~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Saturday, July 12, 2014

Kesan Kekurangan Air dalam Badan



Air amat penting dalam kehidupan kita seharian. Agaknya boleh teruskan hidup kalau tak makan, tapi kalau takde air?? Kita perlu minum air sekurang2nya 3 liter sehari, tapi bukan air manis tau. Air putih!

Tahukah anda bahawa kurang air dalam badan boleh membahayakan darah dan sel otak?  Air juga mempunyai pengaruh yang besar dalam sistem kawal selia badan kita. Kita tidak akan terasa apa jika tidak minum air secukupnya setiap hari. Namun tubuh kita cuba menyeimbangkan dengan mengambil darah sebagai sumbernya.  Kekurangan air boleh menyebabkan darah menjadi pekat.  Akibatnya perjalanan darah untuk mengangkut oksigen dan zat nutrien akan terganggu. 

Selain itu, darah yang pekat akan memberi beban kepada ginjal untuk bekerja membersihkan darah. Ini boleh menyebabkan kerosakan ginjal. Pasti kita semua tidak mahu bergantung dengan hemodialisis bagi mencuci darah kan?

Darah yang pekat akan melambatkan perjalanan darah ke otak. Sel otak akan mati sekiranya berlaku kekurangan oksigen akibat dari darah yang pekat.  Ia juga boleh menjadi penyebab strok.

Antara kesan lain adalah:
- lemah daya ingatan
- sukar membuat kiraan mudah
- sukar fokus
- tekanan darah rendah
- mudah mengantuk
- letih lesu
-dehidrasi
- sakit kepala
- kadar metabolisma rendah
- meningkatkan risiko kanser
- sukar singkirkan bahan toksik dalam badan
- mudah keliru
- degupan jantung kuat
- kulit kusam dan kering

Jadi jom manfaatkan kebaikan meminum air putih demi kesihatan kita bersama.

Perlukan supplement Shaklee sebagai pelengkap nutrisi anda?
Hubungi:
LiZa
sms/whatsapp 013-2986822
FB Humaira Beauty