~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Thursday, October 30, 2014

Tips Mengatasi Masalah Keletihan

Tidak kira samada bekerja dipejabat mahupun sebagai surirumah sepenuh masa, kita tidak dapat lari dari merasa letih. Jika dipejabat, masa dipenuhi dengan kerja-kerja office, meeting, presentation dan lain2. Menjadi surirumah pula, menuntut kekuatan mental dan fizikal bagi melunaskan kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak.  Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi keletihan antaranya dengan mengambil makanan yang sihat dan vitamin.

Antara makanan yang dapat membantu mengatasi masalah keletihan adalah:

1) Yogurt


Yogurt dapat diproses dengan cepat oleh tubuh kerana teksturnya yang lembut dan menjadi tenaga berbanding makanan padat lain. Kajian menunjukkan probiotik yang terdapat dalam yogurt mampu mengurangkan gejala keletihan kronik dan dapat meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Ia juga membantu mengatasi masalah keletihan fizikal dan mental.

2) Bayam


Sedapnya bayam kan.. kalau dimasak lemak putih memang lazat!! Ok, bayam bukan saja mengandungi zat besi, tapi juga kaya dengan magnesium dan kalium. Kekurangan zat besi dalam tubuh boleh menyebabkan kita letih dan lesu sekaligus membawa kepada anemia. 

3)Kekacang



Masa saya kerja dulu, my boss selalu kunyah kekacang ni sebagai snack. Rupanya kekacang ni lah menjadi pemangkin tenaga untuk dia lebih bertenaga. Hmm.. so lepas ni boleh sediakan stok kekacang ni sebagai snek harian yer. Kekacang ni mengandungi sumber magnesium yang membantu memulihkan keletihan otot. Kandungan triptofan dalam badam, biji bunga matahari, walnut dan gajus pula dapat meringankan keletihan fizikal dan mental.

4) Oatmeal



Oatmeal bukan saja bagus untuk kurangkan kolestrol malah ia juga sesuai diambil oleh pesakit diabetes bagi memastikan kadar gula dalam darah berada diparas normal. Kandungan serat yang tinggi dalam oatmeal dapat meningkatkan tenaga sekaligus menjadi makanan yang bagus untuk mengatasi masalah keletihan. 

Selain dari itu, pengambilan vitamin dibawah juga dapat membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan stress, membina tulang yang kuat dan menguatkan sistem imun tubuh.
- Vitalea with Iron
- B Complex
- Vitamin C
- Ostematrix
- ESP (Energizing Soy Protein) 


+


Kombinasi vitamin ini bukan saja sesuai untuk lelaki dan wanita, tua dan muda malah juga amat sesuai untuk ibu hamil, ibu berpantang dan ibu menyusu. Jadi jangan tunggu lagi, dapatkan vitamin-vitamin ini dengan segera. Jika badan sihat, mental dan fizikal bertenaga sekaligus dapat melahirkan emosi yang ceria. So, performance ditempat kerja makin meningkat, rumahtangga makin bahagia.

Hubungi saya bagi mendapatkan vitamin-vitamin ini:

Liza
SMS/WA 013-2986822