~ Vitamin Semulajadi ~

~VITAMIN SEMULAJADI~ Lebih muda, lebih sihat, lebih cantik dengan Shaklee

Thursday, September 11, 2014

Risiko Menghidap Darah Tinggi ketika Hamil

Assalamualaikum..

Kebanyakkan dari kita selalu kurang selera makan diawal mengandung kerana "morning sickness".  Namun apabila tempoh tersebut telah berlalu, selera makan mula meningkat.. nampak tu sedap, nampak ni sedap.. tengah-tengah malam pun lapar kan? :) 

Macam saya dulu,masa pregnant ketiga2 orang anak, berat memang naik lebih dari sepatutnya.. memang tak boleh control makan.. Ya Allah semua nampak sedap jer.  Namun, alhamdulillah saya bebas dari kencing manis dan darah tinggi. Even masa pregnant anak ketiga dulu, doktor siap suruh ke klinik tiap tiga hari untuk cek blood pressure.. but blood pressure saya dari awal mengandung sampai bersalin ok jer.. normal. Mungkin Set Hamil Shaklee banyak membantu saya menjaga kesihatan semasa hamil. 


Menurut Dr. Zubaidi, penyakit darah tinggi yang tidak dikawal boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi didalam kandungan.  Peningkatan tekanan darah boleh menyebabkan gangguan pada peredaran darah especially ke uri. Ini menyebabkan janin kurang mendapat makanan dan menggangu tumbesarannya. 

Pemantauan dan pemeriksaan berkala perlu dilakukan bagi mengelakkan risiko ibu hamil mendapat sawan atau kematian kepada ibu dan bayi didalam kandungan. Antara risiko lain adalah:
- bayi yang dilahirkan bersaiz kecil
- bayi mengalami terencat akal
- uri terlerai dari rahim sebelum kelahiran
- bayi lemas
- bayi lahir tidak cukup bulan

Kesan pada ibu pula:
- mengalami sawan
- sakit buah pinggang
- paru-paru berair
- darah tidak membeku
- kematian

Jadi lakukan pemantauan berkala diklinik dan patuh nasihat doktor bagi yang berisiko atau mengidap darah tinggi. Pengambilan makanan yang sihat juga membantu mengurangkan risiko ini. 

Dapatkan Set Hamil Shaklee untuk membantu memberi tenaga, mengurangkan stress, membekalkan kalsium yang secukupnya, mengurangkan kolestrol dan meningkatkan sistem imun tubuh. Sila klik dibawah untuk membeli:


atau hubungi:

LiZa
sms/wa 013-2986822