~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Friday, July 11, 2014

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu


 Menyusukan bayi merupakan saat terindah yang dilalui oleh ibu-ibu. Alhamdulillah.. saya berjaya menyusukan anak pertama dan kedua hingga 2 tahun. InsyaAllah, anak ketiga ini juga akan minum susu ibu hingga 2 tahun juga.. 

Bukan saja dalam islam, malah WHO juga menyarankan supaya ibu menyusukan bayi mereka dengan susu ibu sahaja hinga bayi berusia enam bulan dan meneruskan penyusuan hingga bayi berumur 2 tahun. Ini kerana susu ibu mempunyai banyak manfaat pada ibu dan baby.

Manfaat susu ibu pada baby:
- sumber makanan terbaik bayi kerana mempunyai semua zat yang diperlukan untuk tumbesaran
- susu pertama (kolustrum) kaya dengan antibodi semulajadi yang penting untuk melindungi bayi dari penyakit berjangkit
- kurang risiko untuk mendapat kolik dan masalah penghadaman
- mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak bayi

Kebaikan pada ibu:
- eratkan kasih sayang antara ibu dan bayi
- membantu kecutkan rahim dan elak tumpah darah selepas bersalin
- kurangkan risiko barah payudara dan ovari
- membantu jarakkan kehamilan
- ekonomikal

Jadi jom amalkan penyusuan susu ibu kepada bayi2 kita.. tekadkan dalam hati sejak mengandung lagi untuk beri susu ibu pada bayi, InsyaAllah susu pasti melimpah ruah untuk bayi tersayang. Hadapi masalah kurang susu badan? No worries.. pastikan makanan seimbang, minum banyak air, amalkan penyusuan/pam yang kerap, zikir dan boleh ambil makanan tambahan sebagai milkbooster. Ingin dapatkan milkbooster Shaklee yang terhangat dipasaran? Just click link BUY NOW dibawah. Mudah dan cepat! :)


Juga boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut:
LiZa
sms/whatsapp 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia