~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Wednesday, June 11, 2014

Makanan untuk Tambahkan Susu Badan

Wahhh banyakkan stok susu. Nak buat stok susu camni dan susu badan meriah untuk baby? Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi. Tahniah pada ibu-ibu yang memilih menyusukan bayi dengan susu badan. Pengorbanan ini bukan mudah, tapi anda telah lakukan yang terbaik. Bagi ibu-ibu yang ingin fully breastfeed baby, tapi hadapi masalah susu badan kurang. Disini saya ingin share antara makanan-makanan yang boleh bantu penghasilan susu badan. 

Longan
Longan kering ni selalunya boleh didapati di kedai ubat cina. Takpun boleh beli dipasaraya besar cam Giant/Tesco. Cari dibahagian barang kering. InsyaAllah jumpa. Rebuskan longan kering ni dengan sedikit gula batu untuk beri rasa manis. Boleh diminum panas atau sejuk.

Halba
Halba selalu diguna untuk masak nasi dagang atau buat kari. Tapi kari tu kita guna Halba Campur.. ni just Halba saja. Caranya cuci halba bersih-bersih. Then rendamkan dalam air panas, boleh la diminum air tersebut. Mungkin ada sedikit bau dan bau ini boleh beri sedikit kesan kepada bau badan kepada pengamalnya. 

Lobak Putih
Boleh didapati dengan mudah di pasar mahupun pasaraya. Jadikan lobak putih ni sebagai sup, makan panas-panas sedapkan.. amalkan untuk tambahkan susu badan. Saya tak boleh makan lobak putih ni, rasanya tak dapat diterima tekak :)

Jantung Pisang
Boleh dibuat kerabu mahupun masak lemak cili api.. wah bertambah makan nasi ni. Antara makanan penambah susu ibu juga ni. 

Kurma
Boleh dimakan begitu saja atau dicampurkan dengan susu dan blend pun sedap. Kurma mengandungi kalsium dan zat besi yang tinggi.

Habbatus Sauda
Sangat terkenal as a milkbooster. Boleh dibeli dikedai-kedai menjual makanan dari timur tengah. Rebuskan habbatus sauda dan minum airnya. 

Alfafa
Juga dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan dan merupakan ejen penambah susu badan yang terkenal. Selain dari itu, ia mengandungi fiber yang tinggi sangat sesuai sebagai pelawas dan membuang angin dalam badan. 

Jika inginkan cara yang lebih mudah, ibu-ibu boleh mengambil Set Menyusu Shaklee.. semudah 1,2,3.. tinggal nak telan dan bancuh jer. 

Boleh pilih dari set lengkap seperti diatas

ATAU

Set Budget ini. 

InsyaAllah, susu badan akan meningkat namun mesti disertakan dengan asas penyusuan yang betul iaitu more demand, more supply. Beri susu badan kepada baby sebanyak mungkin. 


Testimoni dari mereka yang telah mengambil Set Menyusu Shaklee



Berminat untuk dapatkan Set Menyusu Shaklee, hubungi:

Ku Suhasliza
ID 934393
sms/whatsapp: 013-2986822
 COD area Klang/Shah Alam dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.
*Pelanggan saya akan mendapat free consultation secara berterusan.