~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Friday, September 12, 2014

Faktor Kehamilan yang Perlukan Penjagaan Khas.

Assalamualaikum...

Baru selesai online meeting dengan dengan group Shaklee.. macam ni lah kami bekerja, semua dihujung jari kan.. nak meeting boleh online, nak order stock boleh online, nak promote barang pun guna online.. yang penting jangan malas berusaha dan cari ilmu. Life of Working At Home Mother.. jalan ni yang saya pilih, bekerja dari rumah bersama anak-anak disekeliling.

Ok, tadi belek-belek buku kat rak terjumpa buku ni. Buku ni saya beli masa mengandungkan Qaleesya, anak sulung saya lima tahun yang lalu. Yelah, kandungan pertama jadi saya perlu panduan lengkap untuk mempersiapkan diri menjadi ibu. Selain dari petua dan tunjuk ajar dari mak dan mak mertua.. kita boleh tambah ilmu dengan pembacaan juga kan.. 


Melalui pembacaan buku ni saya nak share serba sikit mengenai kehamilan yang perlukan pengjagaan khusus atau khas. Antaranya adalah:

1) ANEMIA
 Anemia berlaku akibat kekurangan zat ferum atau zat besi. Ianya berlu dirawat agar ibu-ibu tidak menghadapi masalah semasa hamil dan melahirkan nanti seperti kelahiran pramatang, tumbesaran bayi yg terbantut mahupun tumpah darah ketika bersalin. 

Rawatan:
- Makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti bayam, daging merah, apricot kering, ikan tuna.
- pil iron yang diberikan doktor , namun perlu minum air yang banyak kerana pil ini boleh menggangu perut dan menyebabkan sembelit, loya atau cirit birit.
*elakkan makan hati haiwan walaupun ia sumber iron yang baik namun ia juga mempunyai kandungan Vitamin A yang tinggi yang boleh mengganggu perkembangan bayi dalam kandungan.

2) KENCING MANIS/DIABETES
Kencing manis mesti dikawal dengan teliti sepanjang tempoh kehamilan. Jadi, walau nak minum air gula kat klinik tu merupakan satu penyeksaan, tapi minumlah ye ibu-ibu.. semua ni penting untuk kesihatan dan keselamatan baby kita. 

Rawatan:
- Doktor akan memastikan tahap gula dalam darah ibu sentiasa stabil.
- memberi suntikan insulin
- beri tumpuan khusus pada diet harian
- Perlu  check up di klinik dengan lebih kerap
- Kebiasaannya bagi ibu yang mengalami kencing manis ketika hamil, ia akan hilang tidak lama selepas kelahiran. 

3) PRAEKLAMPSIA
Masalah ini sering dihadapi apabila hamil pada usia yang lewat. Antara tanda-tandanya adalah:

- tekanan darah yang meningkat melebihi 140/90
- pertambahan berat badan yang berlebihan
- buku lali kaki atau tangan bengkak
- protein didalam air kencing

Jika tidak dirawat dan dipantau dengan teliti ia boleh menyebabkan sawan pada ibu hamil. 

Rawatan:
- dinasihatkan berehat diatas katil 
-  diberi ubat bagi mengurangkan tekanan darah
- kurangkan pengambilan garam dalam makanan
- mempercepatkan kelahiran

Perlu berjumpa doktor dalam masa 24 jam sekiranya mengalami:
- bengkak tangan, muka dan buku lali
- muntah yang serius dan kerap
- suhu badan naik hingga 38.3 darjah celcius
- bayi tidak bergerak atu membuat kurang dari 10 tendangan dalam masa 12 jam selepas kandungan 28 minggu.

Selain dari rawatan diatas, para ibu boleh mengambil makanan tambahan bagi membina kecergasan, memberi tenaga, mengelakkan anemia, tekanan darah tinggi dan mengurangkan stress, sakit-sakit sendi serta water retention.

 Set ibu hamil ini merupakan set lengkap yang kaya dengan multivitamin diperkaya dengan iron, Vitamin C yang meningkatkan sistem imun serta membantu penyerapan iron dengan lebih baik, B Complex dengan asid  folik yang membantu mengelakkan kecacatan saraf bayi serta memberi tenaga, kalsium yang lengkap untuk keperluan harian, mengelakkan sembelit, kekejangan serta lenguh-lenguh badan, minyak ikan yang kaya dengan DHA dan EPA bagi membantu perkembangan otak bayi dan protein yang penting untuk pembinaan otot dan organ. 

Segalanya serba lengkap disini, jadi apa tunggu lagi? Dapatkan set hamil sekarang dengan pembelian online. Just click dibawah:


atau hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822



-