~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Tuesday, June 17, 2014

Senaman Bantu Mudahkan Kelahiran


Adakah ibu hamil boleh bersenam? Jawapannya adalah YA. Bersenam membantu kekalkan stamina sepanjang mengandung. Malah bersenam juga dapat menyediakan otot-otot untuk proses kelahiran nanti. Senaman ibu mengandung tidak sama seperti sebelum mengandung. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung adalah: 

1) Senaman Lantai Pelvik
Semasa mengandung otot pelvik menjadi lemah akibat dari beban yang banyak. Oleh itu kita akan mudah terkencing semasa bersin, batuk atau muntah. Jadi senaman ini membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya ialah dengan membuat kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan didalam kiraan enam saat dan rehat. Kemudian ulang semula. 

2) Bertinggung
Bertinggung seperti mencangkung, tapi ditahan oleh jari kaki. Letakkan tangan diatas kedua-dua lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan sekerap yang boleh kerana senaman ini mampu meredakan ketegangan punggung dan bantu meregangkan kaki.

3) Berenang
Amat digalakkan untuk ibu mengandung. Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu semasa proses bersalin kerana nafas yang panjang perlu semasa proses meneran. Berenang juga bantu menguatkan otot-otot ibu mengandung.

4) Berjalan Kaki
Berjalan kaki boleh mengeluarkan peluh dan bantu gerakkan otot-otot yang bakal digunakan semasa bersalin nanti. Mulakan dengan perlahan dan jarak yang pendek. Amalkan tiga kali seminggu dan boleh tingkatkan kelajuan dan jarak mengikut kemampuan. 

5) Menaiki Tangga
Senaman ini tidak sesuai dilakukan diawal kehamilan kerana bimbang rahim ibu tidak kuat untuk menerima tekanan. Menaiki tangga banyak menggunakan otot pelvik dan paha. Ianya dapat membantu mempercepatkan proses bukaan perineum dan mudahkan proses bersalin.

6) Kerja rumah
Melakukan kerja rumah juga merupakan salah satu senaman untuk ibu mengandung. Namun pastikan tidak melakukan kerja yang berat yang boleh memberi kesan buruk pada kesihatan ibu dan baby didalam kandungan. 

Selepas bersenam pastikan meminum banyak air agar ibu tidak ternyahhidrat.
Ingin dapatkan Set Ibu Hamil Shaklee? Hubungi:

Ku Suhasliza
ID 934393
SMS/Whatsapp: 013-2986822
COD area Shah Alam/Klang dan penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia.
*Pelanggan saya akan menerima free consultation secara berterusan.