~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Tuesday, September 24, 2013

Kesan Kekurangan Omega 3

Assalamualaikum...

Apa khabar anda sume ari ni.. sihat hendaknyer yer.. ok.. sebenarnya ramai yg tk sedar kepentingan Omega 3 atau minyak ikan ni pada tubuh kita.. Omega 3 ni merupakan asid lemak perlu namun ia tk dapat dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh manusia.. namapun Omega 3 ni dapat dari minyak ikan.. kita bukan ikan kan??? Kalau yg suka makan ikan tu alhamdulillah la.. tapi tk semua ikan menghasilkan Omega 3, asid lemak Omega 3 yg terbaik boleh didapati dari ikan air laut sejuk.. jadi kalau suka makan keli, patin.. itu tkde yer tuan2 dan puan2... ianya boleh didapati dari ikan Sardin, Mackerel, herrring, anchovies.. dan Omega 3 yg terdapat dlm OMEGA GUARD Shaklee diekstrak dari ikan air laut sejuk di Jepun..


Jadi meh kita tgk apa kesan kekurangan Omega 3 pada tubuh kita:

Kesihatan Jantung
Omega 3 berfungsi menguatkan struktur sel pada organ jantung kita. Ia dapat melancarkan peredaran darah dalam masa yg sama dapat mengurangkan kadar kolestrol jahat iaitu LDL dan meningkatkan kadar kolestrol baik iaitu HDL.

Sekiranya kita tidak mendapat Omega 3 yg cukup, arteri kita akan mengeras sekaligus menjadikan aliran darah perlahan yg boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

Asthma
Asthma menyebabkan kita susah bernafas, semput dan batuk. Ia berlaku akibat penyumbatan saluran pernafasan dan penghasilan bahan yg dipanggil leukotrienas. Pengambilan Omega3  dapat mengurangkan pengeluaran bahan tersebut dan mampu melegakan pernafasan kerana bendalir disekitar salur pernafasan telah dibuang.

Alahan
Alahan merupakan sensitiviti tubuh terhadap bahan2 tertentu seperti makanan, cuaca, habuk, ubat dll. Omega Guard dapat mengurangkan masalah ini.

Masalah Kulit
Kekurangan Omega 3 boleh menyebabkan masalah kulit seperti kulit kasar, liang roma tersumbat dan akne (jerawat). Ia juga boleh menyebabkan penuaan pramasa seperti kulit berkedut akibat kurang peredaran darah dlm tubuh.

Perkembangan Otak
Satu daripada komponen penting otak adalah Omega 3. Asid lemak membentuk struktur yg besar dalam otak. Kekurangannya terutama sewaktu ia pesat berkembang menyebabkan otak tidak akan berfungsi secara optimum.  Ianya boleh menyebabkan autisme, skizofrenia dan alzheimer. Janin dalam kandungan yg tidak mendapat Omega 3 secukupnya daripada ibu berkemungkinan mengalami masalah penglihatan dan saraf.

Sakit Sendi
Apabila usia dan berat badan bertambah, fungsi sendi makin lemah kerana cecair penyambung antara sendi makin kurang. Omega 3 berfungsi mencegah radang sendi, melancarkan pergerakan antara sendi dan membantu menambahkan kepadatan tulang.

Masalah Berat Badan
Kekurangan Omega 3 boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Ini kerana apabila tidak mendapat Omega 3 secukupnya, lemak dan minyak yg kita makan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Lemak2 tersebut juga tidak digunakan untuk ditukar kepada tenaga. Sebaliknya ia akan melekat pada salur darah dan organ penting seperti jantung dan hati. Ini merupakan punca utama masalah sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Autisme
Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil supplement Omega 3 semasa hamil kurang risiko mendapat anak autisme kerana kandungan DHA yang tinggi. Ia juga mampu meningkatkan tumpuan memori anak yg menghidap autisme dan sindrom hiperaktif (ADHD)

*sumber dari An-Najjah

Jadi pada anda yg berminat untuk membeli Omega Guard Shaklee boleh hubungi saya: