~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Sunday, October 12, 2014

Petua Lama bagi Menambah Susu Badan

Godek-godek, terbaca satu artikel ni dari Kumpulan Susu Ibu. Sangat membantu juga bagi ibu-ibu yang ingin menambah susu badan. Saya mohon share untuk kebaikan semua, harap halalkan ilmu ni yer Cik Norfairuz Idayu Nazlie Leong.


1) Jantung Pisang. Samada nak dibuat masak lemak ke, atau dicelur cecah dengan sambal belacan pun sodap..Sangat membantu menambahkan susu badan coz saya pun pernah try kaedah ni. 

2) Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan segelas air suam dan biarkan hingga suam. Minum sehari dua kali. Tambah sket, kalau nak buat sup lobak putih pun boleh. 

3) Daun betik.. sanggup tak nak makan? Bukan makan cenggitu.. celur dan buatlah ulam cecah sambal belacan makan ngan nasi panas dan ikar bakar.. perghh meleleh ayaq liuq kata orang utara.. Memang la pahit, tapi pahit tu kan ubat :)

4) Rebus longan kering. Boleh dibeli dikedai sinseh atau di pasaraya. Haa yang ni memang saya pernah try, berbotol-botol bawa bekal ke ofis dulu. Ambil longan satu cawan kecil, rebus dengan 3 hingga 4 cawan air. Biar hingga kembang.. boleh la diminum air tu sebagai usaha menambahkan susu badan. 

5) Daun sireh boleh juga digunakan sebagai penambah susu badan dan melancarkan susu. Caranya, ambil daun sireh, sapukan dengan minyak kelapa dan layurkan daun sireh pada api dan tekapkan ke sekeliling payudara.

6) Kerap susukan baby. High demand, high production. Penyusuan yang kerap dapat merangsang penghasilan hormon prolaktin untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. 

7) Amalkan makan ulam seperti cekur manis, peria, pegaga, ulam raja.. insyaAllah dapat membantu membanyakkan susu badan. 

8) Makan sesudu halba setiap hari. Cuci halba hingga bersih dan keringkan. Simpan dalam bekas bertutup dan makanlah setiap hari. 

9) Minum air kosong yang mencukupi kira-kira 2 liter sehari. Selain itu soya juga dapat membantu penghasilan susu badan. Pilihlah soya yang tidak diubah secara genetik kerana ia lebih selamat. 

10) Makan makanan berkhasiat, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan pengambilan kafein dan minuman bikarbonat.

So, rasanya dah banyak juga petua yang boleh ibu-ibu cuba bagi menambah penghasilan susu badan. Selain itu, ibu-ibu juga boleh mengambil Set Menyusu Shaklee bagi tujuan menambah susu badan dan mendapatkan susu yang pekat dan berkrim. 

Hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.