~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Wednesday, September 17, 2014

Susu Badan atau Susu Formula?

Assalamualaikum.. 

Susu apa yang ibu berikan pada bayi? Susu badan atau susu formula? Semenjak mengandung anak pertama lagi saya dah set in my mind saya takkan bagi susu formula pada bayi saya. Saya dah set target untuk menyusukan Qaleesya hingga dia dua tahun. Saya tanamkan hari-hari dalam minda, saya beli buku pasal penyusuan susu ibu, cara nak simpan EBM, cara nak panaskan susu, beli breastpump. That time budget kurang so belilah Avent Manual Pump.. around RM300 rasanya.. dapat free cooler bag. Suka tak terkata. Itu semua persediaan saya kearah penyusuan susu ibu. Saya juga join kelas yang dianjurkan oleh klinik kesihatan mengenai penyusuan susu ibu. Kalau kita nak, kita usahakan.. 

Alhamdulillah..masa kandungan 6 bulan keatas, memang dah ada air susu yang keluar. But jernih jer.. Saya lahirkan Qaleesya masa kandungan 8 bulan. Ya dia lahir tak cukup bulan. Bila bayi pra matang lagi memerlukan susu ibu untuk tumbesaran.. luckily masa kat hospital ada nurse ajarkan macam mana nak susukan baby, cara nak pump susu.. tiap dua jam saya akan naik ke NICU dari wad biasa untuk susukan Qaleesya.. dan saya berjaya menyusukannya hingga umur dia setahun tiga bulan. Plan nak susukan hingga dua tahun, tapi dah pregnant for second baby. Doctor suruh stop penyusuan coz saya bleeding. Bila menyusukan anak, ada contraction pada rahim. So, rahim saya kurang kuat masa pregnant, bila ada contraction so bleeding. Kenalah stop. Apapun bersyukur coz selama setahun tiga bulan, Qaleesya cuma minum susu badan sahaja.. tanpa susu formula. Gigih saya pump tiap siang dan malam.. masa tu lum kenal Shaklee.. tak tau ada supplement untuk milkbooster.. kenkadang stress gak bila susu kurang. Hubby banyak bagi semangat.. :) Kejayaan penyusuan saya, anak kedua saya susukan hingga dua tahun dan anak ketiga sekarang dah 9 bulan usianya. Fully breastfeeding. InsyaAllah akan teruskan penyusuan susu ibu hingga Ammar 2 tahun.


Ok, stop citer saya. So mommy to be, dah plan nak bagi anak susu apa? Kena plan dari sekarang tau..bila kita set mind nak bagi susu badan.. InsyaAllah.. Allah murahkan rezeki, bagi susu ada.. kalau susu kurang jangan pulak putus asa.. Jika terfikir untuk bagi susu formula, tolong baca dibawah.. ada beberapa kebaikan susu ibu yang perlu ibu-ibu consider antaranya:

1) Susu ibu mengandungi bahan yang membantu melindungi bayi daripada penyakit sehingga sistem imunnya sendiri matang dan juga melindunginya daripada alergi. Susu formula tidak dapat membekalkan perlindungan ini. 

2) Susu ibu mempunyai campuran nutrien yang tepat dan mudah dihadam oleh bayi.

3) Susu ibu sentiasa dalam keadaan steril dan berada pada suhu yang digemari bayi.

4) Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Buktinya, anak-anak saya memang susah nak berenggang dengan saya.. ibu sentiasa dimulut.. suami pun kata, anak2 semua manja dengan saya even saya ni agak tegas orangnya. 

5) Dengan menyusukan bayi, berat badan ibu akan mudah turun dan kembali ke bentuk asal. Ohhh.. ini paling ohsem sekali. Serius masa saya pregnant berat 90kg tau.. lepas bersalin, fully breastfeeding baby, memang berat turun jer. makan la banyak mana pun, berat tetap turun dan maintain.. i lost 30kg in 6 months after bersalin. So, nak kurus cepat, bagi susu badan kat baby yer :)

Camne mommy to be? Dah boleh decide nak bagi susu apa kat baby.. for me better breastfeed your baby coz you akan lebih rasa puas hati. .lagipun Allah cipta susu ibu untuk baby.. anugerah untuk kita ibu-ibu.. jangan sia2kan.. itu hak bayi kita. 

Susu kurang? Susu cair? Anak tak puas minum susu? Jangan stress, dapatkan Set Menyusu Shaklee... memang the best milkbooster.. bukan sebab saya menjual, tapi sebab saya dah guna dan ramai lagi customer saya yang guna dan berpuas hati dengan hasilnya. 


Sekarang ibu-ibu boleh beli dengan hanya click dibawah:


atau hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822