~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Wednesday, May 14, 2014

10 Tips Berdiet

Dalam proses menguruskan badan? Tengah cari tips-tips mudah berdiet. Meh saya kongsikan tips mudah diet by Kevin Zahri. 

1) Jadikan penimbang berat sebagai kawan baik, timbang sekali sehari di waktu pagi selepas mandi.

2) Tuliskan target ditempat yang boleh dilihat. So that, hari-hari nampak boleh jadi penguat semangat untuk kurus.

3) Tulis tiap makanan yang dimakan setiap hari. Dengan cara ni kita dapat monitor apa yang kita makan setiap hari, kalau rajin cek kalori dan tulis skali. For sure lepas tu kita lebih berhati-hati dengan makanan yang kita ambil.

4) Minum air kosong secukupnya. Mereka yang minum air kosong secukupnya akan ambil kalori yg lebih rendah berbanding mereka yg kurang minum air kosong.

5) Ambil sarapan setiap hari. Pengambilan sarapan membantu meningkatkan metabolisma sekaligus dapat membakar kalori dengan optimum.

6) Rancang snek seperti merancang pemakanan seharian. 

7) Makan malam dengan tenang. Kajian membuktikan makan dengan perlahan dan tenang boleh memberikan rasa kenyang dengan cepat.

8) Jangan makan sambil membuat itu dan ini. Jangan makan depan tv, sambil membaca atau didepan komputer. Anda akan cenderung makan lebih banyak.

9) Pilih dessert yang rendah kalori.

10) Lakukan sehari satu push up.

 Boleh juga jika ingin mencuba Set Kurus Shaklee untuk bakar kalori, buang lemak dan bina otot. Hubungi saya segera:

LiZa (ID: 934393)
sms/whatsapp: 013-2986822
FB page: Humaira Beauty

*COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran (Poslaju) keseluruh Malaysia.

 *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh @ mencegah sebarang jenis penyakit