~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Friday, May 23, 2014

Makan Untuk Kurus!

Nak kurus, tak nak makan!Kalau ibu menyusu nk kurus dengan cara tk nak makan, camne susu nk terhasil, camne baby nk dapat sume nutrisi terbaik? Kita hidup perlu makan.. barulah dapat cukup zat untuk jalani tugas seharian. Tapi bagaimana pula kalau makan untuk kurus? Haa terbalik pulak kan... Kata kuncinya adalah "Makan ikut keperluan, bukan makan ikut nafsu". Meh saya nk share cara makan yg macam mana boleh buat kita kurus.

1) Makanan yg rendah lemak dan kalori
Amalkan pengambilan makanan yang rendah dari segi kalori dan lemaknya. Lebihkan makan buah-buahan yg banyak air dan sayuran coz makanan yg banyak air boleh bantu kurangkan rasa lapar. 

2) Makan dengan Kerap
Makan dengan kerap tapi kuantiti sedikit. Ini agar tubuh kita tidak kehabisan tenaga dan kita tidak berasa terlalu lapar yg boleh menyebabkan kita mengambil makanan dlm kuantiti yg banyak.

3) Minum Air pada Waktu yg sesuai.
Air memang sangat penting. Ada waktu-waktu yg sesuai untuk minum air agar memberi manfaat kepada kesihatan. Antara waktu-waktu tersebut adalah:

- Waktu pagi selepas bangun dari tidur. Ada org kata minum air sejurus bangun tidur dapat mengekalkan awet muda. Hmmm jom kita cuba. Namun dari segi kesihatan, minum air selepas bangun tidur dapat mengembalikan bendalir didalam badan yg hilang semasa kita tidur. Apabila kita kurang air, badan akan jadi lemah, lesu serta minda kurang cerdas. So, selepas bangun tido, sebelum gosok gigi tu, silalah minum air putih segelas. :)

- 30 minit sebelum waktu makan. Kadang2 time lunch ada sejam lagi.. tapi kita dah rasa sgt lapar.. so this is the best time kita amik air putih. Ini boleh membantu mengelakkan kita mengambil makanan dengan banyak bila tiba waktu makan. 

- Amalkan meminum air sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari.. pengambilan air yg mencukupi dapat membantu proses pembakaran kalori dengan peningkatan kadar metabolisma badan.

4) Utamakan protein dalam setiap hidangan
Kajian menunjukkan mereka yang memakan makanan berprotein tinggi merasa lebih puas dengan makanan yg dimakan dan kurang rasa lapar. Boleh juga mengambil ESP (Energizing Soy Protein) atau Cinch Shake untuk rasa kenyang yang lebih lama.

Jadi itu empat tips makan untuk kurus yang kita boleh apply setiap hari. Bagi mereka yang ingin mendapatkan Set Kurus Shaklee boleh hubungi:

Liza ~ 013-2986822 atau boleh LIKE FB Humaira Beauty untuk dapat information serta kaunseling yg berterusan dari saya.
COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia. 

Rujukan: Blog Vitamin Aisyah