

3) Melatih koordinasi mata bayi yang penting untuk membaca dan menulis dimasa depan.

4) Dengan merangkak, bayi menggerakkan kedua-dua kaki dan tangannya dan ini membantu menguatkan otak kiri dan kanannya. 

Mari kita galakkan bayi kita merangkak :)

Selain tu, ibu hamil boleh juga mengambil OmegaGuard semasa trimester kedua hingga bulan ke lapan bagi merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan. Bentuk bayi genius dari dalam kandungan coz minyak ikan ni banyak kebaikannya untuk otak dan mata bayi. 

Ingin dapatkan supplement semulajadi bagi kesihatan sekeluarga atau OmegaGuard yang sedang promo bulan ni?

Hubungi: 

LiZa
sms/whatsapp: 013-2986822
COD sekitar Klang dan Shah Alam serta penghantaran melalui Poslaju ke seluruh Malaysia.
*Konsultansi percuma dan eksklusif bagi semua pelanggan saya.